You are on page 1of 7

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SK LKTP TENGGAROH SELATAN


MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 1/ 2019
( Mesyuarat Guru)

Tarikh : 27.12.2018
Masa : 8.30 a.m. – 10.30 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTS
Pengerusi : En.Aziz Mohd Damin
Kehadiran : 17/17

Kehadiran :
Turut Hadir :
1.

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan As’salam, beliau mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru dan staf.Beliau
menyatakan bahawa kurikulum adalah core bussines bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status
sekolah. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan
akademik sekolah ini.

TINDAKAN : Makluman

1.2 Menyatakan Agenda mesyuarat Kurikulum kali pertama


1.2.1 Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Terkini
1.2.2 Pencapaian UPSR 2018, post mortem dan sasaran 2019.
1.2.3 Headcount (penetapan TOV, ETR dan GPS kelas)
1.2.4 Rekod Persediaan Mengajar
1.2.5 Jadual waktu mengajar 2019.
1.2.6 Pelantikan ketua panitia & pelaksanaan program panitia.
1.2.7 Program Kecemerlangan Sekolah
1.2.8 LINUS, LDP, PROTIM dan kajian tindakan serta inovasi.
1.2.9 Ujian dan peperiksaan.
1.2.10 Pentaksiaran Berasaskan Sekolah
1.2.11 Pemantauan pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) & LW
1.2.12 Pemantauan dan penandaan buku kerja murid
1.2.13 Bilik-bilik khas
1.2.14 Hal-hal lain

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1. Dibentang oleh En. Aziz Mohd Damin
Dicadang untuk disahkan oleh En. Mohd Faimi Bin Ismail
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nurfarahim Zaid

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Perkara 4.2 : Post Mortem PKSR 2
- En. Aziz mengharapkan berdasarkan post Mortem yang telah dilaksanakan , Ketua Panitia
dapat merancang program yang dapat mempertingkatkan pencapaian kemahiran murid.

3.2 Perkara 4.3 :Fail dan program panitia


- Semua Ketua panitia 2018 perlu melengkapkan dan mengemaskini Fail 2018 untuk
diserahkan kepada Ketua Panitia 2019.
- En. Ahsahri mencadangkan untuk membuat fail panitia yang baru kerana keadaan fail sedia
ada yang sudah uzur.

3.3 Perkara 4.4 : Buku kawalan kelas


- Buku kawalan kelas perlu sentiasa diisi dan dilengkapkan.

Tindakan
Makluman

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Terkini.
4.1.1 En. Aziz membentangkan senarai Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia terkini. Surat-
surat lantikan bagi jawatankuasa kurikulum dan panitia akan diedarkan
4.1.2 Terdapat beberapa perubahan berbanding tahun lepas.
4.1.3 Jawatankuasa kurikulum dan panitia boleh rujuk pada Buku Pengurusan 2019.
4.1.4 Mengharapkan semua guru dapat menerima perlantikkan jawatankuasa yang baru dan
dapat berkerjasama dengan semua pihak agar segala perancangan dapat
dilaksanakan mengikut yang dirancang.
4.1.5 Mengedarkan surat pelantikkan Jawatankuasa Kurikulum

Tindakan
Makluman

Tindakan
Makluman

4.2 Headcount (penetapan TOV, ETR dan GPS kelas)


4.2.1 Semua guru perlu merujuk pada setiausaha peperiksaan untuk menyediakan head
count bagi murid-murid tahap 2
4.3.2 Tahap penguasaan minima yang perlu dicapai setiap murid perlu dibincang dan diminit
dalam mesyuarat semua Panitia.
4.3.3 Head count dan sasaran Tahap penguasaan perlu dilampirkan dalam Fail Rekod
Mengajar..
4.3.4 Bagi murid tahap 1 , tiada lagi peperiksaan dan akan diganti dengan pentaksiran di
dalam bilik darjah.

Tindakan
Pn.Azizah
Makluman
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.4 Rekod Persediaan Mengajar


