You are on page 1of 28

Tajuk: Sejauhmanakah persatuan-persatuan / kelab-kelab Berjaya mengeratkan dan

menyatukan hubungan antara pelbagai etnik di universiti anda

Nama Pelajar No. Matrik

Nicholas Roy Gomez A/L Domanic Raymond 181019610

Fadhil Hidayat Bin Ridzuan 163017727

Cho Xue Wen 182020042

Sarvin Rajan A/L Kesavan 182020061

Emilia Athirah Binti Nor’ Azam 182020156

MPU 3113: Hubungan Etnik

Nama Pensyarah: Pn.Siti Awanis Abd Rashid


Penghargaan

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat kami menyelesaikan tugasan kerja

khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada

Pn. Siti Awanis Abd Rashid,

Pensyarah Matapelajaran Hubungan Etnik (MPU 3113), di atas kesudian beliau memberi

tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan

tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang

banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan

tugasan ini berjalan. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu

bapa kami yang telah memberi banyak sokongan kepada kami. Mereka telah membantu kami

dengan memberi kami segala keperluan, termasuklah wang ringgit dan dorongan. Pelbagai

ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan

paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya

bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban

zaman yang begitu hebat.

Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-

renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
Isi Kandungan

1.0: Pengenalan ....................................................................................................................................... 1

2.0: Objektif Kajian ................................................................................................................................ 3

3.0 Peranan Kelab-Kelab Persatuan Ditubuhkan .................................................................................... 3

4.0: Faktor Keberkesanan Kelab-Kelab Persatuan Membentuk Perpaduan ........................................... 9

5.0: Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kelab-Kelab Persatuan di IUKL Dalam Mengeratkan dan
Menyatukan Hubungan Antara Pelbagai Etnik ..................................................................................... 14

6.0: Cadangan Bagi Kelab-Kelab Persatuan Untuk Memupuk Perpaduan Kaum ................................ 17

7.0: Kesimpulan .................................................................................................................................... 21

Nota Akhir ............................................................................................................................................ 23

Rujukan ................................................................................................................................................. 24
1.0: Pengenalan

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaum yang hidup

aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lagi

di kawasan Sabah serta Sarawak. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik

atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan

negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan

rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh

dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai

kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan

seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius

dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan

etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan

kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah

negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka

sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar

dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi

bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

1
Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-

ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza.

Perpaduan ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,

hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh

kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan

masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang

mempunyai identitinya yang tersendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara.

Justeru itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu cara atau tempat yang amat

strategik dalam memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pada peringkat akar umbi. Hal ini

kerana, kebanyakan pelajar yang ada di Malaysia sama ada Universiti Awam (UA) atau

Universiti Swasta (US) terdiri daripada pelbagai bangsa, agama serta warna kulit yang berbeza.

Jadi, perpaduan kaum di kampus wajar diberi perhatian. Berdasarkan laporan Jabatan

Perpaduan Negara (2003), polarisasi kaum terutama dalam kalangan generasi muda semakin

serius. Bahkan interaksi kaum dalam kalangan golongan mahasiswa kini berada pada tahap

minimum walaupun seolah-olah wujud perpaduan dalam kalangan mereka dari segi luarannya.

Lantaran itu, pihak universiti dengan kerjasama kelab-kelab persatuan wajar memainkan

peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga kampus. Dasar

pendidikan dan program tertentu perlu dirangka untuk menyemai elemen-elemen positif yang

berkaitan dengan keharmonian dan perpaduan pada peringkat IPT ini.

2
2.0: Objektif Kajian

Terdapat empat objektif kajian ini iaitu:

1. Mengetahui peranan kelab-kelab persatuan di IUKL dalam memupuk perpaduan dalam

kalangan pelajar.

2. Mengetahui faktor-faktor yang mengukuhkan perpaduan melalui penyertaan kelab-

kelab persatuan di IUKL.

