You are on page 1of 2

Biodata Tn Hj Ahmad Fauzi bin Rozali

Raut wajah penuh tenang,


Senyuman terukir dari sanubari,
Jasamu tuan tetap dikenang,
Lambaian kasih sanjungan budi.

Sanjungan budi buat yang diraikan Tn Hj Ahmad Rozali bin Rozali, izinkan saya membaca
sedikit biodata beliau.

Tanggal 9 November 1958, merupakan detik kelahiran beliau yang bertempat di


Gurun, Kedah. Beliau merupakan anak kepada pasangan bahagia Encik Rozali bin Ramli
dan Puan Wan Jah binti Megat Ali. Arwah ibu bapa beliau merupakan bekas anggota polis.

Tn Hj Ahmad Fauzi telah mendapat pendidikan awal Darjah 1 hingga Darjah 5 di


Sekolah Kebangsaan Abdul Malik, Kelang Lama, Kulim, Kedah manakala Darjah 6 pula
di Sekolah Rendah Kebangsaan Anglo Chinese, Ipoh. Beliau meneruskan pendidikan
menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo
Chinese, Ipoh. Kemudian, pada tahun 1977 beliau telah mengambil Sijil Pengajian
Perniagaan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Sebaik sahaja tamat pengajian di politeknik,
pada tahun 1980 beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Teknik
Cheras, Kuala Lumpur. Setelah tamat pengajian di maktab, pada tahun 1990 beliau telah
melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor dalam bidang
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Pada 26 Disember 1986, beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan
pilihan beliau iaitu Hajah Musitoh binti Sudin. Hasil pengkongsian hidup mereka telah
dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Anak sulung beliau merupakan anak autisme yang
bernama Wan Ahmad Faizal. Seterusnya, anak kedua dan anak bongsu beliau, Wan Ahmad
Fairul dan Wan Muhamad Fahmy, kedua-duanya telah melanjutkan pengajian di Universiti
Malaysia Perlis. Apabila kelapangan, Tn Hj Ahmad Fauzi lebih gemar menghabiskan masa
dengan berkebun dan membaca buku.
Kerjaya sebagai pendidik bermula pada tahun 1981 sebagai guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan St. Thomas, Kuantan, Pahang. Khidmat bakti beliau diteruskan
lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward, Taiping, Perak pada tahun 1986
sehingga tahun 1987. Pada tahun 1987, Tn Hj Ahmad Fauzi telah berpindah ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak sehingga tahun 2006. Pada tahun 2006,
beliau dilantik sebagai Guru Kanan Voktek di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang
Pulai, Ipoh, Perak. Pada tahun 2009, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh, Perak. Namun pada
tahun 2015, beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebaangsaan Aminuddin Baki,
Chemor sehinggalah kini.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menjadi RO peperiksaan selama 9 tahun.


Beliau juga giat melibatkan diri dalam Koperasi Guru-guru Sekolah Malaysia Berhad. Pada
tahun 1998, beliau mula melibatkan diri sebagai ahli lembaga Koperasi. Pada tahun 2013,
beliau dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Guru-guru Sekolah Malaysia Berhad sehinggalah
kini. Beliau juga merupakan Perwakilan Bank Persatuan sejak tahun 2012 lagi hingga
sekarang. Beliau merupakan seorang yang berwibawa dan berdedikasi dalam menjalankan
tugasnya. Setelah 37 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah
sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan. Sesungguhnya, khidmat dan bakti
yang beliau taburkan sepanjang perkhidmatan sungguh mulia dan diucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, namun penganti takkan sama
dengan yang telah pergi. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia di
samping keluarga tercinta dan menikmati kehidupan baru selepas ini iaitu alam persaraan.
Dengan itu, berakhirlah sudah pengkisahan biodata Tn Hj Ahmad Fauzi bin Rozali.

You might also like