You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SMKDMT.

700-8/43(24)
Tarikh : 31 Oktober 2017

Semua Penjaga
Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2018
SMK DATO’ MOHD TAHA
73200 GEMENCHEH, N.S.

Tuan,
MAKLUMAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah ini akan mengadakan Majlis Pendaftaran Pelajar
Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan tahun 2018 mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 Disember 2017

Hari : Selasa

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Bestari SMK Dato’ Mohd Taha

3. Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada tuan/puan supaya membawa bersama dokumen dan
keperluan berikut pada hari tersebut:

3.1 Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pelajar


3.2 Salinan Keputusan UPSR 2018 Pelajar
3.3 Buku PKBS(warna biru) Pelajar yang asal
3.4 Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
3.5 Salinan Sijil Kahwin

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

You might also like