You are on page 1of 12
KEMENTERIAN PENOIDIKAN MALAYSIA. Tedoe + emp. on tn Ua) ounces kekadna ounce. © Jelotom — epsget a Cnr) Som ns ‘AK | Kp.p20307.14(8)) ree | 3] Maczote ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri ‘YBhg. DatukiDato'/Tuan, ‘SURAT PEKELILING LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 1/2014: PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) ‘Surat Pekelling Ikhtisas ni dikeluarkan dengan tujuan_memakumkan tentang ppenambahbaikan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan sokolah bantuan kerajaan termasuk ‘sekolah swasta yang menggunakan kurkuium kebangsaan, 2. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah berse-ulu supaya PBS liaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi_pendidikan. Pengoperasian PBS mula dllaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. Selain itu PBS juga merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin, Pencapaian seseorang murid tidak lagi dinlal berasaskan peperiksaan semate-mata. 3. PBS adalah dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistk) tethadap pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid yang terangkum menerus empat Komponen pentaksiran iaitu; 3.1 Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran yang dllaksana oleh guru sebagai sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PUP) di sekolah. 1a melibatkan Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning), Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment For Leaming) dan Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment Of Learning). la boleh dilaksana menerusi pemerhatian atau ujian berbentuk bulanan, penggal ddan tahunan termasuk apa-apa bentuk pentaksiran yarg menggunakan polbagal instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projok, persembahan, demonstrasi, kaian lapangan (field study} atau kajan kes (caso study) 3.2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Penteksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru untuk ‘mengukur dan menial prestasi, pengibatan dan penyertaan murid dalam ‘aktivit jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum, 3.3 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dllaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfkir, kemahiran_menyelesalkan ‘masalah, minal, kecenderungan, sikap dan personalli mui. ) Pentaksiran di mana pihak sekolah mentadbirinstrumen serta mentaksir dan memberi skor terhadap respons (jawapan) murid berdasarkan ingtrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), KPM. 34 Pentaksiran Pusat ( 4, Bagi memantapkan lagi pelaksanaan PBS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajan semula serta melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaannya agar menjadi lebih mesra guru. Berdasarkan kajian semula ini, maka enambahbaikan dalam pelaksanaan PBS adalah seperti berikut 4.1 Dokumen Standard Prestasi (DSP) ‘2. DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang lebih fleksibel bagi membantu guru untuk member fokus terhadap PuP serta merancang pentaksiran yang sesuai untuk muri . Guru hendaklah mengajar menggunakan kurkulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang peru dikuasai oleh muri ©. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan perilaian mereka sendii dengan rmerujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut 14. Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid_mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendir. Perekodan ini ‘menggambarkan perkembangan pembelajaran murié semasa proses PAP. Guru tidak periu lagi mengumpul data dan evidens hasil Kerja ‘murid melalui pernyataan evidens yang terialu kompleks. 42 43 4a Fail Porkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit ‘. Guru tidak pertu lagi menyediakan FPM, FS dan melengkapkan Rekod ‘Transit. Penguasaan murid dalam pembelajaran toleh direkodkan secara\ tidak formal yang boleh memberi makumat berkaitan pperkembangan pembelajaran murid '. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dliakukan mengikut keperluan,kreativi dan kesesuaian masa guru ‘Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) 2. Guru tidak pert lagi mengist data secara online. Guru boleh merekod perkembangan pembelajaran murid secara offline atau secara manual mengikut kesesuaian masa guru, '. Pelaporan perkembangan pembelajeran murid boleh dicetak untuk kegunaan guru dan makluman kepada ibu bapa. Penilaian Menengah Rendah (PMR) ‘2, Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 digantkan dengan Pentaksiran Tirgkatan 3 (PT3). Hal ini bermakna tiada peperksaan berpusat untuk murid-murid Tingkatan 3 mulai tahun 2014. b. PTS merupakan pentaksiran sumatif di poringkat _pendidikan ‘menengah rendah bagi melihat pencapaian akademk murid. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentedbir pentaksiran, mentaksir dan member! skor terhadap respons (awapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pinak LP. ©. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan ‘moderas! dan veritkas! sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verifikasi adslah proses untuk memastikan kesahen dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara pemeriksa, 4. PTS dllaksanakan bagi mata petajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Borsepadu, Geograf, Sejarah, Bahasa Arab, Bahesa Cina, Bahasa ‘Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun mengikut tempoh ppelaksanaan yang ditetapkan oleh LP dan jadual yang disediakan (leh pihak sokolah

You might also like