3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kelab-kelab persatuan di IUKL dalam

mengeratkan dan menyatukan hubungan antara pelbagai etnik.

4. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum melalui kelab-

kelab persatuan di IUKL.

3.0 Peranan Kelab-Kelab Persatuan Ditubuhkan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbeza budaya dengan pelbagai jenis

kaum, terutamanya kaum Melayu, Cina dan India. Oleh demikian, kebebasan beragama,

pendidikan bahasa vernakular dan gaya hidup pelbagai etnik di Malaysia telah diterima dan

dihormati oleh semua lapisan masyarakat untuk mencapai perpaduan antara rakyat. Semangat

perpaduan dalam hubungan pelbagai etnik di Malaysia telah dipupuk dan diberikan tumpuan

sejak zaman pelajar supaya keamanan dan keharmonian yang seimbang sekarang boleh

dikekalkan.

3
Bagi mengajikan sejauhmana persatuan-persatuan atau kelab-kelab bejaya mengeratkan dan

menyatukan hubungan antara pelbagai etnik di IUKL (Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur),

kumpulan kami telah memilih Kelab Badminton dan Kelab Cyber IUKL sebagai kajian kami.

IUKL sebagai tempat pertemuan pelajar daripada berbagai-bagai jenis etnik dan kaum yang

mereka bergaul dan belajar mengenali antara satu sama lain serta menjalin perpaduan. Aktiviti

yang dianjurkan oleh kedua-dua kelab tersebut merupakan program kokurikulum, sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah seperti

sukan dan badan beruniform. Kegiatan kokurikulum di IUKL diharap dapat memupuk dan

menyatukan hubugan antara pelbagai etnik dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi

emosi, fizikal, intelek dan social.

Kelab Badminton IUKL adalah satu kelab sukan yang mengunakan raket dan bulu tangkis

dimainkan oleh perseorangan atau dua pasangan bertentangan dan posisi pemain dibahagikan

oleh jaring. Sukan badminton mempunyai peraturannya yang perlu dipatuhi oleh pemain-

pemain termasuklah sistem pengiraan mata dan masa rehat untuk mengekalkan keadilan dalam

sukan ini.

Kelab Badminton IUKL adalah salah satu kelab yang aktif disertai oleh pelajar berbagai-bagai

etnik. Peranannya telah berjaya mengeratkan hubungan pelajar pelbagai etnik dengan

memupuk semangat bekerjasama dalam aktiviti sukan tersebut. Semangat berpasukan

diwujudkan semasa pelajar-pelajar bermain badminton dalam pasangan bertentangan. Sebagai

contoh, pasangan A dan pasangan B sedang menjalankan pertandingan badminton, kedua-dua

pasangan yang terdiri daripada dua orang pemain di setiap pasangan perlu mempunyai

pengertian tersirat dan bekerjasama dengan seorang menjaga pertahanan kiri dan seorang

4
menjaga pertahanan kanan untuk menangkap bulu tangkis dan mencegah lawan menang.

Pasangan yang saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa mengira pelbagai kaum akan

menang dan pasangan yang hanya menjaga diri sendiri akan kalah pada akhir dalam

pertandingan. Dalam kerjasama ini, pelajar dapat berkongsi pendapat masing-masing membuat

keputusan dan menguasai kemahiran bermain antara rakan mereka. Dengan itu, hubungan

antara mereka dapat dirapatkan.

Di samping itu, sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi untuk perpaduan

juga di IUKL. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara

pelajar-pelajar IUKL. Kelab Badminton IUKL telah memainkan peranan penting untuk

memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan sangat penting

dalam membentuk negara yang damai dan makmur untuk mengelakkan peristiwa seperti

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berlaku lagi. Semangat perpaduan dipupuk apabila pelajar

yang berbilang kaum bertoleransi dan bekerjasama. Aktiviti kokurikulum membawa proses

integrasi dalam kalangan pelajar agar mereka dapat mengenali dan saling menghormati antara

masing-masing. Contohnya, dalam aktiviti pertandingan sahabat seperti badminton, pasukan-

pasukan bukan meliputi satu jenis etnik sahaja tetapi diwakili oleh pelajar yang berbilang kaum

untuk bertanding. Secara tidak langsung, hubugan antara pelajar akan bertambah erat dan

kukuh untuk mencapai kejayaan yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Sukan badminton merupakan salah satu sukan Olimpik yang penting dan menarik untuk

bertanding antara negara-negara. Antara pemain badminton yang terkenal di Malaysia ialah

