You are on page 1of 5

1) YB. DATO’. HJ.

ABDUL RAHMAN BIN MOHD REDZA, ADUN KAWASAN LINGGI


2) EN MD ISA BIN JOHAR, KETUA KAMPUNG TANJONG AGAS
3) EN ABDUL JALIL HASAN BIN ABDULLAH, KETUA KAMPUNG SUNGAI RAYA
4) KOPERAL 113727 NASARUDIN BIN ABD RAZAK, PEG POLIS BALAI PASIR PANJANG

INTIPATI PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018 KPM

Perutusan 2018 KPM pada tahun ini berkisar dalam tiga segmen utama. Pertama, kejayaan
warga besar Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk
meletakkan sistem pendidikan negara antara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di
dunia. Kedua, usaha – usaha Kementerian dalam proses pengantarabangsaan pendidikan.
Ketiga, persediaan untuk melangkah ke hadapan bagi menjayakan transformasi pendidikan
negara ini, demi menyediakan anak bangsa yang mampu berhadapan dengan cabaran global.

Kementerian telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia dilihat


daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013 - 2025, iaitu kualiti sekolah dan
kemenjadian murid.

Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara keseluruhan
dan bukannya hanya difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mulai tahun 2017, Kementerian telah mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan
kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun melalui
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kejayaan murid sekolah rendah dilaporkan
dengan lebih menyeluruh dan bermakna dan tidak lagi berfokus kepada keputusan UPSR
semata-mata.

PPSR mempunyai dua komponen utama iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
pentaksiran pusat.

PBS terbahagi kepada tiga jenis pentaksiran iaitu

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran di
sekolah;

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu penilaian tahap kecergasan,
kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah, dan

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) iaitu penilaian mengenai kecerdasan semula jadi dan
aptitud/kecenderungan murid.
Dari aspek pencapaian akademik penilaian murid dilihat berdasarkan tahap penguasaan
minimum dalam UPSR yang akan dikendalikan pada peringkat pusat oleh Lembaga Peperiksaan.

Kementerian akan memberikan penekanan kepada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) ke arah kemenjadian murid yang holistik dan seimbang. Para guru akan
melaporkan perkembangan murid secara pelaporan satu muka surat (one-page reporting) agar
semua komponen PBS dapat dimanfaatkan untuk membimbing dan memperkembangkan
potensi murid.

Oleh yang demikian, dalam menilai pencapaian anak-anak kita pada akhir persekolahan
peringkat rendah atau Tahun 6, kita sebagai ibu bapa perlu melihat Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah (PPSR) secara keseluruhan dan bukan hanya melihat kepada bilangan A yang
diperoleh dalam UPSR. Jika ini berlaku, kita sebagai ibu bapa akan dapat memberikan sokongan,
motivasi dan bantuan yang lebih baik dan terarah kepada anak-anak kita dalam fasa seterusnya
persekolahan mereka untuk berjaya pada peringkat menengah.
PEMAHAMAN PENTAKSIRAN BERASAKAN SEKOLAH (PBS)

1. Soalan: Apa itu PBS?


Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru- guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?


Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang
selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan
lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah
sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi
Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid
secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?


Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?
Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada
2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

4. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?


Jawapan: • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada
yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS
akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan
konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama
pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran
yang merupakan assessment of learning. • Dalam usaha penambahbaikan kepada
pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu
menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth)
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
merujuk kepada pernyataan standard.

5. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan


pembelajaran anak-anak mereka?
Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila- bila
masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid
daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).
PEMBELAJARAN ABAD KE 21 KSSR

AMALAN DAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan
meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini
akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model
susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2025.

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke
arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran
yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai
sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani
cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum)
dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan
datang.

You might also like