You are on page 1of 12

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN

KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH


KEBANGSAAN SATU SULTAN ALAM SHAH
2017

‘Negaraku Sehati Sejiwa’

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
PANITIA SEJARAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH:
14 Ogos – 18 September 2017

1
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Sejarah dan Pusat Sumber Sekolah SK Satu Sultan Alam Shah akan
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan
Satu Sultan Alam Shah. Justeru, pihak Panitia dan PSS mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan bertemakan ‘Negaraku
Sehatiku Sejiwa’. Sambutan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada
murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru
Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisma dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah serta meningkatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai
pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan yang dianjurkan
agar dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Satu Sultan Alam Shah
secara menyeluruh. Tambahan pula, para guru dapat mengenal pasti potensi murid
yang mampu mengharumkan nama baik SK Satu Sultan Alam Shah di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kebangsaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.

2
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN
Unit Kokurikulum, Panitia Sejarah, Pusat Sumber Sekolah SK Satu
Sultan Alam Shah.

5.0 TARIKH
Sempena Bulan Kebangsaan dari 14 Ogos 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan pada 18 September 2017.

6.0 PENYERTAAN
Semua murid dan guru SK Satu Sultan Alam Shah

7.0 STRATEGI
Aktiviti bersempena sambutan bulan kebangsaan ini akan melibatkan penyertaan
murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
semua guru.

8.0 AKTIVITI SEMPENA BULAN KEBANGSAAN


3
Sila rujuk lampiran 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanj
aan
1. Hadiah
i. Pertandingan Nyanyian Pertama (Tahun 4,5,6, PK) RM 8×4 RM 80.00
Kedua (Tahun 4,5,6, PK)
lagu patriotik (koir) RM 7×4
Ketiga (Tahun 4,5,6, PK)
RM 5×4
 Pendidikan Khas
ii. Pertandingan Mewarna
o Pertama
( Tahap I)
o Kedua RM 8 RM 20.00
o Ketiga RM 7
 Tahap 1 RM 5
Pertama (Tahun 1,2,3)
Kedua (Tahun 1,2,3) RM 8×3
Ketiga (Tahun 1,2,3)
RM 7×3 RM 60.00
RM 5×3
iii. Pertandingan Menghias
Tahap 1
Kelas. Tahap 2
Pendidikan Khas RM 30
RM 30 RM 90.00
- Pertama
iv. Pertandingan Fesyen RM 30
- Kedua
Merdeka - Ketiga
RM 8
- Pertama RM 7 RM 20.00
v. Kuiz Kemerdekaan RM 5
- Kedua
- Ketiga
RM 8
RM 7 RM 20.00
vi. Pertandingan Mewarna
- Pertama (Tahun 4,5,6,PK) RM 5
Poster Hari - Kedua (Tahun 4,5,6, PK)
Kebangsaan -Ketiga (Tahun 4,5,6, PK) RM 8 × 4
RM 7 × 4 RM 80.00
RM 5 × 4

2. Lain-lain
 Banner ( Sambutan 1 x RM150 RM 150.00
Hari Kebangsaan)
 Pelaka
o Merah 2 x RM20 RM 40.00
o Biru
2 x RM40 RM 40.00
4
o Kuning 2 x RM40 RM 40.00
o Putih 2 X RM40 RM 40.00
Jumlah RM 680.00

Perbelanjaan menggunakan PCG Pusat Sumber Sekolah.

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEBANGSAN
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Masa Aturcara Majlis
8.15 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri
Selangor dan lagu ‘Aku Negaraku’
- Lafaz ‘Rukun Negara’ (Ketua Pengawas)
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kebangsaan.
- Persembahan Multimedia
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan mewarna,
kuiz, poster)
- Pertandingan Fesyen Merdeka
- Persembahan Pakaian Rakyat
- Penyampaian hadiah (Kelas terceria dihiasi
bertemakan kemerdekaan)
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (koir) –
pemenang-pemenang pertandingan
- Nyanyi bersama-sama
- Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fesyen
Merdeka, Pertandingan nyanyian koir)
- Penutup

5
12.0 PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam
Shah ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej
sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan
mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Satu
Sultan Alam Shah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu
nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________
(SAL SABILA RAMLAN)
Guru Media dan Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah.

Disemak oleh,

...............................................
(FARIDZAL B ARBAIN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah.

Diluluskan oleh,

.................................................
(ZULKIFLI B NOORDIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah.

6
Lampiran 1
AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN SK SATU SULTAN ALAM SHAH 2017

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1 Pelancaran mengibarkan Jalur Guru Praktikum / Semua murid, guru dan staf 14 Ogos 2017
Gemilang - Dataran sekolah.
Menghiasi persekitaran sekolah Perhimpunan
dengan Jalur Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

2 Pertandingan nyanyian lagu Muzik Semua kelas Tahap II


merdeka Panitia Agama (Tahun 4-6) dan guru-guru
Panitia Bahasa kelas tahap II
Arab
3 Pertandingan Mewarna Moral Tahap I ( Tahun 1-3), Sepanjang bulan
Pendidikan Khas dan guru- Kebangsaan.
guru Panitia Moral
4 Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Semua murid dan semua guru Sepanjang bulan
(mengikut tema Kemerdekaan) Pentadbir / Kelas kelas. Kebangsaan.
masing-masing Hadiah diberikan
semasa Hari
Penutupan Bulan
Kebangsaan.

