You are on page 1of 6

PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MALAYSIA

Pembangunan ekonomi Malaysia berubah mengikut keadaan semasa sehinggalah pelancaran Dasar Ekonomi Baru
1970 , barulah pembangunan ekonomi mempunyai matlamat dan gerak kerja yang sistematik.
a- Pembangunan sebelum merdeka:
Ketika ini pembangunan adalah bercorak kolonial dengan pengkhususan kepada pengeluaran komoditi getah dan
bijih timah.
b- 1957- 1969
● Pembangunan pada ketika ini lebih menekankan kepada pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi
yang tinggi.
● Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Pertama menggariskan aspirasi nasional iaitu
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, mewujudkan lebuh peluang pekerjaan, mempelbagaikan
perusahaan serta memperbanyakkan kemudahan infrastruktur dan sosial.
● Dasar perancangan di peringkat ini ialah menggalakkan penyertaan rakyat di luar bandar dalam program
pembangunan kerajaan.
● Rancangan kerajaan pada ketika ini juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui perkembangan sektor
industri domestik diharap dapat melimpahkan ruang untuk orang miskin turut serta dalam ekonomi negara.
c- 1970-1990 - Dasar Ekonomi Baru.
● Kepincangan dasar kerajaan yang sebelum ini telah dikaji dan diberi nafas baru melalui pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru yang menekankan aspek kemiskinan dan usaha untuk penyusunan masyarakat.

● Sepanjang tempoh ini, Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah mempunyai matlamat
yang konsisten iaitu ke atah pembasmian kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

● Ini dicapai melalui rancangan yang lebih giat dalam pembangunan pertanian dan pembangunan luar bandar,
penggemblengan sumber manusia secara lebih berkesan dan pengagihan kemudahan pembangunan secara sama
rata antara wilayah dan strata penduduk. Polisi baru dalam era ini menekankan :
i. Pembangunan luar bandar yang lebih intensif
ii. Penyertaan rakyat dalam perancangan dan pembangunan
iii. Peluang kemudahan pelajaran, kesihatan , perumahan yang samara
iv. Peluang pekerjaan ditingkatkan dalam sektor swasta dan kerajaan
v. Kewujudan agensi berasaskan komoditi, penerima dan wilayah dengan kumpulan sasar yang telah
ditetapkan.
vi. Peningkatan pertumbuhan ekonomi melalui perdagangan dan perindustrian.
d- 1991-2000 –Dasar Pembangunan Nasional
Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) Kedua iaitu Dasar Pembangunan Nasional telah digubal
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 dan ianya adalah susulan daripada RRJP Pertama
iaitu Dasar Ekonomi Baru yang lebih menjurus kepada matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat bagi menghapuskan fungsi ekonomi mengikut kaum.
e- Pembangunan 2001-2010
● Penekanan pembangunan abad ke 21 ini diteruskan dalam Rancangan Rangka Jangka Panjang RRJP ketiga
meliputi tahun 2001-2010. RRJP 3 merangkumi Dasar Pembangunan Nasional yang telah menggariskan
beberapa strategi untuk membawa Malaysia ke arah negara maju pada abad ke 21.
● Ia di bantu oleh Rancangan Malaysia Kelapan RMK 8 dengan matlamat mencapai objektif DPN ke arah
pertumbuhan ekonomi yang mampan dan teguh disertai dengan pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu
dan saksama menikmati pembangunan.
● Rangka kerja RMK-9 dibuat atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan
kemampuan sendiri bagi membolehkan keupayaan bersaing di peringkat global, mengukuhkan perpaduan dan
mengurangkan polarisasi kaum serta mewujudkan keseimbangan pendapatan dan kekayaan
f- RMK-9
● Mencapai Agenda Wawasan 2020 ke arah Negara Maju. Rangka kerja RMK-9 dibuat atas kesedaran untuk
mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri bagi membolehkan keupayaan bersaing
di peringkat global, mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum serta mengwujudkan
keseimbangan pendapatan dan kekayaan.
● Aspek penting dalam dalam RMK-9 adalah pembangunan modal insan.
- memerlukan keupayaan dan keperibadian masyarakat
-tidak hanya memiliki `infrastruktur Kelas Pertama tetapi `Mentaliti Kelas Ketiga’ – melahirkan
masyarakat `Mentaliti Kelas Pertama’.
-menekankan kepada modal insan yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, nilai
etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

