You are on page 1of 2

Apakah Kepentingan Penyediaan

Rancangan Perniagaan?
1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau
projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya
maju atau tidak.
3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan
mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih
jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan
berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang
mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.

Siapa yang Memerlukan Rancangan


Perniagaan?
1. Usahawan/Penternak
– Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.

– Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.

– Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2. Institusi Kewangan/pelabur
– Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,

skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal
– Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan

pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan
– Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya

pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan

mereka.

5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)


– Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga

bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik


dan berterusan

Format Persembahan Dokumen


Rancangan Perniagaan
1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
– Nama perniagaan/projek

– Tujuan rancangan perniagaan

– Nama syarikat, alamat dan lain-lain

– Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam


rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang
berkaitan
3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan


Perniagaan
1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif
2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3. Latarbelakang perniagaan
4. Latarbelakang ahli kongsi
5. Kedudukan Projek
6. Objektif Projek
7. Rancangan Pentadbiran
8. Rancangan Operasi
9. Rancangan Pemasaran
10. Rancangan Kewangan
11. Penutup
12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

You might also like