4.4.1 Semua guru akan menggunakan fail untuk rancangan pelajaran harian . Pastikan semu
guru melengkapkan maklumat pada Fail Rekod Mengajar.
4.4.2 Pada hari pertama persekolahan , pengajaran dan pembelajaran sudah berjalan. Oleh itu,
rancangan harian perlu siap dan lengkap. Lengkapkan data asas dalam RPM. Pastikan
ada latihan bertulis diberi pada hari pertama persekolahan. Sila hantar RPM kali pertama
sebelum atau pada 1 .1.2019.
4.4.3 Rancangan Tahunan perlu lengkap. Guru boleh mencetak dan sertakan sekali dalam
RPM. Sekiranya tidak ditampal pada buku persediaan, guru boleh bukukan dan selitkan di
dalam RPM serta tulis pada halaman rancangan tahunan ”Rancangan tahunan telah
disediakan dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa”. RPT perlu dihantar dan
disahkan oleh GB sebelum 30 Januari 2019.
4.3.4 Segala maklumat pada muka surat di hadapan dan belakang seperti markah bagi
peperiksaan dan ujian bulanan, sasaran setiap guru dan aktiviti guru perlu sentiasa
dikemaskinikan.
4.3.5 Sasaran / KPI / Headcount / Rekod Pentaksiran perlu disertakan dan dikemaskini pada
bahagian belakang RPM.
4.3.6 Mengharapkan semua guru dapat menghantar RPM pada setiap hari Khamis.

Tindakan
Makluman

4.5 Jadual waktu mengajar 2019.


4.5.1 En. Aziz mengedarkan jadual waktu mengajar dan jadual waktu kelas kepada guru.
Jadual waktu dibina berdasarkan kiraan waktu mengajar 44 minggu.
4.5.2 Beliau meminta Pdp dijalankan mengikut jadual pada hari pertama dan mengucapkan
terima kasih kepada Penyelaras Jadual waktu iaitu En. Ibrahim Awang

4.6 Pelantikan ketua panitia & pelaksanaan program panitia.

4.6.1 Menyatakan Ketua Panitia bagi tahun 2019 adalah seperti di Buku Pengurusan . Semua
guru perlu merujuk pada buku pengurusan.
4.6.2 Mesyuarat Panitia kali pertama akan diadakan pada 28 Disember 2018. Agenda
mesyuarat pertama adalah
4.6.2.1. Pelantikan AJK Panitia 2019
4.6.2.2. Pencapaian UPSR 2018 dan PKSR 2: post mortem dan sasaran 2018
4.6.2.3. Pentaksiran Berasaskan sekolah
- Tahap 1 tak ada periksa
3.1. Penetapan sasaran dan Tahap Penguasaan minima
4.6.2.4. Pembentangan laporan program panitia tahun 2018 dan perancangan
strategik panitia 2019
4.6.2. 5. Peruntukan dan tatacara perbelanjaan panitia
5.1 Penggunaan ABM
4.6.2. 6. Buku latihan
6.1 Penyelarasan latihan dalam seminggu
6.2 Bilangan buku latihan
6.3 Penulisan isi kandungan
4.6.2.7. Pelaksanaan Transisi, MBMMBI, LINUS
- LINUS telah dihapuskan akan memerkasasakan pemulihan
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.6.2.8. Format Rancangan Pengajaran Harian untuk Matematik


4.6.2.9. Kursus guru / LDP
- Semua ketua panitia memastikan perancangan program disediakan dan dilengkapkan. Rujuk
takwim kurikulum. Minit Mesyuarat Pertama Panitia 2019 MESTI dihantar sebelum 3 Januari
2019.

Tindakan
Ketua Panitia

4.7Program Kecemerlangan Sekolah

4.7.1 Penyelaras kecemerlangan iaitu En. Shahir akan merancang beberapa aktiviti bagi
program kecemerlangan.
4.7.2 Cadangan program kecemerlangan tahun 6 (rujuk takwim kurikulum) :

4.7.3 Fikirkan lagi program yang memberi impak yang tinggi kepada murid.
4.7.4 Ketua Panitia perlu membincangkan program-program kecemerlangan bagi setiap
panitia untuk semua murid semasa mesyuarat Pantia .

Tindakan
Ketua Panitia

4.8 LINUS, LDP, PROTIM dan kajian tindakan serta inovasi.

4.8.1 LINUS :
4.8.2 Seperti yang sedia maklum , LINUS telah dihapuskan bermula tahun 2019.
4.8.3 Bagi mengatasi murid yang belum menguasai Kemahiran asas , program Pemulihan akan
diperkasasakan.
4.8.4 En. Mat Zaidi menyatakan , dia telah merancang untuk memperkasaskan program
pemulihan.

4.8.5 LDP :
4.8.6 Cik Nurhaziqah sebagai setiausaha LDP membetangkan semua guru dan AKP telah
lengkap kursus 7 hari.
4.8.7 Cik Nurhaziqah diminta untuk merancang LDP yang bersesuai untuk semua guru. Perlu
merancang awal dan sentiasa ingatkan guru-guru agar memenuhi 7 hari berkursus. Jika
tidak cukup, perlu isi bahagian pembacaan buku.
4.8.8 Kajian Tindakan & inovasi : En Mat Zaidi. Setiap guru dikehendaki menyediakan satu
kajian tindakan. Boleh rujuk En Mat Zaidi untuk menyediakan kertas proposal.

