You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT GURU

SMK DATO’ BENTARA DALAM, SEGAMAT, JOHOR.


BIL.27/2012

Tarikh : 4 Oktober 2012


Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En. Amran Abas– Guru Penolong Kanan 1
Agenda : 1. Perutusan Pengerusi
2. Mesyuarat kurikulum
3. Pembentangan minit mesyuarat guru
4. Perkara Berbangkit
5. Perkara Yang Dibincangkan
6. Hal-Hal Lain
7. Penutup

Kehadiran : Sila rujuk Rekod Kehadiran Guru

Tidak Hadir :1. En. Mohd Raful Bin Md. Raus (Mesyuarat)
2. Cik Jamilah Salleh (Mesyuarat)
3. En. Sazali Ma’adon (Mesyuarat)
4. Pn. Sinatu Suzana (Kursus)
5. En.Sumantree bin Ahmad (CRK)
6. En. Malek (CRK)

1
1. PERUTUSAN TUANPENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua
yang dapat hadir dalam mesyuarat pada hari ini.

Tindakan : Untuk makluman

1.2 Tuan Pengerusi membentangkan AJK Majlis Anugerah Kualiti Gemilang


Bentara.
Tindakan : Ketua dan AJK dilantik

1.3 Edaran borang prestasi kepada semua guru. Tarikh akhir penghantaran
borang prestasi yang telah lengkap ialah pada 11 Oktober 2012. Mohon
beri perhatian kepada ruangan sumbangan, tarikh dan tandatangan
agar jangan dibiarkan kosong.

Tindakan : Semua Guru

1.4 Tuan Pengerusi meminta pada ketua-ketua panitia tingkatan lima dan
tingkatan 3, jika ada yang telah menyiapkan power point untuk
membuat pembentangan ringkas pada hari ini.

Tindakan : Ketua-ketua Panitia Tingkatan 5

1.5 Tuan Pengerusi membentangkan Analisis Peratus Menguasai Keseluruhan


Matapelajaran, Peperiksaan Percubaan pelajar tingkatan 5 pada tahun
2012. Peratus pelajar menerima sijil dilihat berdasarkan berdasarkan
peratus kelulusan subjek Bahasa Melayu:-

1.5.1 Peratus lulus Bahasa Melayu ialah 95.54 (9 orang masih gagal
dalam subjek Bahasa Melayu). Sasaran sekolah ialah 100 peratus

2
1.5.2 Dari segi GPS pula ialah 5.03. Sasaran sekolah = 3.28, manakala
sasaran pihak jabatan ialah 3.92.

1.5.3 Sasaran peratus cemerlang sekolah ialah 9.62 (20 orang pelajar),
manakala sasaran jabatan ialah 4.49 dan capaian sekolah jika
diambil kira sisihan dalam 2 tahun ini secara purata kita hanya
mencapai 3.43 peratus. Kenal pasti potensi pelajar untuk program
pecutan gemilang dan pecutan lulus.

1.5.4 Tuan Pengerusi juga meminta semua Guru Kanan Bidang dan
Ketua Panitia merancang program khas kepada 14 orang pelajar
‘Near Miss’ bagi meningkatkan kebarangkalian sekolah mencapai
sasaran peratus cemerlang.

1.5.5 Tuan Pengerusi juga meminta guru-guru berusaha mengeluarkan 7


orang pelajar ‘Galus’ dengan merangka program sesuai untuk
pelajar berkenaan.

Tindakan : Ketua panitia dan semua guru mata pelajaran

1.6 Pembentangan pelan tindakan Panitia Geografi berdasarkan keputusan


peperiksaan setengah tahun dan percubaan tahun 2012 :-

1.6.1 Peratusan keputusan peperiksaan percubaan mencapai 100


peratus.

1.6.2 Dari segi GPS pula ialah 1.77 di mana ETR yang cuba dicapai ialah
1.32 (156 orang pelajar mendapat gred A).

1.6.3 Program yang dirancang untuk mencapai ETR ialah;


a) Program latih tubi (Julai hingga September 2012).

3
b) Program menjawab kertas peperiksaan PMR sebenar bermula
pada tahun 2005 hingga 2011 dari negeri-negeri lain.
c) Program ‘Perfect Score’.
d) Klinik Geografi.
e) Kelas tambahan.

1.7 Pembentangan pelan tindakan Panitia Kemahiran Hidup berdasarkan


keputusan peperiksaan setengah tahun dan percubaan tahun 2012 :-

1.7.1 Peratusan keputusan peperiksaan percubaan bagi bahagian


Kemahiran Teknikal dan bagian Ekonomi Rumah Tangga
mencapai 100 peratus lulus.

1.7.2 Dari segi GPS pula ialah 2.38 di mana ETR yang cuba dicapai ialah
1.43 (72 orang calon bagi bahagian Kemahiran Teknikal),
manakala untuk bahagian Ekonomi Rumah Tangga GPS yang
dicapai ialah 1.89 dengan ETR yang cuba dicapai ialah 1.28 (114
orang calon).

1.7.3 Program yang dirancang untuk mencapai ETR ialah;


a) Program latih tubi (Julai hingga September 2012).
b) Program menjawab kertas peperiksaan PMR sebenar.
c) Program latih tubi berfokus.
d) Program ‘Perfect Score’.
e) Kelas tambahan.

Tindakan : Ketua Panitia Geografi dan Kemahiran Hidup.

4
1.8 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas pembentangan yang
telah disampaikan oleh 2 panitia sebentar tadi dan beliau mengucapkan
syabas atas segala usaha yang telah dilaksanakan oleh semua guru bagi
memastikan kecemerlangan pelajar. Bagi panitia tingkatan lima dan
enam yang belum membuat pembentangan, satu sesi khas akan
diadakan dan akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Ketua Panitia Tingkatan Lima dan Enam.

1.9 Tuan Pengetua memaklumkan kepada guru-guru yang ingin membuat


sumbangan korban dan akikah untuk rakyat Kemboja dan Rohingya
bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan borang daripada
Ustaz Zainuddin bin Jusoh dan menghantar borang yang telah lengkap
selewatnya pada 19 Oktober 2012.

Tindakan : Semua guru beragama Islam.

2.0 Tuan Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada Ckg Sabri Bin
Din kerana mengingatkan semua guru-guru beragama Islam supaya
melaksanakan tanggungjawab membayar zakat melalui lampiran
formula pengiraan jumlah pembayaran zakat.

Tindakan : Semua guru beragama Islam.

2.1 Seterusnya tuan Pengetua membuat penjelasan berkenaan 2 pucuk


surat layang yang telah diterima dan menerangkan bahawa siasatan
oleh pihak JPN dan PPD berkenaan kesahihan dakwaan di dalam surat
layang tersebut telah pun dijalankan. Beliau juga memohon agar
perbuatan menghantar surat layang tidak dijadikan budaya di sekolah ini
kerana ia hanya akan memberi banyak kesan negatif. (Sila rujuk
lampiran).

Tindakan : Makluman

5
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tidak dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Pengesahan akan


dilakukan pada mesyuarat berikutnya.

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Tuan Pengetua mengingatkan semula bagi guru-guru yang ingin


membuat sumbangan korban dan akikah untuk rakyat Kemboja dan
Rohingya supaya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan
sebarang kesulitan.

Tindakan : Semua guru beragama Islam.

4. PENUTUP

4.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang


dapat hadir pada mesyuarat kali ini dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 5.10 minit petang.

Disediakan oleh:
Wan Juria Emeih Binti Wahed
(Pencatat Minit)

You might also like