Datuk Lee Chong Wei. Semangat perpaduan dapat dilihat apabila penyokongnya pelbagai

kaum berkumpul untuk menyokong beliau sama ada di hadapan televisyen atau tempat

5
pertandingan, bersorak atau bersedih bersama terhadap keputusan pertandingan beliau. Hal ini

telah membuktikan aktiviti sukan tidak pernah mengira latar belakang, agama, kepercayaan

serta keturunan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain dan penyokong

masing-masing. Perpaduan yang kukuh dapat mencegah apa-apa halangan. Kelab Badminton

IUKL juga memupuk semangat kesukanan seperti atlet-atlet yang menunjukkan dalam

Olympik, bertahan, berpegang iman dan tidak berputus asa sehingga akhir. Semangat

kesukanan mampu mengeratkan perpaduan antara kaum. Kemesraan antara pelajar diwujud

dalam penglibatan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dalam aktiviti sukan

badminton. Ia juga membentuk sikap bertolak ansur dan mengelakkan sikap mementingkan

diri dalam kalangan pelajar. Apabila pelajar menyertai pertandingan dan bertemu dengan

pasukan dari institusi lain, mereka boleh menambah kenalan dengan kawan baharu dan

menghasilkan ikatan silaturahim yang baharu kerana persahabatan yang pertama dan

pertandingan yang kedua. Negara juga dapat melahirkan atlet yang berkualiti dan bersemangat

patriotisme.

Kelab Cyber IUKL ialah satu kelab yang tentang bidang teknologi maklumat seperti internet

dan komputer. Kelab ini juga digemari dan disertai oleh pelajar IUKL yang pelbagai kaum

kerana zaman sekarang merupakan era teknologi yang canggih. Sekurang-kurangnya setiap

pelajar memiliki sebuah telefon pintar atau komputer riba yang mempunyai pelbagai fungsi

dengan skrin sentuh. Hal ini kerana internet ialah teknologi dan telefon pintar, komputer dan

lain-lain ialah produk teknologi yang penting dan amat diperlukan pada zaman globalisasi ini

untuk memudahkan aktiviti dalam pelbagai aspek seperti e-perniagaan, perbankan atas talian,

melayari maklumat serta menonton video.

6
Peranan Kelab Cyber IUKL membantu pelajar memperdalamkan ilmu pengetahuan tentang

teknologi maklumat dan menjadikan IUKL sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan

pelajar. Kelab ini juga menyediakan kemudahan mendapat pengetahuan dan maklumat dengan

segera melalui internet dan komputer apabila pelajar menghadapi masalah dalam pelajaran atau

kerja kajian mereka. Hal demikian dapat menyatukan hubungan pelajar IUKL pelbagai etnik

kerana pelajar akan berkumpul sebagai kumpulan kajian dan menjalankan perbincangan

tentang kajian mereka. Pelajar juga akan melayari internet untuk memperolehi maklumat yang

diperlukan, berkongsi dan berkomunikasi pandangan antara satu sama lain untuk mencapai

kesimpulan yang dipuaskan oleh semua ahli kumpulan. Dengan itu, hubungan mereka akan

menjadi lebih kukuh melalui pengaulan untuk menyelesaikan kerja kajian dengan cekap.

