You are on page 1of 1

3.

0 PENULISAN ESEI

Setelah saya mengkaji isu-isu politik dan konflik dunia semasa di Eropah dan Timur Tengah iaitu
pembaharuan dalam sistem politik Eropah selepas Perang Dunia Kedua dan konflik yang berlaku di
Myanmar, tidak dapat dinafikan bahawa isu-isu ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
masyarakat mahupun pendidikan di Malaysia. Oleh itu, saya akan membincangkan kesan-kesan isu
politik dan konflik dunia semasa ini terhadap pendidikan di Malaysia.

Antara kesannya termasuklah kesedaran nilai murni saling menghormati dan bertoleransi
seharusnya dipupuk dengan lebih mendalam dalam kalangan masyarakat ataupun remaja untuk
mengelakkan berlakunya konflik. Hal ini kerana jika kita melihat kepada punca berlakunya
pepecahan Eropah kepada dua buah blok adalah disebabkan hubungan yang renggang antara
Amerika Syarikat dan Soviet Union. Dalam hal ini, perkara yang kita dapat belajar adalah
kepentingan saling menghormati dan bertoleransi antara satu negara sama lain walaupun mempuyai
ideologi ataupun konsep pemerintahan yang tidak sama. Hal ini serupa dengan

You might also like