You are on page 1of 69

018/028/038 SAINS

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 018/028/038


Markah : 40 markah
Masa : 1 jam

REKABENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Mempunyai 8 soalan struktur – semua soalan mesti jawab.

Soalan 1-2 : Memperuntukan 4 markah bagi setiap soalan.

Soalan 3-6 : Memperuntukan 5 markah bagi setiap soalan.

Soalan 7-8 : Memperuntukan 6 markah bagi setiap soalan.

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


PRESTASI TERPERINCI

SOALAN 1

Soalan ini memerlukan calon memberikan jawapan satu kaedah pengawetan yang
sesuai bagi susu dan jus. Calon juga diminta memberi satu contoh makanan yang
sesuai bagi kaedah pengawetan pengetinan.

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Berdasarkan contoh di atas calon berjaya memberikan jawapan satu kaedah


pengawetan pendinginan bagi susu dan jus.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon dapat memberikan jawapan kaedah pengawetan pempasteuran yang sesuai


bagi susu dan jus.

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1

Berdasarkan contoh di atas calon memberikan satu jawapan bagi kaedah pengawetan
yang salah iaitu pembotolan bagi susu dan jus.

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan calon bagi kaedah pengawetan penjerukan susu dan jus tidak menepati
kehendak soalan.

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon mampu memberi contoh makanan kaedah pengawetan dengan tepat iaitu sardin

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan ini menunjukkan bahawa calon berjaya memberikan contoh makanan kaedah
pengawetan dengan betul iaitu laici.

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Berdasarkan contoh di atas calon memberikan satu contoh makanan yang tidak tepat
iaitu jeruk.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon memberikan jawapan yang tidak tepat iaitu merah jambu yang menggambarkan
warna.

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan ini memerlukan murid memberikan kaedah yang perlu digunakan oleh nelayan
supaya sotong tidak rosak.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya memberikan jawapan kaedah pengawetan yang perlu digunakan supaya
sotong tidak rosak iaitu penyalaian.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan ini menunjukkan bahawa calon berjaya memberikan kaedah yang perlu
digunakan supaya sotong tidak rosak iaitu pegeringan.
Contoh Jawapan Salah 1:

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Berdasarkan contoh di atas calon tidak menyatakan kaedah yang perlu digunakan
supaya sotong tidak rosak tetapi cara untuk menyegarkan sotong.

Contoh Jawapan Salah 2:

Contoh di atas menunjukkan bahawa calon salah memberikan kaedah yang perlu
digunakan supaya sotong tidak rosak iaitu pendinginan.

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menyatakan alasan 1(b)(i) berkaitan kaedah yang perlu digunakan supaya
sotong tidak rosak.

Contoh Jawapan Cemerlang 2

Jawapan ini menunjukkan bahawa calon memberikan alasan yang betul 1(b)(i) berkaitan
kaedah yang perlu digunakan supaya sotong tidak rosak.

Contoh Jawapan Salah 1:

Jawapan alasan calon ini tidak menepati kaedah yang perlu digunakan supaya sotong
tidak rosak pada soalan 1(b)(i).

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Contoh jawapan calon yang menggunakan istilah suhu yang tidak tepat sepatutnya
suhu rendah dan bukannya suhu sejuk.

SOALAN 2

Soalan ini memperihalkan fasa-fasa bulan yang kelihatan dari bumi. Calon dikehendaki
menyatakan pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah dimalarkan, menyatakan
corak perubahan saiz Bulan serta melukiskan bentuk Bulan pada hari ke-22 dalam
Takwim Qamari.

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Jawapan calon di atas betul dan menepati kehendak soalan.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon mengemukakan jawapan yang tepat dan memenuhi kehendak soalan.

Contoh Jawapan Salah 1:

Jawapan calon di atas tidak menepati kehendak soalan. Sepatutnya bilangan hari
yang dimanipulasikan.

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan calon di atas kurang tepat daripada skema pemarkahan. Sepatutnya


bilangan hari.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya memberi jawapan yang tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang diberi betul dan tepat.