Selain daripada itu, Kelab Cyber IUKL boleh mengajurkan lawatan ke tempat-tempat yang

menambah pengetahuan teknologi supaya pelajar menguasai kemahiran teknologi yang

berguna. Pelajar boleh menonton filem atau video dokumentasi berkenaan perkara dan

pengunaan komputer atau teknologi dalam kehidupan moden. Pelajar akan bertanya dan belajar

dengan rakan-rakannya tanpa mengira kaum apabila bertemu dengan kemahiran atau perkara

tentang teknologi yang baharu untuk menangkap kemajuan dan trend. Saling membantu dan

belajar kemahiran menyebabkan hubungan pelajar lebih rapat sebab mereka berasa matlamat

dan minat mereka adalah sama. Mereka lebih bebas dan sudi berhubung malah bertukar

infomasi yang dikuasi oleh masing-masing.

Kelab Cyber IUKL sebagai kelab yang mengiringi rangkaian dan komputer boleh menawarkan

beberapa permainan dalam talian yang bermanfaat. Permainan tersebut bukan sahaja melatih

otak pelajar agar lebih kreatif dan juga dapat mengeratkan interaksi dan pergaulan pelajar yang

7
pelbagai kaum. Sebagai contoh, 2048 merupakan satu permainan dengan menggeser kotak

sampai keluar angka-angka yang jika dikalikan akan berjumlah 2048. Permainan ini boleh

memain secara atas talian dan mengajak teman untuk bergabung. Permainan yang lain

termasuk Brain it On, iaitu permainan yang perlu menggambar sesuatu sampai misi tersebut

dapat diselesaikan. Permainan ini bermula dengan mudah dan menjadi lebih sulit dengan tahap

yang meningkat. Kedua-dua permainan tersebut dapat merapatkan hubungan pelajar dengan

berbincang kaedah-kaedah untuk melalui tahap permainan apabila menghadapi halangan.

Setiap pelajar mempunyai fikiran dan idea yang berbeza yang mungkin berkenaan dengan daya

hidup atau fikir serta kepercayaan masing-masing. Oleh itu, pelajar yang pelbagai etnik boleh

bertukar pendapat untuk menyelesaikan misi dalam permainan dengan pelbagai kaedah atau

jawapan. Ini dapat menarik hubungan antara satu sama lain menjadi lebih dekat tetapi juga

mengetahui cara berfikir yang berlainan.

Kesimpulannya, program kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Badminton dan Kelab

Cyber IUKL telah memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan dan menyatukan

hubungan pelbagai etnik di IUKL seperti memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan,

semangat perpaduan dan toleransi untuk melahirkan suasana yang harmonis dan bersefahaman

di IUKL. Sehubungan dengan ini, harapkan semua pihak di IUKL terus bekerjasama untuk

mengukuhkan perpaduan antara pelajar pelbagai etnik supaya suasana yang harmoni dan

selamat dapat dikekalkan.

8
4.0: Faktor Keberkesanan Kelab-Kelab Persatuan Membentuk
Perpaduan

Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan

negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Di universiti, aktiviti kelab-kelab secara umumnya adalah terdiri daripada aktiviti fizikal yang

dilakukan untuk pelbagai jenis tujuan seperti untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,

kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Kebab_Kelab juga ditakrifkan sebagai aktiviti

yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi serta mengandungi peraturan-

peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. (Subramaniam, 2014)

Universiti kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan

skuasy,badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah

menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan

universiti dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan

kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan aktiviti sukan dan permainan dalam

institusi pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang.

Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui kelab-kelab di Universiti menampakkan hasil

yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan,

ianya menampakkan semangat perpaduan yang positif diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum.

9
Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong,

semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum

yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang Kelab sukan akan melahirkan

individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.

Melalui kelab-kelab, bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang

lebih tinggi. Malah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian dapat ditanam dan

diperkembangkan. Kejayaan seperti ini pastinya menjadikan kerajaan lebih ghairah dalam

memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan

universiti sukan dan seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan dalam memperkasakan

perpaduan kaum di University. (Shafiqah, 2015)

Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya juga

berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum. Ini kerana sukan tidak pernah

mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang

interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi

dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi

penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu

matlamat'.