Mewarna poster sambutan Murid Tahun 5 dan 6


kemerdekaan SKSSAS
5 Tayangan Filem Kemerdekaan Pusat Sumber Waktu Rehat
Sekolah

Pameran Bertema Bulan


Kebangsaan
6 Nyanyian Lagu Patriotik oleh Guru bertugas Semua murid dan semua guru. Perhimpunan setiap
semua murid (pada waktu mingguan minggu
perhimpunan )
7 Pertandingan Fesyen Merdeka Matematik dan Semua murid tahap 1. 18 September 2017
Persembahan Pakaian Rakyat Sains / Dewan Murid PPKI (Sambutan Hari
Malaysia Berbilang kaum Kebangsaan,)
8 Melengkapkan rangkap pantun Panitia BM Murid tahap 1 Waktu Pdp Bahasa
patriotism. Melayu sepanjang
Bulan Kebangsaan.
Deklamasi sajak ‘Aku Murid Tahun 4-6 (wakil dari
Negaraku” setiap kelas)

9 Mewarna dan bacaan sajak PPKI Murid Pendidikan Khas. 14 Ogos 2017
semasa perasmian Bulan
Kebangsaan.
10 Crossword Panitia Bahasa Murid Tahun 4-6
Inggeris
7
11 Sambutan Bulan Kebangsaan Semua guru Semua murid dan guru 18 September 2017
Perhimpunan Hari Malaysia / berhimpun di dewan terbuka
Majlis Penutupan Hari sekolah
Kemerdekaan

8
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Satu Sultan Alam Shah 2017
Jawatankuasa Induk

Pengerusi
En Zulkifli bin Noordin

Naib Pengerusi
En Faridzal b Arbain
Pn Rosnani bt Mohamed Arus
En Mohd Fuzi b Said
En Abd Rahman b Ramly

Penyelaras
Cik Sal Sabila bt Ramlan

Setiausaha
Pn Kartini bt Haron

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan (14 Ogos 2017)


Guru Praktikum
Perhimpunan Mingguan

Aturcara :
-Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
-Ucapan Guru Besar
-Gimik Pelancaran (Melepaskan bunting)

9
Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan (18 September 2017)
Bil Perkara Guru terlibat Tugas Kerja
1 Juru acara majlis Hilal Fitriwala Mengacarakan majlis dan
Aziera bertindak mengikut keadaan.
2 Bacaan doa Zulhanif Mengetuai bacaan doa
sambutan Bulan Kebangsaan
3 Buku Program Nur Ain Bertanggungjawab
menyediakan buku program.
Mencetak Buku Program bagi
kegunaan guru.
4 Pengurusan Hadiah Ummi Zuraiha Bertanggungjawab membeli
Nur Afifah hadiah/hamper mengikut nilai
Kartini yang telah ditetapkan.
Reshma Bertanggungjawab
membungkus hadiah/hamper
tersebut.
Bertanggungjawab untuk
membantu pengurusan
pemberian hadiah.
5 Fesyen Merdeka Abdul Hadi Bertanggungjawab
Badlishah melaksanakan fesyen merdeka
Noor Asikin dalam menyediakan murid.
Zuhana Bt Mukrim Bertanggungjawab melatih
Wan Ajrina murid seperti yang telah
Zuriyati dirancang.
Premila

6 Koir kemerdekaan Nizawati Bertanggungjawab


Noor Hayati melaksanakan koir
Nur Farini kemerdekaan dalam
menyediakan murid.
Bertanggungjawab melatih
murid seperti yang telah
dirancang.
7 Persembahan Mohd Yusoff Bertanggungjawab
Pendidikan Khas Jamaliah menguruskan persembahan
Yii Yung Huong daripada murid-murid
Pendidikan Khas.
8 PA Sistem Mohd Khomeini Memastikan PA Sistem dan
Khairul Amilin pembesar suara berfungsi
Mohd Sahizam dengan baik semasa perjalanan
program.
Memastikan segala
kelengkapan untuk program
disediakan.
10
Memastikan lagu yang
bersesuaian.
9 Banner dan bunting Sal Sabila Membuat banner dan bunting
untuk program kemerdekaan.
10 Hiasan pentas Amalhayati Bertanggungjawab untuk
Mohd Rafezi Bin Hamzah keceriaan pentas mengikut
Muhammad Izzuddin Azri tema hari Kebangsaan.
Noorhafizah
Nurfaharin
Rafidah
Syariha

11 Persediaan tempat Semua guru lelaki Semua Guru Lelaki bergabung


(Buka dan tutup tenaga untuk persiapan dewan
dewan) dengan bantuan murid dan staf
sokongan.
12 Gambar/Dokumentasi Norhani Bertanggungjawab untuk
Purusothman Nair mengambil gambar sekitar
program
Bertanggungjawab untuk
menyediakan dokumentasi
program.
Bertanggungjawab untuk
menghantar dokumentasi
program beserta laporan ke PK
Ko-kurikulum 3 hari selepas
majlis diadakan.

11
Aturcara Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan (18 September 2017)
Masa Aturcara Majlis
7.40 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri
Selangor dan lagu ‘Sehati Sejiwa’
- Lafaz ‘Rukun Negara’ (Ketua Pengawas)
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Bulan Kebangsaan
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan mewarna,
kuiz, poster)
- Persembahan murid-murid PPKI
- Pertandingan Fesyen Merdeka
- Penyampaian hadiah (Kelas terceria dihiasi
bertemakan kemerdekaan)
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (koir) –
pemenang-pemenang pertandingan
- Nyanyi bersama-sama
- Penyampaian hadiah (Pertandingan Fesyen
Merdeka, Pertandingan Nyanyian koir)
- Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari
10.00 pagi
Malaysia.

12

You might also like