You are on page 1of 3

Pelbagai kajian telah dilaksanakan bagi mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar

dan komitmen guru di sekolah, tidak kira sekolah rendah, menengah serta prasekolah.

Satu kajian telah dilakasanakan di sekolah-sekolah zon Kluang Barat dengan tujuan

untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita dengan komitmen guru di

sekolah berkenaan. Kajian yang telah dilaksanakan oleh (Shamsudin, 2010) telah

mengunakan kaedah kuantitatif dan mengunakan soal selidik bagi megumpulkan

maklumat daripada responden. Responden yang dipilih adalah daripada empat buah

sekolah dalam zon berkenaan yang diketuai oleh guru besar wanita dan jumlah

responden dalam kajian ini adalah seramai 102 orang. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa hubungan antara gaya kepimpinan guru besar wanita dan komitmen guru

berada pada tahap yang lemah.

Selain itu, satu kajian yang dilakukan oleh (Hishamuddin Shah bin Mokri,

2014) yang melaksanakan kajian di tujuh buah sekolah dengan jumlah responden

seramai 90 orang guru. Kajian yang berteraskan untuk mengenalpasti tahap amalan

kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar Sekolah Kebangsaan Kurang

Murid di daerah Segamat dari aspek bertimbang rasa, ransangan intelek, karisma dan

motivasi inspirasi. Kajian dilaksanakan mengunakan soal selidik daripada kajian

lampau. Dapatn kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan trasformasional dalam

kalangan guru besar berada pada tahap sederhana. Dalam pada itu, hanya aspek

bertimbang rasa sahaja mendapat skor pada tahap tinggi, manakala tiga aspek lain

yang dikaji mendapat tahap amalan kepimpinan sederhana. Akhirnya didapati

bahawa, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasna kerja dengan aspek

kepimpinan yang dikaji.


Seterusnya, satu lagi kajian dilaksanakan ke atas 136 guru dari tiga buah

sekolah rendah di zon Seremban 2. Kajian yang dilaksanakan dengan tujuan mengkaji

hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Empat perkara

telah dikaji iaitu hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan

kerja guru-guru, perbezaan gaya kepimpinan diantara guru besar, tahap kepuasankerja

guru dan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Kajian mendapati

bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi

pada ketiga-tiga gaya iaitu Laissez Faire, Autokratik dan Demokratik. Dilihat pada

tahap kepuasan kerja guru juga berada pada tahap yang tinggi maka tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di

tiga buah sekolah.

Satu lagi kajian telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah yang berada di

daerah Tatau, Bintulu dan Sebauh, Sarawak. Kajian ini telah dilaksanakan terhadap

satu kumpulan responden yang besar iaitu seramai 381 orang guru. Kajian yang telah

dilaksanakan oleh (Saini Bin Ali, 2015) mempunyai tiga tujuan iaitu melihat

hubungan gaya kepimpinan guru besar dan komitmen kerja guru berdasarkan jantina,

melihat tahap komitmen kerja guru berdasarkan gaya kepimpinan situasi guru besar

dan melihat amalan gaya kepimpinan situasi guru besar di daerah Tatau, Sebauh dan

Bintulu, Sarawak. Dapatan kajian menujukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan gaya kepimpinan situasi guru besar berdasarkan jantina terhadap komitmen

kerja guru. Selain itu, dapatan juga mendapati tahap komitmen guru terhadap

organisasi sekolah berada pada tahap sederhana dan tahap gaya kepimpinan situasi

juga pada tahap sederhana.


Kajian kepimpinan ini juga telah dilaksanakan di sekolah menengah dan

kajian ini juga melibatkan ketua jabatan serta berfokuskan kepada pengetua wanita.

Kajian yang telah dijalankan oleh (Hamid, 2006) bertajuk gaya kepimpinan pengetua

wanita dan hubungannya dengan tahap motivasi guru sekolah menengah. Tujuan

dalam kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan

pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi guru di sekolah-

sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kaedah kajian adalah melalui soal selidik

dengan mengunakan 203 orang responden guru dari tujuh buah sekolah menengah di

Kajang, Selangor. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya

kepimpinan pengetua wanita di sekolah-sekokah menengah di Kajang berada di tahap

agak memuaskan. Ianya juga mendapati bahawa semakin tinggi persepsi guru

terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, maka semakin meningkat tahap motiwasi

guru.

(Daud, 2018) juga telah melaksanakan satu kajian yang bertajuk Hubungan

antara kepimpinan transformasi guru besar mengikut perspektif guru dengan

komitmen guru terhadap sekolah. Kajian ini telah melibatkan 14 buah sekolah rendah

kebangsaan bandar dan luar bandar dengan jumlah responden seramai 477 orang guru.

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai hubungan antara kepimpinan transformasi

guru besar mengikut perspektif guru dengan komitmen guru terhadap sekolah.

Dapatan kajian menjelaskan bahawa kepimpinan transformasi guru besar di Sabah

berada pada tahap tinggi, manakala komitmen guru terhadap sekolah secara

keseluruhan berada pada tahap sederhana.

You might also like