5 Teras RMK-9:
i). Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.(KDNK 6-6.5 setahun).
ii).Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta `memupuk minda kelas pertama’. (Sistem
Pendidikan, IPT dan R & D).
iii) Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
(Kemiskinan Tegar sifar)
iv) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.(Dimensi persekitaran dan keselamatan Awam)
v) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.(KPI)

TAHAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA


Proses perancangan pembangunan di Malaysia dibahagikan kepada tiga tahap dari segi kronologinya, iaitu:-
Semasa Penjajahan
Selepas Penjajahan/Selepas Merdeka
1. Selepas merdeka hingga tahun 19702. Selepas 1971 hingga kini
Ketiga-tiga tahap ini mengandungi bentuk pembangunan dan orientasi berbeza.
Selepas negara merdeka, perancangan pembangunan dirumus pula oleh ​anak watan​ berasaskan keperluan dan
masalah semasa yang dihadapi oleh penduduk tempatan. Rancangan-rancangan itu dirumus dengan bantuan nasihat
yang diperolehi dari dalam dan luar negara. Rusuhan kaum tahun 1969 telah menandakan satu lagi peralihan yang
penting. Akibat rusuhan itu, pada tahun 1971 DEB telah diperkenalkan dengan pertama kalinya ​berpandukan
ideologi nasional​ yang termaktub dalam ​Rukunegara​.

TAHAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN

A. ZAMAN PENJAJAHAN
-Dasar Pecah dan Perintah.
B. SELEPAS PENJAJAHAN/SELEPAS MERDEKA
1. ERA SEBELUM DEB (1957 – 1970) - SELEPAS MERDEKA HINGGA TAHUN 1970
Rancangan Malaya I :1955 – 1960
Rancangan Malaya II: 1961 – 1965 - `Buku Merah”.
Rancangan Malaysia Pertama (RMP): 1966-1970
2. ERA DEB (1971 – 1990) SELEPAS TAHUN 1970 HINGGA KINI.
Rancangan Malaysia Kedua (RMK): 1971 – 1975
Rancangan Malaysia Ketiga (RMT): 1976 – 1980
Rancangan Malaysia Keempat (RME): 1981– 1985
Rancangan Malaysia Kelima (RML): 1986 – 1990
3. ERA DPN (1991 – 2000)
Rancangan Malaysia Keenam (RME): 1991-1995 = DPN I
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT): 1996-2000 = DPN II
4. ERA WAWASAN 2020 (2000 – 2020)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8): 2001 – 2005
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9): 2006-2010

PERBEZAAN DASAR PEMBANGUNAN SEBELUM DAN SELEPAS DEB

Sebelum DEB
● Diwarisi sejak zaman penjajahan, yang melibatkan Rancangan Malaya I (1956-1960), Rancangan Malaya II
(1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
● Dasar perancangan pembangunan yang lebih berorientasikan pencapaian matlamat dan kepentingan
penjajah British.
● Penekanan terhadap sistem ekonomi bebas atau kapitalisme yang menyebabkan berlakunya ekonomi
dualistik.
● Pemunggahan hasil kekayaan negara ke luar negara yangmana negara hanya memperolehi keuntungan yang
sedikit.
● Wujud polarisasi kaum dan wilayah. Tidak mempunyai semangat kekitaan yang kukuh. Sebaliknya lebih
mementingkan kesukuan atau etnosentrisme yang menebal.
● Wujud jurang perbezaan sosioekonomi yang ketara antara kaum, sektor dan wilayah/kawasan.
● Kemiskinan berleluasa terutama di kalangan orang-orang Melayu di luar bandar.
● Kemuncaknya adalah Peristiwa 13 Mei 1969.
Selepas DEB
● Dasar perancangan adalah bagi mengikis kesan-kesan pemerintahan British melalui penggubalan semula
matlamat dan keutamaan pembangunan yang sesuai dengan aspirasi nasional. Pelancaran Dasar Ekonomi
Baru (DEB).