Contoh Jawapan Salah 1

Majoriti jawapan calon kurang tepat kerana calon tidak boleh mengenal pasti pemboleh
ubah dimalarkan iaitu tempat penyiasatan.

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Keseluruhan calon tidak dapat menyatakan pemboleh ubah dimalarkan dengan tepat.
Jawapannya adalah tempat penyiasatan.

Soalan 2b

Soalan ini menghendaki calon menanda pada kotak jawapan yang betul mengenai saiz
fasa Bulan dari kecil ke besar.

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Penandaan jawapan yang betul di kotak saiz Bulan semakin meningkat.

Soalan ini meminta calon melukis bentuk Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari.

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Berdasarkan jawapan di atas, calon berjaya menguasai kemahiran menginterpretasi


yang tinggi dengan melukis saiz fasa Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari
dengan tepat dan berjaya menghubung saiz fasa Bulan dengan masa (tarikh Bulan
Qamari).

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon ini menguasai kemahiran menginterpretasi yang tinggi dengan melukis saiz fasa
Bulan pada hari ke-22 dalam Takwim Qamari dengan betul.

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Lukisan saiz fasa Bulan yang dilukis calon melebihi separuh saiz fasa Bulan. Calon
tidak menguasai kemahiran menghubung saiz fasa Bulan dengan masa(tarikh Bulan
Qamari).

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak menguasai kemahiran menginterpretasi kerana melorek bahagian kiri


Bulan. Sepatutnya bahagian kanan Bulan.

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 3

Soalan 3 diambil dari DSKP tahun 6 di bawah Tema Sains Fizikal bertajuk Daya
Geseran. Calon dikehendaki menganalisis dua situasi berdasarkan Rajah 3.1 iaitu
pergerakan beban yang sama berat ditolak di atas permukaan yang berbeza. Calon
perlu menguasai kemahiran memerhati dan membuat perbandingan serta
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada tentang kesan daya geseran di atas sesuatu
permukaan yang telah dipelajari.

Soalan 3(a)( i )

Soalan ini merupakan soalan Kemahiran Proses Sains aras rendah yang memerlukan
calon menjawab dengan membuat perbandingan pemerhatian terhadap keadaan dan
kesan yang berlaku apabila beban ditolak di dua situasi yang berbeza jenis permukaan.

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Majoriti calon dapat menjawab soalan ini dengan menyatakan masa yang diambil untuk
menolak beban dengan membuat perbandingan antara permukaan jubin dan tar.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon juga berjaya mengemukakan jawapan dengan membuat perbandingan susah


atau mudah menolak beban di atas dua permukaan yang berbeza.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon tidak membuat pemerhatian tetapi membuat inferens atau menyatakan sebab
tentang apa yang berlaku dari situasi tersebut.

Contoh Jawapan Salah 2:

Tiada perbandingan terhadap jawapan yang dikemukakan oleh calon.

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 3 (a) (ii)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan alasan yang betul berdasarkan maklumat dan
jawapan pemerhatian yang dibuat pada soalan 3 (a) (i). Soalan ini adalah untuk menguji
Kemahiran Proses Sains membuat Inferens yang mempunyai aras kesukaran yang
tinggi. Calon mesti betul terlebih dahulu soalan 3(a)(i) dan barulah jawapan yang betul
di 3(a)(ii) boleh dinilai dan diberi markah.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berupaya menyatakan alasan yang tepat berdasarkan situasi yang diberikan.
Respons calon dapat mdinyatakan secara berfakta dan dibuat perbandingan.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan calon mengaitkan keadaan permukaan dengan kuantiti daya geseran yang
dihasilkan dengan betul.

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Jawapan tidak diterima walaupun betul kerana jawapan di 3(a)(i) salah. Respons
pada soalan ini mesti berkaitan dengan respons pada soalan sebelumnya.

Contoh Jawapan Salah 2:

Tiada perbandingan terhadap inferens yang diberikan.

Soalan 3 (a) (iii)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu kesimpulan berdasarkan pemerhatian


dan alasan yang telah dibuat berdasarkan situasi menolak beban di atas dua permukaan
yang berbeza. Calon perlu mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi (alasan yang
diberi) dan pembolehubah bergerak balas (pemerhatian yang dibuat) sebelum membuat
satu kesimpulan menggunakan laras ayat kesimpulan yang tepat.

