You are on page 1of 3

Terdapat lima bahagian stilistik dalam kajian bahasa, lima bahagian yang utama stilistik tersebut

ialah :
.(a) Gaya bahasa perbandingan seperti imejan, metafora, personifikasi dan simile.
 Imejan - penggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam sesebuah karya sastera,
penggunaan kiasan dalam tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 Metafora - pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang
lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sebagai
perbandingan atau kiasan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 Personafikasi - pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera
atau seni.
 Simile- perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan
antara sesuatu (orang, benda, dan lain-lain)

(b) Gaya bahasa pertentangan seperti hiperbola, inversi dan paradoks.


 Hiperbola - ungkapan kiasan yangg berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan untuk
memperoleh kesan tertentu
 Inversi - pembalikan susunan kata-kata dalam ayat
 Paradoks - sesuatu yg bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.

(c) Gaya perulangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan rima.
 Aliterasi - pengulangan bunyi yang sama pada bahagian awal kata-kata yang
berurutan, bersajak pada bahagian awal bagi kata-kata yang berurutan. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua)
 Anafora - pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau
klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
 Asonasi - perulangan bunyi vokal yang sama atau yang hampir sama dalam kata-
kata yang berderet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
 Epifora - pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat
yang berturutan untuk mencapai kesan stilistik tertentu, mis rima di akhir baris dalam
rangkap syair.
 Rima - keselarasan bunyi pada perkataan atau pada suku kata terakhir dalam sesuatu
rangkap (mis pantun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

(d) Gaya penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja iaitu sinkof.
 Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan ialah bentuk bahasa yang mengalami
unsur pengguguran bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya.

(e) Gaya bahasa pertautan


 perihal bertaut, perhubungan, pertalian ((Kamus Dewan Edisi Keempat)

Gaya ini mempunyai takrifan tersendiri dan terdapat ciri-ciri yang membezakan. Di dalam mata
pelajaran bahasa Melayu, gaya bahasa ini diajar mengikut tahap-tahap tertentu. Contohnya, gaya
bahasa perbandingan simile diajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu dan penggunaan simile
dilihat banyak digunakan dalam bahasa Melayu tingkatan satu. Menurut Ganjar Harimansyah
Wijaya (2001) stilistika adalah ilmu yang digunakan untuk menganalisis suatu karya, baik bahasa
mahupun sastera, untuk menelusuri cara-cara yang khas atau cara pengungkapan tertentu sehingga
tujuan yang ingin disampaikan oleh penulis dapat dilakukan semaksima mungkin.
Nik Hassan Basri bin Nik Ab. Kadir. 2005. Stilistik Komsas. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2015 .https://vdocuments.site/stilistik.html

You might also like