Begitulah, Kelab Badminton di Universiti untuk mengadakan perpaduan antara mahasiswa

kaum lain. Ramai dalam kalangan mahasiswa tidak faham tentang kepentingan untuk mereka

aktif dalam aktiviti kokurikulum di kampus. Malah ada yang beranggapan aktiviti kokurikulum

10
itu langsung tidak memberi faedah kepada mereka terutama ketika bekerja nanti. Jadi,kelab

badminton mengadakan badminton tornement setiap semester sekali.

Selain itu, Universiti kita mahir dalam bidang Teknologi Maklumat sebagai Kelab Cyber.

Kelab Cyber adalah salah satu kelab yang dibentukkan oleh pelajar-pelajar bidang teknologi

maklumat untuk terangkan tentang teknologi antara mahasiswa universiti. Kewujudan

teknologi yang canggih menjadikan kehidupan belia sekarang lebih maju seiring dengan

golongan belia di universiti-universiti maju yang lain. Disebabkan kewujudan teknologi inilah

yang menyebabkan golongan belia pada zaman sekarang sudah mengubah cara hidup sehingga

membawa kesan negatif kepada cara hidup mereka.

Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini

boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan

teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah

cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat

peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan

belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan

dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis

pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran

zaman sekarang. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia

semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh

11
mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat

yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka

secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana

peranannya cukup berkesan.

Seterusnya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap

kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan

cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau

salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar

atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul mempunyai akal dan berfikiran waras untuk

menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi. (Sanwei,

2017)

Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang

bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis,

saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah

dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi

memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha

ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apayang

penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik,segala usaha ini perlu

disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia

seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan

12
memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei

berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan

Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu

diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,selamat dan

makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan,masyarakat dan pertubuhan

badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untukmeningkatkan hubungan etnik di nagara

Malaysia. (Subramaniam, 2014)

13
5.0: Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kelab-Kelab Persatuan di IUKL
Dalam Mengeratkan dan Menyatukan Hubungan Antara Pelbagai
Etnik

Cabaran utama yang dapat dilihat selepas membuat permerhatian di kedua- dua kelab tersebut

ialah polarisasi kaum. Gejala polarisasi kaum di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan

semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan usaha perlu dilakukan bagi menghapuskannya

demi perkembangan bangsa Malaysia yang sihat. (Hashim, 2001). Menurutnya, punca

pergaulan berdasarkan kepada kelompok masing-masing itu perlu dicari bagi memastikan

gejala itu tidak lagi mendapat tempat di kalangan generasi muda di negara ini.

Polarisasi dalam kalangan pelajar dapat dilihat pada peringkat sekolah rendah dan sekolah

menengah, institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Mereka cenderung dalam memilih rakan yang seagama atau sekaum dengan mereka. Keadaan

sebegini semestinya menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Kesannya, nilai-

nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan

berkesan. Hal ini kerana wujudnya jurang di antara semua kaum.

Malah, satu perkara baru yang wujud pada masa kini ialah, para ibu bapa kurang mempercayai

untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih cenderung

menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur

pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar

sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu

kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian (Raduan,

2015).

14
Corak pendidikan vernakular yang menekankan kepada empat aliran pendidikan yang berbeza

iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India telah lama wujud sebelum kita mencapai

kemerdekaan. Apabila kita berbalik kepada sejarah, belum wujud lagi sistem pendidikan

kebangsaan di Tanah Melayu sehinggalah Penyata Razak 1956 dibentuk. Sebagai contoh,

sekolah Melayu hanya tertumpu kepada pendidikan agama di sekolah pondok. Pendidikan

sekolah rendah pula dibentuk bagi membolehkan orang Melayu tahu membaca, menulis dan

mengira sahaja.

