You are on page 1of 3

Simetri dan Keabadian

Secara umumnya, simetri dikaitkan dengan objek yang sekata bentuknya seperti
bulat, segi empat sama sisi dan segi tiga sama sisi. Dalam teori medan, simetri
adalah suatu perubahan pada perspektif yang tidak mengubah persamaan gerakan.
Contohnya, perubahan boleh berlaku seperti penjelmaan translasi pada ruang masa,
putaran dan pantulan. Contoh-contoh ini ialah simetri luaran. Terdapat juga simetri
dalaman yang mempunyai perubahan pada medan tetapi tidak berubah dengan
ruang masa.
Satu teorem yang popular ialah Teorem Noether. Teorem ini menghubungkait antara
keabadian cas, tenaga dan momentum dengan simetri.
Dua prinsip keabadian yang penting dalam fizik ialah keabadian tenaga dan
momentum. Prinsip ini bergantung kepada simetri pada perubahan dalam ruang
masa. Oleh itu, kita jadikan ruang masa berubah seperti berikut
𝑥 →𝑥 +𝑎 (1)

dengan 𝑎 adalah parameter kecil pada sesaran dalam ruang masa. Dengan
pengembangan Taylor, medan akan berubah seperti berikut
𝜑(𝑥 ) → 𝜑(𝑥 + 𝑎) = 𝜑(𝑥 ) + 𝑎 𝜕 𝜑 (2)

Apabila terdapat usikan kecil pada medan, ia dapat diungkapkan sebagai


𝜑 → 𝜑 + 𝛿𝜑
Oleh itu, perubahan pada medan dapat diungkapkan secara tak tersirat sebagai
𝛿𝜑 = 𝑎 𝜕 𝜑 (3)

Seterusnya kita lihat pada perubahan Lagrange. Lagrange hanya bergantung


kepada medan dan terbitan pertamanya.
𝜕ℒ 𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝛿𝜑 + 𝛿(𝜕 𝜑)
𝜕𝜑 𝜕 𝜕 𝜑

Dengan menggunakan persamaan Euler-Lagrange


𝜕ℒ 𝜕ℒ
=𝜕
𝜕𝜑 𝜕 𝜕 𝜑

Usikan pada Lagrange dapat diungkapkan seperti berikut


𝜕ℒ 𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝜕 𝛿𝜑 + 𝛿(𝜕 𝜑)
𝜕 𝜕 𝜑 𝜕 𝜕 𝜑
𝜕ℒ 𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝜕 𝛿𝜑 + 𝜕 (𝛿𝜑)
𝜕 𝜕 𝜑 𝜕 𝜕 𝜑

Ungkapan di atas dapat diringkaskan menggunakan petua hasil darab


𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝜕 𝛿𝜑
𝜕 𝜕 𝜑

Seterusnya adalah menggantikan persamaan (3). Namun kita harus berhati-hati


dengan penggunaan indek patung. Oleh sebab persamaan (3) adalah berbeza
dengan ungkapan perubahan Lagrange, maka kita perlu gunakan indek patung yang
lain.
𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝜕 𝜕 𝜑 𝑎
𝜕 𝜕 𝜑

Sama seperti medan, Lagrange juga boleh ditulis seperti berikut


𝛿ℒ = 𝜕 (ℒ)𝑎 = 𝛿 𝜕 (ℒ)𝑎

Dengan 𝛿 adalah delta Kronecker. Daripada hasil kedua-dua ungkapan ini, kita
hubungkan kedua-duanya dalam satu persamaan berikut
𝜕ℒ
𝛿ℒ = 𝜕 𝜕 𝜑 𝑎 = 𝛿 𝜕 (ℒ)𝑎
𝜕 𝜕 𝜑

Atau mengalih ungkapan di sebelah kanan ke kiri,


𝜕ℒ
𝜕 𝜕 𝜑−𝛿 ℒ 𝑎 =0
𝜕 𝜕 𝜑

𝑎 adalah parameter kecil yang tidak sifar, oleh itu ungkapan terbitan ialah sifar.
𝜕ℒ
𝜕 𝜕 𝜑−𝛿 ℒ =0
𝜕 𝜕 𝜑

Ungkapan ini sangat bermakna dan diberi nama tensor tenaga momentum. Tensor
momentum tenaga diungkapkan seperti berikut
𝜕ℒ (4)
𝑇 = 𝜕 𝜑−𝛿 ℒ
𝜕 𝜕 𝜑

Oleh itu, prinsip keabadian momentum dan tenaga dapat diungkapkan seperti
berikut
𝜕 𝑇 =0 (5)

Ketumpatan Hamilton dan keabadian Tenaga


Komponen masa pada tensor tenaga momentum adalah seperti berikut
𝜕ℒ
𝑇 = 𝜑̇ − ℒ = ℋ
𝜕𝜑̇
Komponen ini tidak asing lagi kerana ia merupakan Hamilton atau ketumpatan
tenaga bagi medan tersebut. Manakala persamaan (5) bagi komponen ini merujuk
kepada keabadian tenaga.
𝜕 𝑇 =0

You might also like