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berupaya mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi (alasan yang diberi)


dan pembolehubah bergerak balas (pemerhatian yang dibuat) yang terdapat dalam
rajah dan maklumat yang diberi dengan betul dan berupaya mengaitkannya dengan
keputusan penyiasatan, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam membuat ayat
penyataan kesimpulan dengan betul

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon boleh mengemukakan kesimpulan dengan kata kunci dan laras bahasa yang
tepat.

Contoh Jawapan Salah 1:

Tidak menyatakan pola iaitu bagi setiap pembolehubah yang digunakan dalam
jawapan. Kesimpulan dinyatakan menggunakan ayat kesimpulan yang betul.

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah manipulasi dan bergerak balas.
Jawapan calon lebih kepada pemerhatian atau inferens.

Soalan 3 (b)

Soalan ini memerlukan calon meramalkan saiz kotak berdasarkan corak / pola
perubahan saiz kotak berbanding jarak yang dilalui dalm masa 5 minit.

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1 dan 2:

Calon dapat melihat corak/pola perubahan pada kedua-dua maklumat yang diberi
dengan jelas sebagai rangsangan untuk menjawab soalan dengan betul. Jawapan
berdasarkan kepada saiz kotak yang diminta oleh soalan.

Contoh Jawapan Salah 1:

Memberi jawapan berbentuk corak/pola perubahan sahaja berdasarkan maklumat


yang terdapat dalam jadual bukan perubahan terhadap saiz kotak.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak menyatakan corak/pola pada saiz kotak.

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 3 (c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu cara untuk memudahkan kerja menolak
perahu ke pantai. Calon perlu menjawab dengan mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam mengatasi masalah daya geseran. Soalan ini juga menguji
kemahiran befikir aras tinggi (KBAT) calon untuk mengaplikasikan pengetahuan yang
telah mereka pelajari dalam mengatasi masalah.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Majoriti calon menjawab soalan ini dengan memberikan cadangan yang tepat dan
betul di samping menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon memberikan jawapan dengan menggunakan prinsip pengurangan daya


geseran yang betul dan tepat berdasarkan apa yang diperhatikan dalam gambar.

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Calon menggunakan prinsip pengurangan daya geseran yang betul pada situasi
yang salah.

Contoh Jawapan Salah 2:

Tidak mengemukan prinsip pengurangan geseran, sebaliknya mencadangkan satu


kaedah memudahkan kerja.

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 4

Item ini keseluruhannya adalah dari bidang atau tema Sains Bahan Tahun 5, tajuk Sifat
Kimia Bahan iaitu Asid, Alkali dan Neutral. Calon dikehendaki menganalisis dua jadual
yang dikemukakan iaitu jadual 4.1 dan jadual 4.2. Calon perlu menguasai kemahiran
membuat pemerhatian, mendefinasi secara operasi serta mengaplikasi.

Soalan 4 (a)(i)

Calon dapat menyatakan pemerhatian yang berlaku pada bahan J dan K apabila diuji
dengan kertas litmus berdasar jadual 4.1.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon memberikan respon dengan menyatakan pemerhatian yang tepat berdasarkan


jadual 4.1 dan menggunakan laras pemerhatian yang betul.

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon menukar bahan J dan bahan K kepada bahan asid dan bahan alkali dalam
jawapan yang dikemukakan.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon menukarkan bahan J dan bahan K kepada bahan asid dan bahan alkali.
Semasa membuat pemerhatian calon hanya perlu menyatakan kembali apa yang
dipaparkan oleh jadual 4.1 dalam soalan.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak membuat pemerhatian tetapi menyatakan inferens yang berlaku pada
bahan J dan K

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 4 (a) (ii)

Untuk item ini calon diminta menyatakan contoh bahan J dan bahan K setelah
memahami sifat kimia J dan K sebelum menulis jawapan. Item ini soalan KBAT analisis
aras sederhana

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menganalisis sifat kimia bahan J dan K dan memberikan contoh bahan
yang tepat.