Bagi masyarakat Cina, mereka telah menggunakan kurikulum, buku teks dan guru-guru yang

diimport dari Negeri Cina. Bagi kaum India, sekolah-sekolah Tamil didirikan di estet-estet

berasaskan kurikulum dan buku teks yang diimport dari India Selatan. Malah, sekolah aliran

Inggeris yang didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan British pula didirikan di bandar-

bandar dan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk bandar sama ada

Melayu, Cina atau India. Akan tetapi, ia tidak mendapat sambutan daripada masyarakat

Melayu luar bandar kerana bimbang anak-anak mereka dipengaruhi agama Kristian. Malah,

Sistem pendidikan ketika itu tidak menitikberatkan perpaduan sosiobudaya dalam kalangan

penduduk yang berbilang bangsa.

Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan dan

menghapuskan sekolah-sekolah vernakular seperti Laporan Barnes 1951 dan Laporan Razak

1956, ianya mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Cina. Namun pada

hakikatnya, matlamat utama yang sebenarnya adalah untuk memupuk perpaduan dan integrasi

nasional seterusnya menyatupadukan penduduk pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

15
Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan

di semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan

dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang

menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah.

Kewujudan sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan

berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang berlainan. Semestinya ia menjadi

penghalang kepada perpaduan. Sesetengah ibu bapa juga cenderung untuk menghantar anak-

anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Hal ini kerana

mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang

kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.

Sehingga kini, kita boleh melihat kewujudan sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti sekolah

kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C), sekolah jenis kebangsaan Tamil

(SJK(T), sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah Cina persendirian

(Raduan, 2015). Kesannya, ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada

penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Keadaan ini

berlanjutan sebagai warisan sejarah yang amat bahaya ibarat ‘api dalam sekam’.

Apabila para pelajar dilatih untuk belajar dalam situasi begini, malah buah fikiran ini akan

berterusan hingga mereka menjejak kaki ke IPT/IPTS. Selepas membuat pemerhatian, kita

mendapati pelajar di kelab badminton menunjukkan gejala polarisasi dengan bergaul dan

bermain antara kaum mereka sesama sendiri. Dalam kelab siber, hasil pemerhatian didapati

bahawa terdapat juga polarisasi kaum. Gejala ini wujud kerana para pelajar akan diberi tugasan

16
dalam bentuk kumpulan untuk diselesaikan. Telah dilihat bahawa kumpulan-kumpulan

tersebut terdiri daripada kaum atau kelompok sejenis. Hal ini wujud kerana Bahasa perantara

yang bebeza. Apabila bahasa perantara bebeza, ia menjadi sukar untuk pelajar bergaul dengan

kaum atau kelompok yang berlainan dan mengambil keputusan untuk mencari ahli-ahli

kumpulan yang mempunyai bahasa perantara yang sama.

6.0: Cadangan Bagi Kelab-Kelab Persatuan Untuk Memupuk


Perpaduan Kaum

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju

dan dalam kita mencapai matlamat itu keamanan dan keharmonian tidak pernah sesekali

dipinggirkan.

Sebaliknya kepelbagaian agama, etnik dan budaya terus menjadi teras kepada kekuatan

Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Hakikatnya,

perpaduan jitu yang dibentuk oleh rakyat negara ini adalah asas kepada pengukuhan Malaysia

sebagai sebuah negara aman dan harmoni.

Sungguhpun begitu, perpaduan yang jitu ini jika tidak diawasi dengan baik boleh menyebabkan

negara berada dalam suasana genting dan huru hara memandangkan kedudukan kaum dan etnik

yang pelbagai.

17
Justeru beberapa langkah perlu diambil dan dikekalkan dalam usaha memastikan rakyat di

Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu

khususnya melalui sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah termasuk sekolah

vernakular hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Di dalam konteks ini, bahasa Melayu perlu

diterapkan sebagai bahasa perantaraan dalam persatuan-persatuan yang wujud (bagi kelab

persatuan yang mempunya ahli pelbagai kaum).

