You are on page 1of 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota Tel 09-571 5700 25604 Kuantan Faks 09-573 4857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jonpahang.moe.gov.my Ruj. Kami: JPNP.SPK.PPDa.05.100-2/7 ( 1 ) Tarikh —: 11 Februari 2019 06 Jamadilakhir 1440H Semua PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN DAN HIV/AIDS PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.600-14/1/54 Jid.6 (49) bertarikh 27 November 2018 adalah berkaitan 2. Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan yang sentiasa berusaha melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah. Keprihatinan pihak tuan dalam membendung penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan murid adalah bersesuaian dengan kempen “Dadah Sebagai Musuh Nombor Satu Negara” menjadi kenyataan untuk kita perangi bersama 3. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004, KP(BS)8591/JId.XV11(3) Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah, pihak sekolah hendaklah meletakkan sasaran “SEKOLAH BEBAS DADA’ dalam melaksanakan program PPDa di sekolah melalui strategi yang bersepadu dan menyeluruh dari aspek: 3.1 Pemantapan pengurusan dan kepimpinan 3.2 Kesepaduan mesej bahaya dadah melalui kurikulum 3.3. Gerak kerja menyeluruh melalui kokurikulum 3.4 Pemantapan program pembentukan sahsiah dan jati diri murid. a Ruj. Kami: JPNP.SPK.PPDa.05.100-2/7 ( | ) PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN DAN HIV/AIDS PERINGKAT SEKOLAH. TAHUN 2019 4. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan murid-murid sekolah sentiasa Mendapat maklumat terkini melalui aktiviti-aktiviti terancang berkaitan bahaya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS semua sekolah diminta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut: 44 42 43 44 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 444 4.1.2 Mewujudkan JK PPDa Peringkat Sekolah (Rujuk Panduan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia) Mengenal pasti dan melantik seorang Guru Pendidikan Pencegahan Dadah / Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah bagi merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa di sekolah. Jika Guru PPDa dilantik dari kalangan guru biasa, maka beliau diminta bekerjasama dan membantu kaunselor sedia ada. Melaksanakan sisipan PPDa dalam kurikulum 4.2.4 Maklumat bahaya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Moral Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Seni dan lain-lain. Melaksanakan Program Cuma 5 Minit PPDa 4.3.1 Program ini wajib dilaksanakan di peringkat sekolah secara berterusan. Antara kaedah pelaksanaan melalui ceramah, makluman atau pidato semasa perhimpunan, aktiviti kokurikulum atau di dalam kelas Sambutan Minggu Antidadah 444 Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan diistiharkan pada 19hb Februari dan 26hb Jun sebagai Sambutan Hari Antidadah Peringkat ‘Antarabangsa. Sehubungan dengan itu, sekolah digalakkan merancang dan menyambut minggu antidadah dengan membaca perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Ruj. Kami: JPNP.SPK.PPDa.05.100-2/7 ( | ) PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN DAN HIV/AIDS PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019 45 46 47 48. 49 Melaksanakan Aktiviti-aktiviti PPDa. Antara aktiviti pilihan adalah seperti berikut: 4.5.1. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 7 4.5.2 Aktiviti Seni bertema Antidadah seperti Deklamasi Sajak, Boria, Dikir Barat, Melukis Poster dan lain-lain 4.5.3. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah 4.5.4 Program Bersama Agensi Sudut / Bilik / Laluan Sumber PPDa 4.6.1. Jika sekolah mempunyai bilik atau sudut yang kosong, maka guru PPDa diminta membangunkan dan memajukan bilik / sudut / laluan tersebut sebagai tempat yang berinformasi dalam penyebaran maklumat yang benar berkaitan penyalahgunaan dadah. 4.6.2. Sudut / Bilik / Laluan Sumber PPDa bersifat ‘one-stop centre” yang mengandungi maklumat-maklumat bahaya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS. Guru PPDa boleh mendapatkan bantuan ahli SLAD / Sahabat PPDa meletakkan segala maklumat yang berkaitan. Ceramah-ceramah PPDa 4.7.1, Guru PPDa boleh menganjurkan ceramah-ceramah PPDa dengan menjemput pegawai-pegawai dari PPD, JPN, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan atau mana-mana jabatan yang difikirkan berkaitan dan boleh menyampaikan makiumat kepada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru serta kakitangan di sekolah. Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah (SPI Bil 4 Tahun 2010) perlu dijalankan berpandukan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Sekolah. Penghantaran soal selidik dua kali setahun pelaksanaan program PPDa di sekolah pada atau sebelum 31 Mei 2019 dan 31 September 2019 dilaporkan dengan menggunakan link : 4

You might also like