Contoh Jawapan Salah 1:

Menyatakan sifat kimia bahan bukan menamakan contoh bahan sebagaimana


kehendak soalan
Contoh Jawapan Salah 2:

Calon memberikan contoh yang terbalik dengan menempatkan contoh Bahan J


ditempat K dan sebaliknya.

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 4 (b)

Untuk item ini calon perlu dapat menyatakan Definisi Secara Operasi tentang bahan L
apabila diuji dengan kertas litmus berdasar jadual 4.2. Soalan ini adalah soalan
Kemahiran Proses Sains aras Tinggi.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menyatakan ayat definisi secara operasi dengan tepat dan selaras dengan
kemahiran proses sains yang dipelajari.

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Calon mempunyai idea untuk menjawab tetapi tertinggal istilah menyebabkan definisi
secara operasi tidak lengkap.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, tetapi tidak merujuk
kepada rangsangan pada soalan.

Soalan 4 (c)

Untuk item ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan


pengetahuan sains yang telah dipelajari dalam tajuk menguji sifat kimia bahan . Soalan
KBAT Aplikasi aras sederhana.

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menyatakan kaedah lain untuk menguji sifat kimia bahan.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon memberikan jawapan yang tidak lengkap dengan tertinggal isi penting,
jawapan yang dicadangkan ialah menggunakan larutan kubis unggu.

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan yang dikemukakan terpesong dan tidak memenuhi kehendak soalan

SOALAN 5

Soalan ini di bina berdasarkan DSKP Sains Tahun 4 Tema Bumi dan Sains Angkasa.
Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan ahli dalam Sistem Suria.
Dan merangkumi soalan bentuk mpengetahuan,pemahaman dan soalan kemahiran
proses sains.

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 5 (a)

Merupakan soalan bentuk pengetahuan dengan aras rendah dan meminta calon
menjawab dengan fakta yangf tepat tentang K.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat mengenal pasti dengan tepat fakta mengenai K dan menjawab dengan
penggunaan istilah sains yang dikehendaki Jalur Asteroid .

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan diberi dengan menamakan batuan yang terdapat dalam lingkungan K iaitu
Asteroid dan jawapan ini diterima kerana boleh memberi gambaran tepat tentang
apakah K.

Contoh Jawapan Salah 1:

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan yang diberi tidak menggunakan istilah yang betul tentang batuan yang
terdapat dalam lingkungan yang ditunjukkan oleh K

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 5 (b)

Soalan ini menguji calon supaya dapat mengenalpasti dan menamakan Planet L dalam
sistem suria .Merupakan soalan bentuk pemahaman dengan aras rendah . Calon juga
perlu akur dengan arahan menjawab soalan iaitu dengan membulatkan jawapan yang
tepat.

Contoh Jawapan Cemerlang1:

Calon dapat mengenal pasti dan membulatkan pilihan jawapan yang tepat tentang
Planet L.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon tidak dapat mengenal apakah Planet L dalam susunan Sistem Suria dan
membulatkan pilihan jawapan yang salah.

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Calon telah dapat memberikan jawapan yang betul tentang Planet L tetapi tidak akur
dengan arahan menjawab soalan dengan melorek pilihan jawapan bukannya
membulatkan jawapan .

Soalan 5(c)

Soalan ini mengemukakan maklumat yang perlu difahami oleh calon sebelum calon
membuat pilihan jawapan dengan memadankannya dengan maksudnya yang tepat.
Merupakan soalan bentuk pengetahuan dengan aras sederhana.

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya memahami maklumat yang diberi dan membuat padanan yang tepat
tentang maklumat tersebut.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon memadankan maklumat dengan padanan yang tidak tepat dan tidak berkaitan
dengan maksudnya.

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Calon cuba meneka jawapan dengan memadankan maklumat pada dua padanan
jawapan yang tidak tepat.