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)


DEB berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan DPN. DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang baru
iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun seperti yang direncanakan
dalam RRJP2 (1991-2000). Ia merupakan satu pertiga daripada wawasan 2020 (1991-2020) yang sebenarnya
mencakupi Rancangan Malaysia Ke-6 hingga Rancangan Malaysia Ke-11.

TERDAPAT BEBERAPA DIMENSI BARU DALAM DPN YANG MEMBEZAKANNYA DENGAN DEB
● Tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin, iaitu dengan
menurunkan kemiskinan relatif. Kadar keluarga termiskin dianggarkan lebih kurang 143 ribu isi rumah.
● DPN juga memberikan tumpuan kepada mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah 'masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputera' (MPPB).
● Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui
pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang.
● Tumpuan juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat
pertumbuhan dengan pengagihan yang sama.

Selain daripada itu, DPN juga menekankan konsep ​liberalisasi ekonomi.


1.Konsep yang mula ditekankan selepas tahun 1985, bilamana kerajaan mula mengurangkan penglibatannya dalam
ekonomi dan juga mula menarik diri daripada menjadi pemain utama dalam ekonomi negara.
2.Kerajaan menyerah kepada sektor swasta untuk memandu dan memimpin perjalanan ekonomi negara.
3.Mengumumkan dasar mengecilkan saiz sektor awam, dan mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan
kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan dilaksanakan secara meluas dan negara
kini merupakan negara paling terkehadapan dalam usaha menswastakan kemudahan awam.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN DAN PENEKANANNYA

Dalam Tempoh Penekanan Dasar


SEBELUM DEB
RM1 (1956-1960) - Produktiviti Pertanian
RM2 (1961-1965) - Pelbagai Tanaman, Kemudahan asas
RMK-1 (1966-1970) - Pembangunan Luar Bandar
- Infrastruktur
- Khidmat Sosial
​DEB
RRJP1RMK-2 (1971-1975) - Pembangunan dan Kesaksamaan
RMK-3 (1976-1980) - Pembasmian Kemiskinan
RMK-4 (1981-1985) - Penyusunan Semula Masyarakat
RMK-5 (1986-1990).
​DPN
RRJP2RMK-6 (1991-1995) -Pembangunan Seimbang
RMK-7 (1996-2000) -Ekonomi-Sosial
-Negeri-negeri
-Bandar-Luar Bandar
-Pengagihan
WAWASAN 2020
RMK-8 (2001 –2005)
RMK 9 (2006 – 2010) – Pembangunan Modal Insan

