You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO.

3
D/A PPD SUBIS, 98150, BEKENU, SARAWAK.

TAJUK:
KERTAS KERJA
AKTIVITI MENCIPTA BONEKA DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA

TEMPAT :
PUSAT SUMBER SK KELAPA SAWIT NO.3

TARIKH :
3 NOVEMBER 2016

Anjuran
PANITIA PSV DAN PUSAT SUMBER SK KELAPA SAWIT NO.3
1.0 PENGENALAN

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama


untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-
barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh
menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas,
plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu lebih
praktikal menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan bahan yang baru.
Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini.
Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0 OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara


mengitar semula.
ii. Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
iii. Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga
alam sekitar

3.0 TARIKH

3 November 2016 (Khamis / 11.30 – 12.30 tengah hari)

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 6
6.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Linggie AK Empading

Pengerusi : Pn. Pauline Bungan Merang

Penyelaras : Cik Fadhlin Zahirah binti Suhimi (GPM)

Guru Subjek PSV Tahun 5 : Cik Fadhlin Zahirah binti Suhimi

7.0 PELAN TINDAKAN

Bil Tarikh Aktiviti


1 2 November 2016 Pengumpulan bahan kitar semula oleh murid-murid.
2 3 November 2016 Aktiviti Mencipta Boneka menggunakan bahan kitar
semula di PSS

8.0 PENUTUP

Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru, usaha


meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak
kanak-kanak lagi. Oleh itu, pendidikan tentang kepentingan kitar semula
sewajarnya diterapkan kepada murid-murid sejak dibangku sekolah rendah.

Disediakan oleh:

........................................................
(FADHLIN ZAHIRAH BINTI SUHIMI)
Guru Perpustakaan dan Media.

Disahkan oleh:

........................................................
(LINGGIE AK EMPADING)
Guru Besar SK Kelapa Sawit No.3.

You might also like