You are on page 1of 1

Rujukan kami : NBA4040/700-1( )

Tarikh : 07 Mei 2018

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Labu
Batu 10, Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

MEMOHON PENGGUNAAN PADANG BAGI TUJUAN LATIHAN PUSAT PASUKAN


BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD SEREMBAN 1 TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sesi latihan pusat akan diadakan pada ketentuan seperti
berikut:

Tarikh : 26 -28 Jun 2018 dan 02 – 06 Julai 2018


Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Labu

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon agar tuan dapat membenarkan kami
menggunakan padang sekolah tuan kerana memandangkan keadaan padang sekolah kami yng
kurang memuaskan dan atas faktor keselamatan pemain semasa sesi latihan. Kami akan
memastikan kebersihan akan terjaga sepanjang latihan pusat dijalankan.

4. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Puan Naisah Binti Abu Bakar di talian 019-
2565972 (GPK Kokurikulum, SK Desa Cempaka)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................................
(NAISAH BINTI ABU BAKAR)
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Desa Cempaka

You might also like