PEMBANGUNAN ACUAN MALAYSIA


● Konsep pembangunan di Malaysia sinonim dengan beberapa konsep lain seperti ekonomi, pertumbuhan,
perindustrian, pemodenan, sosial dan lain-lain.
● Justeru itu, bab ini cuba memperlihatkan perkaitan konsep-konsep tersebut dalam proses pembangunan sosio
ekonomi Malaysia. Sesebuah pembangunan selalu dikaitkan dengan pembangunan ekonomi.
● Pembangunan ekonomi ini telah diperakui sebagai pra syarat kepada pembangunan negara dan sebagai simbol
keunggulan sesebuah negara.
● Walau bagaimanapun , pembangunan ekonomi semata-mata tidak menjamin pembangunan yang holistik.
● Pembangunan juga wajar dilihat dari perspektif alam fizikal termasuk pembangunan prasarana dan alam
sekeliling, alam sosial termasuk hak asasi, kehidupan keluarga, komuniti dan masyarakat serta alam rohaninya
iaitu agama, nilai, etika dan moral.
● Malaysia telah mengalami beberapa tahap pembangunan iaitu sebelum kedatangan penjajah, semasa penjajahan
dan selepas kemerdekaan. Sebelum kedatangan kolonial, orang Melayu hidup dengan penggunaan sumber alam
secara maksimum dan sara diri sahaja.
● Kedatangan penjajah telah menukar persekitaran ekonomi masyarakat kerana tujuan setiap penjajah ialah
mengeksploitasi keuntungan daripada kekayaan sumber asli negara yang dijajah. Kolonialisme Inggeris telah
membawa masuk modal dan sistem ekonomi kapitalisme dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan
maksimum daripada pelaburan modal yang dibuat.
● Kolonial telah membuka tanah hutan untuk tanaman industri seperti getah serta pengkomersilan perlombongan
bijih timah. Ini telah menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu menjadi negara pengeluar bijih timah utama
dunia. Pada masa yang sama, aktiviti ekonomi ini telah menukar struktur masyarakat dengan kemasukan buruh
asing dari India dan China.
● Malaysia sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan, aspek pembangunan yang terancang masih
belum menjadi agenda utama. Pembangunan Malaysia selepas merdeka pada peringkat awal adalah meneruskan
sistem ekonomi kapitalis, dengan galakan kepada pelaburan dari luar bagi merangsang perkembangan ekonomi.
● Pada masa yang sama, kerajaan berusaha untuk ​menyeimbangkan pembangunan sosioekonomi antara kawasan
iaitu di kawasan barat dan timur semenanjung Malaysia. Galakan pelaburan oleh pemodal dalam ekonomi
kapitalis tidak mengggalakkan penyertaan bumiputera khususnya dalam perkembangan ekonomi negara. Situasi
ini telah membawa kepada kepincangan sosioekonomi antara kaum dan akhirnya membawa kepada peristiwa 13
Mei 1969.

● Perspektif baru pembangunan ekonomi selepas tahun 70-an bagi Negara-negara Dunia Ketiga banyak
menekankan kepada perkara berikut:
a. menambah dan meluaskan pengagihan keperluan asasi manusia seperti makanan, perlindungan, kesihatan
dan keselamatan kepada semua rakyat.
b. Meningkatkan taraf hidup melalui peningkatan pendapatan, penyediaan peluang pekerjaan dan tumpuan
kepada nilai-nilai kemanusiaan.
c. Meningkatkan penglibatan rakyat dakam proses pembangunan dan membawa perubahan struktur dalam
negara.
● Semangat dan falsafah DEB kemudiannya dilanjutkan Dasar Wawasan Negara (1991-2020) di mana Dasar
Pembangunan Negara merupakan fasa pertama. Untuk jangka 2001-2010, ​Dasar Wawasan Negara akan
menjadi strategi dan program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJK-3).​ Kesan positif
pelaksanaan - peningkatan taraf sosioekonomi mereka yang kurang berada, khasnya golongan bumiputera.

