You are on page 1of 1

Refleksi Hari Kedua( 30/7/2018 )

Hari ini merupakan hari kedua saya menjalani praktikum di SK Apal. Pada awal pagi
ini, saya telah diberikan kelas ganti di 3 Intelek. Sebelum saya masuk kelas, saya telah
melihat murid-murid kelas ini sedang membersihkan kelas mereka. Ini merupakan satu
contoh baik yang boleh diikuti oleh kelas lain. Kemudian, saya meneruskan aktiviti
pengajaran santai bersama mereka. Tepukan telah diajar dan prestasi murid amat baik.
Namun demikian, saya kehilangan kawalan kelas untuk sebentar dan ini merupakan
satu pengajaran yang perlu diambil oleh saya.

Pada hari ini, pengajaran subjek sejarah di 4 Dinamik tidak berjalan kerana
mereka terlibat dengan ceramah kesihatan sempena minggu sihat doktor muda
sehingga waktu balik. Ceramah sebegini akan memberikan pendedahan tentang
kebersihan dan kepentingan penjagaan kesihatan terhadap mereka. Selepas itu, kami
bertolak balik ke IPG.

You might also like