You are on page 1of 2

Laporan

Sempena hari bumi 2019 kumpulan 3 telah menjalankan Program Kent Environmental
Education Race (KEER 2019). Penganjuran program sebegini merupakan usaha dalam
meningkatkan kesedaran warga IPG Kampus Kent terhadap alam sekitar. Pelajar telah
ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa peralatan dan PA sistem. Selain itu, pelajar juga
ditugaskan untuk menjalankan aktiviti di dalam satu stesen dipanggil “All About Coconuts”.

AJK peralatan ini bertanggungjawab bagi menyediakan dan memastikan kecukupan


alatan sebelum pelaksanaan program, semasa dan selepas pelaksanaan Program Kent
Environmental Education Race (KEER 2019). Sebelum berlangsungnya program, semua
alatan untuk AJK-AJK lain dan juga PA sistem telah disenaraikan di dalam kertas kerja.
Setelah kertas kerja diberi pengesahan, AJK Peralatan telah meminjam peratalan yang
diperlukan untuk program ini dari Stor Pusat, Bengkel Kemahiran Hidup dan Unit ICT. Alatan
yang diambil dari Stor Pusat adalah Air mineral dan Sijil Penyertaan. Untuk Bengkel
kemahiran hidup, AJK peralatan telah meminjam Penyiram bunga, Sarung tangan, Sudip
tangan, dan Sabit untuk stesen penyemaian anak pokok buah naga. Peralatan PA sistem
yang dipinjam pula adalah “portable speaker” dan “microphone” daripada unit ICT.

Sepanjang perjalanan program tersebut, semua peralatan yang dipinjam telah


digunakan dengan sebaiknya. Selepas program berakhir, AJK peralatan telah mengumpulkan
kesemua alatan-alatan dan untuk dikira berdasarkan senarai semak yang telah disediakan
bagi memastikan setiap peralatan yang dipinjam mencukupi dengan bilangan yang dipinjam.
Semua alatan yang dipinjam telah dikembalikan semua kepada pihak.

Secara keseluruhannya, setiap peralatan yang diperlukan sebelum dan semasa


perjalanan program telah dapat disediakan. Selepas pelaksanaan program pula, peralatan-
peralatan tersebut juga telah dapat dipulangkan dalam keadaan yang baik.

Sebagai AJK bagi stesen “All About Coconuts”, pelajar bertugas untuk menyediakan
aktiviti yang menarik untuk peserta program. Aktiviti yang disediakan adalah bertemakan buah
kelapa. Oleh sebab itu, perkara utama yang perlu diselesaikan adalah untuk mencari buah
kelapa. Untuk mendapat buah kelapa yang mencukupi, pelajar bersama-sama dengan
pengerusi program telah mengambil inisiatif untuk mencari buah kelapa di sekitar pekan
tuaran dan berjaya mendapatkan 5 biji buah kelapa dan sejumlah besar tempurung kelapa.
Buah kelapa digunakan untuk permainan bowling kelapa manakala tempurung kelapa
digunakan dalam permainan terompah kelapa.
Stesen “All About Coconuts” merupakan sebauh stesen permainan dimana peserta
perlu memijak sepasang tempurung kelapa yang dibelah dua dengan kedua-dua belah kaki.
Peserta memegang tali yang diikat pada tempurung untuk mengimbangkan badan supaya
tidak terjatuh. Kemudianya, peserta berjalan dari garisan permulaan hingga ke garisan yang
ditetapkan dengan memijak atas tempurung tersebut. Peserta perlu mula dari garisan
permulaan semula sekiranya terjatuh semasa permainan. Peserta membaling kelapa di depan
untuk menjatuhkan semua botol plastik mineral berisi air yang disusun dalam bentuk segi tiga.
Permainan ini dikira selesai apabila kumpulan dapat menjatuhkan semua botol. Sekiranya
peserta tidak berjaya menjatuhkan semua botol, peserta perlu berpatah balik ke garisan
permulaan dengan memijak atas tempurung tersebut dan diteruskan oleh ahli kumpulan lain.

Rata-rata kesemua peserta tidak mempunyai masalah dalam bermain di stesen kami
dan berjaya menghabiskan permainan di bawah 10 minit. Selepas kesemua peserta melawat
stesen dan menghabiskan permainan, segala peralatan permainan dikemaskan dan tempat
stesen dibersihkan.

You might also like