You are on page 1of 1

Tambahan pula, kesan daripada isu perbincangan termasuklah pelajar-pelajar di Malaysia

mempunyai kemungkinan untuk dipengaruhi oleh isu diskriminasi yang berlaku dalam konflik
Myanmar. Sebagai contoh, etnik Rohingya telah dikrisminasi oleh penduduk di Myanmar dan tidak
menerima pelbagai perkhimatan keperluan dalam kehidupan harian. Oleh itu, fikiran kanak-kanak
ibarat kertas putih yang nirmalah boleh dipengaruhi oleh isu diskriminasi ini kerana mereka tidak
tahu membezakan kebaikan dan keburukan dalam sesuatu perkara. Hal ini menjadi suatu cabaran
yang dihadapi oleh negara kita yang berbilang kaum. Jika mereka mencontohi perlakuan diskriminasi
ini, perpaduan dan kesejahteraan negara kita akan terjejas.

Akhir sekali, kesan terdapat isu-isu yang dikaji termasuklah pelajar-pelajar di Malaysia tidak akan
menyambung pelajaran atau melawat ke negara Myanmar. Hal ini dikatakan demikian kerana konflik
yang berlaku di Myanmar telah meninggalkan imej yang negatif di kalangan pelajar Malaysia.
Persepsi yang negatif ini akan menyebabkan pelajar tidak akan menyambung pelajaran di Myanmar
walaupun mempunyai peluang pelajaran yang ditawarkan atau mata pelajaran yang diminati oleh
pelajar. Antara contoh universiti yang terkenal di Myanmar termasuklah University of Yangon, Dagon
University, Yadanabon University dan sebagainya.

You might also like