Menurut Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat

komunikasi yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. (Perkara 152,

Perlembagaan Malaysia) Oleh itu anak-anak kecil daripada pelbagai kaum perlu diajar

menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi bersama rakan di

sekolah dan seterusnya hingga ke peringkat universiti.

Selain itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan

dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan

harmoni. Contohnya, melalui cara mereka berpakaian, amalan beragama dan perayaan. Adalah

menjadi kesalahan besar jika kelab persatuan menghalang ahlinya memakai pakaian adat atau

amalan keagamaan biarpun sesetengah kelab persatuan memerlukan ahlinya berpakaian

mengikut kod pakaian yang tertentu. Sebagai contoh, kelab badminton tidak boleh menghalang

ahlinya yang beragama Islam dari memakai seluar panjang bagi menutup aurat kerana ia adalah

salah di sisi agama Islam biarpun pakaian rasmi permainan badminton memerlukan ahlinya

memakai seluar pendek bagi memudahkan pergerakan semasa permainan.

18
Sewajarnya sikap saling menghormati dan memahami budaya sesama kaum ini perlu

dipertahankan demi kesinambungan perpaduan negara. Amalan ini bukan sahaja

menggambarkan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan sesama kaum.

Dalam pada itu amalan konsep Rumah Terbuka 1Malaysia yang diadakan bagi meraikan satu-

satu perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Ini telah terbukti dengan penganjuran

rumah-rumah terbuka yang telah diadakan oleh pihak kerajaan dan juga rakyat Malaysia sendiri

menunjukkan kesepakatan dan jalinan persahabatan yang dapat dipupuk di acara-acara begini.

(Utusan Malaysia, 2017) Rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan saling berkenalan,

bermesra dan merasai juadah enak yang disediakan oleh kelab-kelab penganjur.

Hal ini sudah pasti akan dapat mengeratkan hubungan sekali gus memupuk semangat

perpaduan yang utuh. Selain itu amalan ziarah-menziarahi, tolong–menolong dan semangat

kejiranan terutama dalam kalangan pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita. Kelab-kelab

persatuan diagalakkan mengadakan perjumpaan dan menganjurkan aktiviti bersama kelab-

kelab persatuan lain bagi mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian

perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan

perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk

menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai

analoginya, stesen penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan

dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat

menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika

19
unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Di peringkat universiti, kelab-kelab

boleh memanggil pihak media massa bagi mempromosikan kelab-kelab mereka juga sebagai

alat bagi menunjukkan kesepakatan ahli-ahlinya yang pelbagai kaum bersatu-padu dalam

menjalankan apa sahaja acara yang dianjurkan. Di zaman internet ini, pengiklanan sebegini

malah lebih mudah dengan wujudnya pelbagai platform media sosial seperti Facebook,

YouTube, Instagram, Tweeter dan sebagainya di mana penggunaannya adalah meluas dan

sangat mudah digunakan. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai dengan lebih mudah

melalui peranan media massa.

Perpaduan kaum juga boleh dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah

menjadikan minggu ke dua bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di kampus

kita seiring dengan penganjuran Hari Sukan Negara. (Berita Harian, 2017)

Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan bersuara. (Perkara 10,

Perlembagaan Persekutuan) Begitu juga dalam kelab-kelab persatuan, ahlinya tidak kira

pelbagai kaum haruslah menghormati hak-hak mereka. Namun demikian, ahli kelab

seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Ahli

kelab haruslah mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu

sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada

terjejas kerana bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Justeru, peranan

ahli kelab sendiri tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan

kaum di negara kita. Ketua kelab juga memain peranan yang besar dalam mengekalkan hak-

hak bersuara ahli-ahli persatuannya.

20
Akhir sekali perpaduan juga tidak akan memberi makna tanpa kestabilan politik. Oleh itu,

setiap pemimpin kelab harus menjaga kestabilan politik supaya keamanan ahlinya tidak

tergugat.

Melalui kestabilan politik rusuhan kaum dan perpecahan dapat dielakkan, pada masa sama akan

mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara ini.