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 5(d)

Soalan ini meminta calon peka pada maklumat yang diberi tentang kedudukan planet
dan masa yang diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari . Merupakan soalan
kemahiran proses sains berkomunikasi aras tinggi .Calon perlu membina jadual
berdasarkan maklumat yang diberi.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon berupaya membina jadual keputusan penyiasatan dengan tepat dan mengambil
kira semua maklumat yang diberi.

Contoh Jawapan Salah 1:

Berdasar jawapan , calon telah menyatakan maklumat dalam bentuk jadual tetapi
pembinaan jadual tersebut terbalik dari segi kedudukan pembolehubahnya dan boleh
dibandingkan dengan melihat jawapan calon cemerlang.

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Calon mampu membina jadual mengikut maklumat yang di beri tetapi telah
tertinggal untuk meletakkan perkataan tahun sebagai unit untuk menunjukkan tempoh
masa mengelilingi Matahari.

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 6

Soalan ini dibina berdasarkan DSKP Sains Tahun 5 di bawah tema Sains Hayat.
Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan Siratan Makanan di habitat
sawah padi.

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 6(a)

Calon diminta membina siratan makanan berdasarkan habitat di sawah padi dengan
menggunakan jenis hidupan yang diberi dalam gambarajah. Siratan makanan tersebut
mestilah menggabungkan sekurang-kurangnya dua rantai makanan. Merupakan soalan
kemahiran proses sains berkomunikasi aras tinggi.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Jawapan ini menunjukkan keupayaan calon membina siratan makanan dengan


menggabungkan dua rantai makanan serta menggunakan simbol anak panah yang betul
menunjukkan dimakan oleh.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan menunjukkan keupayaan calon membina siratan makanan dengan


menggabungkan lebih daripada dua rantai makanan serta menggunakan simbol anak
panah yang betul.

Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Calon hanya mampu membina satu siratan makanan dan tidak menepati maksud
siratan makanan yang memerlukan sekurang-kurangnya dua rantai makanan yang
digabungkan.

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan calon telah menggunakan semua jenis hidupan yang diberi dalam gambarajah
tetapi telah silap dan terbalik dalam penggunaan simbol anak panah yang
menunjukkan ‘dimakan oleh’ iaitu burung helang dimakan oleh padi dan burung pipit
dimakan oleh tikus.

Sains 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 6(b)

Memperihal tentang bilangan tikus yang terdapat dalam satu habitat pada bulan satu
dan bulan dua. Berdasarkan maklumat ini calon menjawab soalan 6(b)(i) dan 6(b)(ii).

Soalan 6(b)(i)

Calon diminta menyatakan satu pemerhatian berdasarkan jadual . Merupakan soalan


kemahiran proses sains memerhati aras rendah.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Sains 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan calon dapat menyatakan dan memberikan gambaran jelas tentang


perbandingan dan pola bilangan tikus bulan satu dan bulan dua yang menunjukkan
berlakunya pengurangan bilangan tikus pada bulan dua.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon telah memilih perkataan yang salah iaitu perkataan corak bertambah untuk
merujuk bilangan tikus bulan satu. Sepatutnya calon perlu menggunakan perkataan
lebih banyak bagi menggambarkan bilangan tikus bulan satu.

Contoh Jawpan Salah 2:

Calon telah menjawab tepat pada awal ayat iaitu bilangan tikus berkurang tetapi telah
menambah jawapan tersebut dengan pernyataan yang salah iaitu bilangan bulan
bertambah.

Sains 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Soalan 6b(ii)

Merupakan soalan kemahiran proses sains membuat inferens aras sederhana yang
meminta calon menyatakan satu sebab berdasarkan jawapan di 6b(i)..

Contoh Jawapan cemerlang 1:

Jawapan calon menunjukkan pemilihan sebab yang munasabah tentang pengurangan


bilangan tikus yang berlaku pada bulan dua iaitu kekurangan makanan.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Berdasarkan jawapan yang diberi, calon telah merujuk kepada habitat tikus yang
dimusnahkan dan menyatakan sebab yang tepat tentang pengurangan bilangan tikus
seperti jawapan di 6(b)(i).

Contoh jawapan salah 1:

Jawapan calon menunjukkan penggunaan istilah yang kurang tepat iaitu diburu oleh
pemburu sepatutnya calon menggunakan istilah diburu oleh pemangsa sebagai
jawapan.

