You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh,


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai,
18000 Kuala Krai, Talian Am : 09-9668221
Kelantan Darul Naim Fax : 09-9604184
Kod Sekolah : DEA 7420 Web Site : smklaloh.edu.my
E-mel : dea7420@1bestarinet.yes.my

Ruj.Kami : SMKL 600-1/7 ( )


Tarikh : 22 Julai 2018

Yang Di Pertua PIBG,


SMK Laloh,
Kg. Laloh,
18000 Kuala Krai,
Kelantan

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KERUSI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung perkara tersebut, pihak sekolah ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan
agar dapat menyumbangkan 100 buah kerusi untuk kegunaan pelajar-pelajar. Dengan adanya
kerusi ini di harap dapat melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu sumbangan ini juga diharap dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan dapat
memberikan persekitaran yang kondusif untuk pelajar menimba ilmu.

3. Disertakan anggaran harga untuk perhatian pihak tuan.

Bilangan Kerusi : 100


Harga Sebuah : RM28.00
Jumlah : RM2800.00

4. Sesungguhnya pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan
permohonan kami ini. Segala pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

..........................................................
( )

(sila catatkan rujukan pejabat ini bila berhubung)

You might also like