7.0: Kesimpulan

Terdapat banyak aspek yang mempengaruhi perpaduan kaum dalam kalangan pelajar seperti

pembelajaran, pergaulan antara pelajar, sambutan perayaan di IUKL dan sebagainya. Aspek-

aspek ini bukan sahaja mengenai pelajar-pelajar di IUKL, tetapi juga merangkumi semua warga

IUKL dan masyarakat Malaysia supaya semua rakyat dapat bersatu padu, bekerjasama untuk

merealisasikan perpaduan antara kaum.

Pelajar-pelajar di IUKL pada hari ini pada suatu hari nanti akan menjadi pemimpin-pemimpin

negara. Oleh itu, perpaduan kaum harus diterapkan di dalam hati setiap pelajar IUKL supaya

mereka dapat bekerjasama dengan seluruh etnik di Malaysia demi kemajuan dan pembangunan

Malaysia bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Selari dengan itu, pelajar

yang mempunyai semangat perpaduan jika menjadi pemimpin negara, akan dapat membina

sebuah negara yang aman damai, harmoni dan makmur.

21
Secara kesimpulannya, melalui kajian didapati bahawa kebanyakan responden IUKL

merasakan bahawa kelab-kelab persatuan di IUKL merupakan satu batu loncatan untuk

membantu mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan pelajar. Justeru itu, kelab-kelab

persatuan boleh meneruskan usaha sebegini untuk menguatkan semangat perpaduan pelajar

dan juga pengajar di samping memberikan pengetahuan tahap profesional kepada pelajar.

22
Nota Akhir

1. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang aman damai,

supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. (Nazari, 2014)

2. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam

kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu

sama lain. (Nazari, 2014)

3. Kelab ini dapat membantu pelajar memperdalamkan pengetahuan tentang

Teknologi Maklumat. (Panitiageografi, 2013)

4. Pertunjukkan filem atau video dokumentasi berkenaan dengan perihal

komputer dan penggunaan komputer dalam kehidupan moden. (Panitiageografi,

2013)

23
Rujukan

1. Nazari Raduan (2014). Kepentingan Kokurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Negara diperoleh Jun 25, 2014, dari

http://tujuhpen.blogspot.com/2014/06/kepentingan-kokurikulum-berlandaskan.html

2. Panitiageografi (2013). Kelab komputer Retrieved April 25, 2013, dari

https://www.slideshare.net/panitiageografi/kelab-komputer

3. Safira Aulia (2016). 9 Game Ini Bisa Melatih Kreativitas Otak, Cuma Orang Cerdas yang

Memainkannya! diperoleh Disember 23, 2016, dari

https://www.idntimes.com/tech/games/aulia-ratna-safira/9-game-ini-terbukti-melatih-

kreativitas-otak/full

4. Subramaniam (2014). Hubungan Etnik Antara Kaum, diperoleh Februari 12, 2014, dari

https://www.scribd.com/doc/206704083/Hubungan-Etnik-Antara-Kaum

5. Hashim, P. M. (2001). Polarisasi Kaum Pelajar IPT Meningkat, diperoleh April 9, 2001

dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm

6. Raduan, N. (2015). Cabaran hubungan etnik di Malaysia, diperoleh April 25, 2015, dari

http://tujuhpen.blogspot.com/2015/04/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html

7. Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Dari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia#Perkara_152

24
8. Ishak Rahmad, Utusan Malaysia (2017). Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 'diserbu'

30,000 orang, diperoleh Julai 15, 2017, dari

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rumah-terbuka-malaysia-aidilfitri-diserbu-30-000-

orang-1.503176

9. Abdul Rahemang Taiming, Berita Harian (2017). 10,000 meriahkan Hari Sukan Negara di

Tawau, diperoleh Oktober 14, 2017, dari

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/337146/10000-meriahkan-hari-sukan-

negara-di-tawau

10. Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Dari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_bersuara_di_Malaysia

25

You might also like