You are on page 1of 5

Pengenalan

 Pada zaman pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa pengantar
utama di sekolah-sekolah Melayu. Sekolah-sekolah bangsa lain menggunakan bahasa
ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah
penjajah British pada masa itu.

 Namun, apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai
usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar
Melayu pada masa itu.

 Pada 1956, Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan
Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan sebagai
bahasa pengantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan
kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik, dialek serta bahasa.

 Menurut Penyata Razak (1956) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah rakyat
bersatu-padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang utama. Pernyataan ini disemak oleh sebuah jawatankuasa yang
diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu
dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib pada tahun 1960.

 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Bahasa Melayu adalah


bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa
Kebangsaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi
dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Definisi

Bahasa Rasmi;

 Digunakan bagi tujuan rasmi.

 Menggunakan laras Bahasa Melayu tinggi.

 Bahasa lisan-sebutan/pertuturan.

 Bahasa tulisan-ejaan, pembentukan kata, dan tatabahasa.


Peranan

 PENTADBIRAN

◦ Kerajaan Pusat

◦ Kerajaan Negeri

◦ Pihak Berkuasa Tempatan

 Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dengan


adanya kuasa pada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). JPA sebagai pentadbiran
negara telah memastikan bahawa dasar bahasa yang mewajibkan bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pentadbiran negara dipatuhi.

 JPA menetapkan kelayakan tertentu dalam bahasa Melayu untuk tangga gaji tertentu
mengikut jenis jawatan. Calon bagi sesuatu jawatan dalam tangga gaji tertentu hanya
boleh dipertimbangkan jika dia mempunyai gred kepujian atau lulus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dalam PMR, SPM dan pengesahan dalam jawatan dan
kenaikan pangkat.

 Cara ini menjadikan Bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri.
Keperluan ini telah mendorong rakyat Malaysia berusaha mencapai kecekapan dalam
Bahasa Melayu.

 PENDIDIKAN

◦ Sekolah Rendah

◦ Sekolah Menengah

◦ Institusi Pengajian Tinggi

 Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan


menggunakan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah malah institusi-institusi
pengajian tinggi juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama
mereka. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran
1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang
kaum.

 Bahasa pengantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan merealisasikan


hasrat negara yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.
Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat sesebuah negara
kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Oleh itu bahasa
pengantar yang sama di seluruh sekolah di sesebuah negara mampu untuk
menyatupadukan rakyatnya.

 Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu, peranan Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar utama bagi semua sistem pendidikan formal peringkat sekolah rendah
kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam
Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pendidikan terutamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta
mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia
meluluskan Akta Pendidikan 1996.

 PERNIAGAAN

◦ Dokumen Rasmi

◦ Komunikasi

 Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmiah dan bahasa ilmu sejak dahulu lagi. Bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar antara pedagang-pedagang di Tanah Melayu pada
waktu itu dan sehingga ke hari ini.

 Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau


pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai
berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa sebagai komunikasi
yang dapat difahami oleh semua masyarakat.
 Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa undang-undang dan dokumen-
dokumen rasmi kerajaan.

 PERHUBUNGAN

◦ Lisan

◦ Tulisan

◦ Media Cetak & Elektronik

 Bahasa Lisan

◦ Bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan / komunikasi harian.

 Bahasa Tulisan

◦ Dokumen rasmi.

◦ Borang-borang.

◦ Surat-menyurat.

◦ Papan tanda.

 Media Cetak Dan Elektronik.

◦ Akhbar dan televisyen.

Cabaran

 Kesimpulannya, Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya sejak zaman


kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu kerana
Bahasa Melayu mudah untuk dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain di
samping ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu sendiri.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara telah menjadi bahasa komunikasi utama
bagi masyarakat Malaysia seterusnya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk memelihara serta
memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke tahap antarabangsa.

Kesimpulan

 Kesimpulannya, Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya sejak zaman


kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu kerana
Bahasa Melayu mudah untuk dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain di
samping ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu sendiri.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara telah menjadi bahasa komunikasi utama
bagi masyarakat Malaysia seterusnya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk memelihara serta
memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke tahap antarabangsa.

You might also like