Tindakan
En. Mat Zaidi
Cik Nurhaziqah

4.9 Ujian dan peperiksaan.

4.9.1 Bagi tahap 1 tiada lagi peperiksaan dan ujian.


4.9.2 Bagi tahap 2 peperiksaan akan dilaksanakan pada pertengahan tahun dan Akhir tahun.

4.9 entaksiaran Berasaskan Sekolah

4.10.1 Mengedarkan surat perlantikan bagi melaksanakan pentaksiran Bilik Darjah.


4.10.2 Pastikan guru-guru melaksanakan pentaksiran untuk semua subjek dan kepada semua
murid, direkodkan segala skor dan dokumentasikan segala evidens.
4.10.3 Mesyuarat panitia mesti membincangkan mengenai PBS dan diminitkan.
4.10.4 Semua guru perlu sentiasa bersedia untuk dipantau dan akan dipantau sekurang-
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

kurangnya dua kali dalam setahun bagi semua subjek(Penggal 1 & 2)

4.11 Pemantauan pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) & LW

4.11.1 Instrumen Pemantauan PDPc bagi tahun 2018 telah diubah berdasarkan Standard 4
SKPMg2. Setiap guru akan dipantau sebanyak 3 kali setahun. Kali pertama adalah
pemantauan kendiri, Kali kedua adalah pemantauan pentadbir & kali ketiga adalah
pemantauan kendiri & pengesahan pentadbir.
4.11.2 Semua guru perlu sentiasa bersedia untuk dipantau dan akan dipantau 3 kali dalam
setahun. (Kekerapan mungkin berubah ikut arahan semasa).
4.11.3 Semua Ketua panitia perlu mendapatkan salinan instrumen pemantauan dan simpan
dalam fail panitia.
4.11.4 Penyelaras PK04 (SPSK) juga perlu melengkapkan dokumentasi bagi fail SPSK
berkenaan. (u.p: En. Faimi) dan mengisi maklumat markah pemantauan dalam sistem
AdAPP.
4.11.5 Pemantauan PBS akan dijalankan 2 kali (Penggal 1 & 2) melibatkan SEMUA GURU DAN
SEMUA SUBJEK. Pemantauan akan dilaksanakan oleh GB, GPK dan KP.
4.11.6 LW akan dilaksanakan setiap hari oleh GB dan GPK mengikut giliran berdasarkan takwim
atau keberadaan di sekolah.

Tindakan
Makluman

4.12 Pemantauan dan penandaan buku kerja murid

4.12.1 Pencerapan dilaksanakan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Februari, Jun dan
September. Semua guru perlu peka dan sentiasa mengikut jadual yang ditetapkan.
4.12.2 Semua KP perlu membuat rumusan pencerapan buku latihan dalam borang yang
berkaitan dan simpan dalam fail panitia.
4.12.3 Penyelaras pemantauan buku latihan iaitu Cik Nailah perlu peka pada tarikh-tarikh
pemanatauan dan sentiasa mengingatkan semua guru.

Tindakan
Makluman

4.13 ilik-bilik khas

4.13.1 Pastikan bilik-bilik khas diselenggara dengan baik, sentiasa kemas, kondusif dan selamat
digunakan. Optimumkan penggunaan bilik-bilik khas. Pastikan buku penggunaan diisi.
4.13.2 Semua guru telah diamanahkan untuk mengemaskini bilik-bilik khas .
4.13.3 Senarai guru dan bilik khas adalah seperti dalam buku Pengurusan 2019.

5.1 Hal-hal lain

5.1.1 . En. Aziz mengharapkan semua guru dapat menggunakan bilik-bilik Khas seperti
perpustakaan , bilik muzik dan makmal sains. Tolong isi penggunaan pada Buku rekod
penggunaan.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP
1. Pengerusi berharap agar segala yang dimaklumkan di dalam mesyuarat dapat diambil tindakan
segera oleh guru yang terlibat.
2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 tengahari

Tarikh : 29 Disember 2018


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

REKOD EDARAN

Nama Dokumen :
1. Jawatankuasa Kurikulum 2019
2. Buku pengurusan 2019
3. Jadual waktu persekolahan 2019
4. Surat perlantikan Jawatankuasa Kurikulum 2019
5. Surat perlantikan Pentaksir Pentaksiran Bilik Darjah

Tarikh Edaran Dibuat: 27.12.2018

Bil Nama Guru Tanda tangan Catatan

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17

(Gunakan Helaian Tambahan Jika Perlu)

You might also like