You are on page 1of 2

7.

0 SUMBER UTAMA

Sumber utama adalah perkara yang penting bagi menjayakan model perniagaan.
Setiap perniagaan mempunyai sumber utama dan ini membolehkan perniagaan
tersebut menawarkan nilai kepada pasaran dan menjana pendapat. Beberapa sumber
yang digunakan dalam sumber utama antaranya sumber fizikal, manusia, intelektual
dan kewangan.

7.1 Sumber Fizikal

Ini termasuk perkara yang perlu dan tersedia untuk perniagaan berfungsi dalam
sesebuah syarikat. Perniagaan kami lebih kepada perniagaan berasaskan produk yang
menggunakan sumber fizikal untuk menyediakan barangan untuk dijual dan operasi
perniagaan. Sumber fizikal seperti kerepek yang dibeli secara borong melalui peniaga,
pengangkutan dan bangunan yang digunakan untuk perniagaan kami.

7.2 Sumber Manusia

Bagi Syarikat kami, dalam perniagaan berasaskan produk terutamanya Kenyalang


Tasty kami memerlukan banyak kreativiti dan pengetahuan yang luas dalam
memasarkan produk kami. Sumber manusia seperti pemasaran dan periklanan
memainkan peranan yang penting dalam memastikan perniagaan produk berjalan
dengan lancar. Komunikasi yang baik diperlukan dalam kumpulan untuk mengelakkan
berlakunya salah faham diantara ahli kumpulan kerana perkara tersebut akan
menjejaskan perniagaan kami. Oleh itu, syarikat perlu memahani permintaan,
keperluan pekerja dan cuba untuk memenuhi keperluan mereka untuk mengelakkan
berlaku konflik dan masalah di masa depan.

7.3 Sumber Intelektual

Sumber fizikal ialah sumber yang tidak fizikal atau ketara seperti jenama, corak dan
sebagainya. Sumber-sumber intelektual mengambil masa dan memerlukan semua ahli
kumpulan bekerjasama dalam mempromosikan produk kami kepada orang ramai
supaya mereka mengetahui perniagaan yang kami pasarkan. Sumber intelektual
adalah penting dalam perniagaan agar pengguna mempercayai dan yakin akan
sesuatu produk. Melalui sumber ini syarikat kami akan mempunyai jenama sendiri
seperti jenama-jenama yang terkenal di Malaysia.

7.4 Sumber Kewangan

Setiap perniagaan memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan.


Kebiasaanya sumber kewangan adalah berbentuk tunai mahupun kredit ianya
bergantung kepada sesebuah syarikat tersebut. Untuk produk Kenyalang Tasty kami
bersepakat untuk mengeluarkan modal dengan mengutip sebanyak RM 10.00 setiap
seoarang daripada ahli kumpulan. Modal ini dikutip untuk memulakan perniagaan
Kenyalang Tasty. Secara Keseluruhan jumlah modal yang dikutip untuk menjalankan
perniagaan ini ialah RM10.00 X 11 = RM110.00.

You might also like