Sains 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh jawapan salah 2:

Calon gagal menjawab soalan berbentuk inferens sebaliknya menulis ayat pemerhatian
iaitu bilangan tikus berkurang. Antara pilihan yang menunjukkan jawapan inferens yang
betul adalah dimakan helang , dimakan ular dan dimakan oleh pemangsa.

Soalan 6(b)(iii)

Pernyataan ini adalah sebagai rangsangaan kepada calon untuk menjawab soalan
6(b)(iii).Berdasarkan pernyataan ini calon perlu mengenal pasti pembolehubah
dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas sebelum dapat menjawab hipotesis.
Merupakan soalan kemahiran proses sains aras sederhana.

Contoh Jawapan Cemerlang 1;

Sains 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah manipulasi iaitu bilangan tikus dan
mengenal pasti pembolehubah bergerak balas iaitu hasil pengeluaran padi dan membina
ayat hipotesis yang tepat.

Contoh Jawapan salah 1:

Berdasarkan jawapan yang diberi, calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah tetapi
calon meletakkan kedudukan pembolehubah manipulasi dan bergerak balas dalam
kedudukan yang terbalik sepatutnya calon menjawab ‘Semakin bertambah bilangan
tikus semakin bertambah hasil padi’.

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan menunjukkan calon gagal mengenal pasti pembolehubah yang terdapat


pada pernyataan yang diberi dengan menamakan bulan sebagai pembolehubah
dimanipulasi dan bilangan tikus sebagai pembolehubah bergerak balas dengan itu ayat
hipotesisnya di tolak.

Sains 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 7

Calon gagal menggunakan kemahiran membuat pemerhatian dan memahami


pengangkutan darat dalam rajah yang ditunjukkan iaitu jenis keretapi. Calon perlu
mengaplikasikan kemahiran proses sains mengenal pasti pemboleh ubah
manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Juga menggunakan pengetahuan
sedia ada dan mengaplikasikannya untuk mengira kelajuan kenderaan tersebut.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Majoriti calon berupaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh
ubah bergerak balas dengan betul meskipun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam
rajah, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan
tujuan penyiasatan dengan betul.

Sains 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Keseluruhan calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan


pemboleh ubah bergerak balas dengan tepat meskipun ia tidak dinyatakan dalam
rajah, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan
tujuan penyiasatan dengan betul.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah manipulasi atau pemboleh ubah
bergerak balas dengan betul.

Sains 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Calon dapat menulis ayat tujuan penyiasatan tetapi pemboleh ubah manipulasi silap
iaitu jenis kenderaan sepatutnya jenis keretapi. Walaupun mengenal pasti pemboleh
ubah bergerak balas dengan betul.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Majoriti calon dapat menyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dengan betul.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Keseluruhan calon dapat menyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dengan tepat.

Contoh Jawapan Salah 1:

Jawapan yang diberi salah, sepatutnya jenis keretapi.

Sains 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Parameter jawapan pemboleh ubah dimanipulasi yang diberi tidak lengkap, sepatutnya
perkembangan teknologi pengangkutan darat.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Keseluruhan calon dapat mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas dengan
betul kerana dinyatakan dalam rajah.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon boleh menyatakan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul yang dikenal
pasti dalam rajah.

Contoh Jawapan Salah 1:

Calon tidak dapat menyatakan pemboleh ubah bergerak balas dengan kata kunci
yang tepat sepatutnya kelajuan.

Sains 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan pemboleh ubah bergerak balas yang diberi tidak lengkap, sepatutnya
perkembangan teknologi pengangkutan darat.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Contoh jawapan yang baik menggunakan kata kunci yang tepat dan pemboleh ubah
yang betul serta menyatakan kesimpulan dengan betul.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon berjaya mentafsir maklumat (mengenal pasti pemboleh ubah manipulasi dan
bergerak balas) dalam rajah tujuh untuk menyatakan kesimpulan dengan tepat.

