You are on page 1of 2

Pembelajaran 2: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Hasil pembelajaran

Pada akhir minggu ini pelajar akan dapat:


 Mengenalpasti konsep perpaduan & kesepaduan
 Mengenalpasti unsur-unsur yang mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.
 Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik (asimilasi dan lain-lain)

Potret Hubungan Etnik di Malaysia

Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukus, maju dan membangun malah
disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.

Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan
sosial yang baik.

Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang
daripada 50 tahun.

Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu kompleks, Malaysia berjaya
mengekalkan kerukunan dalam kehidupan bermasyarakat.

Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama


seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.

Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan
ciri-ciri etnik.

Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.

Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit
- membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.
Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik
untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.

Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam


persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.

Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat


di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.

Perasaan dan Pemikiran

Pelajar di wajibkan untuk mencuba latihan ini untuk memahami perbezaan


diantara prejudis, stereotaip dan diskriminasi.
Sekiranya latihan ini tidak terpapar ditablet atau telefon pintar anda, sila akses dengan
mengunakan komputer yang berasaskan Windows.

You might also like