You are on page 1of 1

Syarat Asas:

1. Dapatkan tajuk dari soalan. (biasanya murid dapat kesan yang mana tajuk dlm soalan hehe)
2. Buat 4 isi penting. (Isi betul atau tidak itu jangan fikir, sebab fokus kita nak hasilkan karangan
yang teratur. Jadi 4 isi ini wajib buat dulu! Sebab kita nak buat macam puzzle ☺️)
3. Setiap perenggan mesti 3 ayat sahaja.
Pendahuluan (rujuk gambar):
1. Suruh murid hafal "Dewasa ini, ramai orang bercerita tentang". (mustahil tak boleh hafal kan
hehe 😁)
2. Lepas "tentang" suruh murid salin tajuk dan titik hehe dapat dah 1 ayat 😍
3. Ayat kedua mesti tulis "Contohnya" dan berikan contoh. Contoh betul ke tak betul tu jangan
fikir, yg penting tulis je ☺️
4. Ayat 3 pendahuluan mesti tulis dan suruh murid hafal "Terdapat beberapa", lepas tu masukkn
tajuk dan titik
Perenggan 2-5 (Isi 1-4):
1. Setiap perenggan ini lebih kurang sama kaedahnya, perhatikan betul2 ye☺️
2. (Ayat 1), tulis dulu penanda wacana seperti "Pertama sekali," lepas itu masukkan tajuk, lepas
itu tulis "adalah" dan masukkan isi. Ayat 1 bagi setiap perenggan lebih kurang sama, cuma
selepas "adalah" mesti masukkan isi😜
3. (Ayat 2) mesti tulis "Contohnya" dan berikan contoh berdasarkan isi. Macam saya cakap
sebelum ini, betul ke tak contoh itu jangan fikir, yang penting bagi contoh ☺️ lepas tu titik.
4. (Ayat 3) mesti tulis "Hal ini sekaligus" dan kemudian ambil separuh daripada tajuk untuk
penegasan isi. Kalau murid boring tulis "Hal ini sekaligus", boleh tulis "hasilnya", "Oleh itu", dan
banyak lagi 😘
Kesimpulan:
1. Tulis dua Ayat sahaja dah cukup hehe
2. (Ayat 1) paling senang suruh murid hafal "Kesimpulannya, terdapat beberapa" lepas tu
masukkan tajuk dan titik hehe 😚
3. (Ayat 2) merupakan ayat harapan dan suruh murid tulis dulu "semoga" dan harapan dia hehe
#ini karangan untuk lulus je tau hehe
#jangan cerewet sangat dengan tatabahasa, asalkan murid kita tak buat karangan cincai hehe

You might also like