● Begitu juga, dasar pembangunan negara memperlihatkan wujudnya satu komuniti kelas menengah
bumiputera. Golongan bumiputera yang serba kekurangan pada 30 tahun yang lalu kini telah dapat
memegang ekuiti korporat yang lebih banyak. Pada tahun 1970, pegangan hak milik dalam
syarikat-syarikat berhad oleh kaum Melayu di Semenanjung Malaysia hanya 2.4 peratus. Pada
tahun 1995 pula, pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat kepada 20.6
peratus.
● Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar pembangunan yang menekankan kesaksamaan antara
kaum telah membawa darjah perpaduan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, dasar
pembangunan negara kita telah dapat menyahut cabaran krisis ekonomi 1997 dan memastikan
rakyat pelbagai kaum dapat terus hidup dalam aman dan damai.
● Pengertian pembangunan acuan Malaysia:
-Konsep pembangunan adalah suatu yang luas dan komprehensif. Pembangunan bermaksud tindakan
membangunkan ( proses) dan juga hasil daripadanya . Pengertian konsep pembangunan yang paling mudah dan
popular ialah kemakmuran ekonomi. Kemakmuran dihubungkaitkan dengan taraf kehidupan yang lebih baik
dan kekayaan sesebuah negara. Negara yang kaya dianggap sebagai negara yang makmur.
-Syed Husin Ali (1976) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan menaikkan taraf ekonomi
sebahagian besar masyarakat. Pencapaian ekonomi yang kukuh akan memajukan atau membangunkan
bidang-bidang lain. Justeru itu, konsep pembangunan bukanlah terbatas kepada bidang ekonomi sahaja tetapi
meliputi semua bidang kehidupan masyarakat.
-Syed Hussein Alatas pula mendefinisikan sifat pembangunan sebagai merubah sesuatu keadaan sedia ada
kepada yang lebih baik. Pembangunan yang sempurna haruslah menepati syarat-syarat berikut:
-Pembangunan itu mempunyai sifat insaniah iaitu pembangunan itu haruslah yang berkaitan dengan usaha dan
kehidupan manusia itu sendiri.
Setiap pembangunan dalam masyarakat mesti dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur dan tidak memperalatkan
pembangunan untuk kepentingan sendiri
-Kefahaman tentang pembangunan dan kesedaran tentang pembangunan mesti wujud di kalangan masyarakat.
Jika jiwa pembangunan tidak wujud di kalangan masyarakat, maka pembangunan akan terjejas atau hampir
tidak ada.

PERBEZAAN KONSEP PEMBANGUNAN BARAT DENGAN MALAYSIA

Perspektif Barat
● Memberikan kesempurnaan hidup kepada rakyat.
● Meningkatkan KNK dan pendapatan negara.
● Mengurangkan penderitaan, pergantungan, penindasan dan ketaksamaan di kalangan individu dalam
masyarakat.
● Merapatkan jurang serta meningkatkan taraf ekonomi negara.
● Penciptaan teknologi baru.
● Untuk kesejahteraan hidup di dunia.
● Barat pula menganggap agama sebagai penghalang kepada pembangunan – sekularisme. Agama -hanyalah
merupakan urusan peribadi semata-mata
● Bersifat eksploitatif dan lebih menekankan kehidupan yang bersifat kebendaan dan hedonisme iaitu semua
berpusat dan bertitik tolak dari kehendak manusia.

Perspektif Malaysia
● Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia.
● Mengembangkan pengeluaran yang berguna dan berfaedah kepada rakyat.
● Meningkatkan kualiti kehidupan.
● Mengurangkan pergantungan negara kepada dunia luar.
● Pembangunan yang seimbang.
● Untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
● menekankan peri pentingnya apa yang terkandung dalam agama dan budaya masyarakat

Indikator merupakan pengukuran atau petunjuk yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu perubahan.
Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan seperti kesihatan, pekerjaan, perpaduan, keharmonian dalam
keluarga dan masyarakat, keagamaan dan banyak lagi. Antara indikator tersebut ialah:
a- Ekonomi.
b- Pendidikan
c- Kesihatan
d- Kemudahan prasarana.

Faktor yang mencorakkan pembangunan acuan Malaysia:

1- Penjajahan
2 – Kepimpinan
3- Kontrak sosial

CABARAN PEMBANGUNAN ACUAN MALAYSIA

i- Mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi


ii- pembentukan nilai dan jatidiri bangsa Malaysia
iii- Perubahan minda –kelas pertama

Kesimpulannya, pembangunan di Malaysia ialah pembangunan yang berasaskan agama dan budaya masyarakat
sama ada dari segi matlamat, prinsip dan kaedah atau pelaksanaannya. Di samping itu, pembangunan itu haruslah
menyeluruh (HOLISTIK), meliputi aspek moral, spiritual, ekonomi, politik dan sosial serta mementingkan
kerohanian, nilai dan material yang dilaksanakan secara bersepadu untuk mencapai kesejahteraan hidup.

You might also like