You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PULAU

PINANG

KETIBAAN VVIP Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Tuan Shaari bin Osman,

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan


Malaysia

Encik Mohd Jamil bin Mohamed,

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Encik Ismail bin Mohd Said,

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPP

dengan diiringi oleh Puan Hadibah bt Hashim Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Jelutong , Tuan2 ketua Sektor dan Ketua Unit JPNPP dan
barisan Guru-guru Penolong Kanan SK Jelutong.

MENCARI TIMBA SI ANAK DARA,

DIBAWAH SARANG BURUNG TEMPUA,

SALAM SEMBAH PEMBUKA BICARA ,

SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA

Yang Berbahagia Tuan Shaari bin Osman,

Pengarah Bahagia Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan


Malaysia

Yang bahagia Encik Mohd Jamil bin Mohamed,

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Yang bahagia Encik Ismail bin Mohd Said,

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPP


Yang Dihormati ___________________________________

Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut

Yang Dihormati ___________________________________

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut

Yang Berusaha, Pn Hadibah bt Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Jelutong

Yang dihormati, En Shaikh Faisal bin Shaikh Fuad, Yang di Pertua Persatuan
Ibu bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Yang Dihormati Pn Raudzah Hanim bt Nuruddin, Penolong Kanan


Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Yang Dihormati Pn Rohana bt Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Yang Dihormati Pn Norhuzaira bt Mohd Hussin, Penolong Kanan Ko-


Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Yang Dihormati Puan Salina bt Saad, Penolong Kanan Petang, Sekolah


Kebangsaan Jelutong.

Tetamu-tetamu jemputan, Guru-Guru, dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah


kurnianya, dapat bersama-sama kita berkumpul pada hari ini untuk sebuah
majlis rasmi iaitu Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau
Pinang. Pihak sekolah merakamkan ucapan selamat datang kepada semua
tetamu jemputa kita pada hari ini.
NYANYIAN Para Hadirin sekalian,
LAGU
Marilah sama-sama kita berdiri bagi menyanayikan tiga buah lagu iaitu
NEGARAKU DAN
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang dan Lagu Sayangi Malaysiaku.
LAGU NEGERI
Hadirin diminta bersedia.

Para hadirin dipersilakan untuk duduk.

PERSEMBAHAN
TARIAN LAGU DIDENDANG MALAYSIA BERJAYA
TANDA NEGARA MERCU GEMILANG
TIGA BANGSA PENYERI BUDAYA
TARIAN PEMBUKA SELAMAT DATANG

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini diserikan dengan tarian daripada 3 bangsa utama
di Malaysia iaitu tarian inang, tarian cina dan tarian india. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian daripada Sekolah


Kebangsaan Jelutong, SJKC Han Chiang dan SJKT Jalan Sungai atas
persembahan yang mengasyikkan sebentar tadi.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, ini juga merupakan pelaksanaan


Program RIMUP. Untuk pengetahuan hadirin RIMUP adalah program khas
untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang secara tidak langsung
dapat menyemai sikap bersatu padu dala kalangan pelajar sejak dibangku
sekolah

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majis kita pada hari ini majlis menjemput al- fadhil ustaz
Mohd Shaffi bin Yusof Ghani untuk membacakan doa. Dgn hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Jua maka kita diberikan
kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Majlis
Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.

PERSEMBAHAN Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan ‘Action Song’ yang
ACTION SONG bertajuk _______________________________ daripada anak-anak cilik
SK JELUTONG Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Jelutong. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


Persembahan action song tadi adalah dibawah bimbingan Puan Hazirah.

UCAPAN ALU- Hadirin sekalian,


ALUAN GURU
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Pn Hadibah bt
BESAR
Hashim Guru Besar SK Jelutong, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan beliau
sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMIAN
KALAU TUAN PIKAT KENARI ,

JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI,

KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,

MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI

Kini, majlis menjemput ______________________________ Pengarah


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau . Dengan penuh takzim, majlis
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada __________________________ atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

GIMIK Majlis menjemput sekali lagi ____________________________, Pn


PERASMIAN Hadibah bt Hashim ________________________________ diiringi oleh
barisan Guru-guru Penolong Kanan bagi menyempurnakan upacara
PENUTUP
penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian -


___________________________________________________

menyempurnakan upacara penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat


Negeri Pulau Pinang.

Dengan berlangsungnya gimik perasmian tadi maka rasmi sudah

penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,


HADIAH & SIJIL
Majlis seterusnya menjemput
_____________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada sekolah-sekolah terbaik dalam
pengisian bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


___________________________________________________________

Atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi dan tahniah diucapkan


kepada para pemenang.

JAMUAN / Hadirin sekalian,


REHAT
Majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada para hadirin untuk
berehat. Majlis akan diteruskan semula pada jam 10.30 pagi.
PETANDINGAN Hadirin dan hadirat sekalian,
PAKAIAN
Majlis kita diteruskan lagi dengan pertandingan pakaian bearagam
BERAGARAM
patriotic daripada anak-anak pra sekolah daerah timur laut.
PATRIOTIK
Senarai nama peserta sebut 5 orang

PERSEMBAHAN Majlis diselingkan dengan persembahan koir yang bertajuk Malaysia Baru
daripada murid-murid tahun 4 cemerlang.
KOIR 4C
Terima kasih

PAKAIAN 5 ORANG
BERAGAM

PERSEMBAHAN Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan choral


CHORAL speaking yang bertajuk ‘ My Malaysia’ daripada murid-murid tahap 2 sk
SPEAKING jeluong
TAHAP 2
Terima kasih

PAKAIAN 5 ORANG
BERAGAM

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


KOIR TAHUN 5 G
Semenatara menunggu hakim mengumpulkan markah dan mencari
pemenang marilah sama-sama kita menyaksikan persemabahan koir
yang bertajuk Standing of the eyes daripada murid-murid tahun 5
gemilang.

Terima kasih

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH PRA
Kini tiba masanya kita ke upacara penyampaian hadiah. Kini Majlis
SEKOLAH
menjemput
____________________________________________________________
dengan diiringi ______________________________________________
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


___________________________________________________________

Atas kesudian penyampaian hadiah sebentar tadi. Tahniah diucapkan


kepada para pemenang.

PENUTUP/ Hadirin sekalian,


BERSURAI
Dengan penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis
kita pada hari ini. Saya bagi pihak Jawatankuasa Kerja Majlis ingin
mengucapkan terima kasih di atas kesudian hadirin dan hadirat sekalian
kerana memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata kami memohon maaf
jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Saya
sudahi majlis dengan wbt wassalamualikum warahmatullah hi
wabarakatuh.

You might also like