You are on page 1of 2

Tiada lagi surat sokongan

Arahan berkuat kuasa serta-merta kepada menteri, timbalan menteri

DR. MASZLEE MALIK (tengah) beramah mesra dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan
pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan selepas sidang akhbar mengenai Penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan
TVET dan Program iCGPA di Universiti Awam di Putrajaya, semalam. – BERNAMA

Juani Munir Abu Bakar


22 Jun 2018 3:00 AM

PUTRAJAYA 21 Jun - Kabinet memutuskan semua menteri dan timbalan menteri


dilarang sama sekali mengeluarkan surat sokongan terhadap mana-mana tender atau
kertas cadangan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat
Kabinet semalam bertujuan memastikan tadbir urus yang baik dan mengelakkan
berlakunya kepincangan dalam keputusan kerajaan.

“Arahan ini berkuat kuasa serta-merta terpakai kepada soal membabitkan implikasi
kewangan, namun ia terkecuali bagi urusan terdesak seperti hal-hal kecemasan dan
kesihatan.
“Bagi Kementerian Pendidikan sendiri, kami tidak lagi membenarkan amalan surat
sokongan membabitkan soal pertukaran pegawai,” katanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan, semua naib canselor dan timbalan naib canselor
serta ahli-ahli lembaga pengarah universiti yang merupakan lantikan politik diminta
meletak jawatan dengan sukarela.

Katanya, pihak kementerian tidak akan menyambung perkhidmatan mereka jika kontrak
mereka telah tamat.

“Selepas ini, lantikan pengurusan tinggi universiti awam akan dipastikan ditapis terlebih
dahulu bagi memastikan individu dilantik benar-benar layak termasuk bebas daripada
pengaruh politik.

“Saya juga akan memastikan pelantikan mereka bukan dalam kalangan ahli PPBM serta
mana-mana parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Pada masa sama, Maszlee turut memaklumkan, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 1971 tidak akan dibawa dalam sidang Parlimen Julai ini.

Beliau menjelaskan, pemansuhan undang-undang itu tidak menjadi keutamaan


pihaknya kerana ia bukan merupakan janji-janji manifesto 100 hari pentadbiran kerajaan
Pakatan Harapan.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tiada-lagi-surat-sokongan-1.694326

You might also like