Sains 53 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Pemboleh ubah dimanipulasi yang diberi tidak lengkap, sepatutnya perkembangan


teknologi pengangkutan darat.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak mengenal pasti pemboleh ubah manipulasi dan bergerak balas dari rajah
tujuh untuk menyatakan kesimpulan.

Sains 54 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Sains 55 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya menganalisa data dan mengaplikasi rumus yang diberi serta
menunjukkan kerja mengira untuk menghitung jarak perjalanan kereta api tersebut.

Sains 56 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang diberi tepat. Calon mampu menganalisis data yang diperlu dan
mengaplikasi rumus untuk mengira jarak keretapi.

Sains 57 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

0
Jawapan calon menunjukkan calon gagal menghitungkan jarak perjalanan kereta api
dengan betul kerana silap menganalisa data (tempoh perjalanan) walaupun boleh
mengaplikasi rumus yang diberi.

Sains 58 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan jarak keretapi yang diberi tidak tepat kerana calon silap mengaplikasi rumus
yang diberi.

Sains 59 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 8

Soalan ini berfokuskan standard pembelajaran memerihalkan pengelasan tumbuhan


berkayu dan tidak berkayu, berbuah tidak berbuah, habitat didarat dan di air, berbunga
dan tidak berbunga.

Sains 60 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat memberikan jawapan yang mengelaskan tumbuhan mengikut ciri


tumbuhan berkayu dan tidak berkayu.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan calon yang menunjukkan pengelasan ciri-ciri tumbuhan berdasarkan


maklumat dalam jadual yang diberi.

Sains 61 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Calon salah mengelaskan tumbuhan mengikut ciri berkayu dan tidak berkayu.

Contoh Jawapan Salah 2:

Calon tidak merujuk maklumat dalam Jadual 8 untuk mengelaskan tumbuhan mengikut
ciri berkayu dan tidak berkayu.

Sains 62 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat memberikan jawapan tepat berdasarkan maklumat Jadual 8 untuk


menyatakan tumbuhan yang tidak berbunga dan tidak berbuah.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan calon dalam Bahasa Inggeris iaitu fern menunjukkan bahawa calon
menggunakan maklumat Jadual 8 dalam Bahasa Inggeris untuk menyatakan tumbuhan
yang tidak berbunga dan tidak berbuah.

Contoh Jawapan Salah 1:

Ketika menjawab, calon cuba meneka jawapan berdasarkan maklumat dalam Jadual 8.

Sains 63 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 2:

Ketika menulis jawapan, calon menyatakan tumbuhan berbunga dan tidak berbunga
yang tidak menepati kehendak soalan.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Jawapan calon menunjukkan dua ciri yang berbeza antara paku pakis dan teratai dalam
satu ayat. Jawapan diberi dengan tepat

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon memberikan ciri perbandingan antara teratai dan paku pakis.

Sains 64 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Calon tidak memberikan perbandingan antara paku-pakis dan tertatai dalam satu ayat
jawapan.

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan calon menunjukkan jawapan yang tidak lengkap kerana tidak menyatakan ciri
yang berbeza di antara paku-pakis dan teratai.

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia sebagai sumber


makanan.

Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon mampu menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia iaitu


membekalkan oksigen.

Sains 65 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Salah 1:

Jawapan calon tidak menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia malah


memberikan jawapan berkaitan dengan ciri tumbuhan.

Contoh Jawapan Salah 2:

Jawapan calon salah menyatakan fungsi kepentingan tumbuhan kepada manusia.

Sains 66 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA CALON

1. Kuasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks.


2. Kuasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran dalam bilik darjah seperti
Penilaian Kerja Amali (PEKA).
3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan
selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran.
4. Kuasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui modul yang diterbitkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sains 67 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA GURU

1. Bimbing murid untuk menguasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks
terutama yang melibatkan pengelasan, definisi dan prinsip sains.
2. Membantu murid untuk menguasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran
dalam bilik darjah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan
dilakukan secara berterusan.
3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan
selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran. Bimbing murid untuk menjawab
semua soalan yang disediakan disetiap penghujung tajuk sebagai pengukuhan.

Sains 68 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

You might also like