You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

PERHIMPUNAN RASMI Yang berusaha, Puan Suraiyah bt Sulaiman


Guru Besar Sekolah Kebangsaan 2 Tengku Bendahara Azman,

Yang berusaha Sarjan Buang bin Abas,


PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH DAN PDRM

Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,

Puan Norhashimah bt Adnan, Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Elmi Azham Shah bin Marsom @ Abdul Razak, Penolong Kanan
Hal-Ehwal Murid,

Tuan Haji Mohd Amirul Hakim bin Abdullah, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran kehadrat Allah, kerana dengan kurnia dan izin-Nya, kita
dipertemukan pada petang ini untuk Pelancaran Program Jom ke
Sekolah bagi tahun 2019.
NYANYIAN LAGU Sebagai pembuka majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah.

Hadirin diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan


duduk.
BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Zharudin bin
Mohd Noor untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

*******Bacaan doa*******
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zharudin bin Mohd Noor atas
bacaan doa itu tadi.
UCAPAN PEGAWAI Seterusnya, dijemput Sarjan Buang bin Abas
PERHUBUNGAN Pegawai Seranta SK 2 Tengku Bendahara Azman untuk
SEKOLAH DAN PDRM menyampaikan ucapan.
(SARJAN BUANG BIN
ABAS) Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Buang bin Abas atas kesudian
beliau menyampaikan ucapan itu tadi.
UCAPAN GB Seterusnya,
Dijemput Puan Suraiyah bt Sulaiman,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan 2 Tengku Bendahara Azman untuk
menyampaikan ucapan perasmian Program Jom ke Sekolah Peringkat
Sekolah Kebangsaan 2 Tengku Bendahara Azman. Dipersilakan..
Dipersilakan.

*******Ucapan GB*********

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suraiyah bt Sulaiman atas


kesudian beliau menyampaikan ucapan perasmian itu tadi.
Sijil kepada Sarjan Sebagai tanda penghargaan, dijemput Puan Suraiyah bt Sulaiman ,
Guru Besar Sk 2 Tengku Bendahara Azman untuk menyampaikan sijil
dan cenderamata kepada Sarjan Buang bin Abas. Dipersilakan….
PERASMIAN Kini, majlis sekali lagi menjemput Puan Suraiyah bt Sulaiman bersama
-JKS Sarjan Buang bin Abas diiringi barisan pentadbir untuk
-Papan Kenyataan PPS menyempurnakan perasmian Papan Kenyataan PPS di laluan kantin.
Dipersilakan.

**********Gimik********

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Suraiyah


bt Sulaiman dan Sarjan Buang bin Abas atas kesudian merasmikan
majlis kita pada hari ini.
BERSURAI Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam memastikan Program Jom ke Sekolah ini berjalan dengan
lancar.

Sekian, terima kasih.

You might also like