You are on page 1of 1

Di bawah dasar MBMMBI pelbagai jenis aktiviti di dalam serta di luar bilik darjah

dapat dirancang lalu dilaksanakan. Terutamanya,bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.


Highly Immersive Programme (HIP) merupakan satu satunya program yang melibatkan
semua pihak iaitu, murid-murid ,guru-guru,pentadbir sekolah, warga sekolah dan ibubapa.
Program ini merupakan program yang pertama diperkenalkan oleh kementerian bagi
meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid bukan sahaja di
sekolah rendah malah,di sekolah menengah. Ini kerana masalah penguasaaan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar di
institusi tinggi sangat lemah. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengambil tahu
kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak mereka. Program ini
juga menggalakan orang awam seperti pengawal keselamatan sekolah, pengusaha serta
pekerja kantin sekolah, tukang kebun sekolah, pekerja-pekerja am sekolah dan ibubapa
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian mereka.

You might also like