You are on page 1of 1

Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya telah menolak skim KWSP, telah

disahkan dalam perkhidmatan dan genap tiga tahun berkhidmat yang boleh diambilkira.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan pegawai yang dikemukakan kepada


Suruhanjaya disertakan dengan dokumen berikut:

1. Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005;

2. Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen, P.U. (A) 176/2005; dan

3. salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling Yang Berkaitan

1. Akta Pencen 1980;

2. Peraturan-Peraturan Pencen 1980;

3. Akta Pencen (Pindaan 1992);

4. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan


Perkhidmatan) 2005 (P.U.(A) 176/2005); dan

5. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun 2008 - Kaedah pelaksanaan


Pemberian Taraf Berpencen Anggota Perkhidmatan Pendidikan.

You might also like