You are on page 1of 4

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kini memasuki Gelombang 2


(2016-2020) yang berteraskan kepada 11 anjakan utama dan salah satunya adalah
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Menerusi anjakan ini juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menanda aras
keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa
selain meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal serta pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus.

KPM turut memberi penekanan kepada penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dengan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat
rendah diikuti sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan
kelas Peralihan. Langkah memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa
Inggeris juga dilaksanakan selain meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan
menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2020.

Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada pembentukan seorang murid yang
holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,
peranan mendidik adalah tanggungjawab kita semua. Di bawah Anjakan 9 PPPM, KPM telah
membuka pintu seluas-luasnya kepada penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
supaya kita sama-sama berganding bahu memastikan bahawa anak-anak kita dilengkapi ilmu
dan akhlak untuk menjadi warga Malaysia yang dapat menyumbang kepada agama, bangsa
dan tanah air.

Sekiranya nilai dan akhlak yang sempurna dalam diri anak-anak kita dapat diterapkan, kita
akan data memastikan bahawa warga kita akan terus hidup dalam keadaan aman dan
harmoni dalam kepelbagaian ini. Perpaduan merupakan salah satu Aspirasi Sistem
Pendidikan kita, dan pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk murid kita daripada pelbagai latar
belakang sosio ekonomi, agama dan etnik belajar memahami, menerima dan menghayati
perbezaan. Kita mahu mewujudkan satu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada
murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas
perpaduan rakyat negara kita.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah SINAR
TENGGARA 2017 serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan
penerbitan majalah sekolah ini.

Selamat Maju Jaya.

“PENDIDIKAN ITU KEGEMBIRAAN, KETERBUKAAN DAN KEBAJIKAN”

(DATO’SERI MAHDZIR BIN KHALID)


MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor.

Mendahului ucapan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak
sekolah atas penerbitan majalah sekolah SINAR TENGGARA dalam tahun 2017 ini. Saya
percaya dan yakin bahawa penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang
tinggi seluruh kulawangsa sekolah dalam usaha meraih kejayaan demi kejayaan di sekolah.
Bahan penerbitan ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited.,
bertanggungjawab, dan amanah dalam mengurus dunia pendidikan yang semakin mencabar.
Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, segala usaha murni penerbitan majalah ini
amatlah dihargai.

Menelusuri era globalisasi yang serba kompentitif ini banyak kemahiran yang perlu dikuasai
oleh warga pendidik. Setiap warga pendidik seharusnya komited meneruskan legasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk menjadikan pendidikan Negeri Johor
bertaraf dunia. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di
negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan menangani cabaran abad ke-21.

Kendatipun begitu, setiap murid pula seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
dan kemahiran untuk kemandirian diri yang cemerlang. Tuntutan untuk memastikan
keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai Enam Aspirasi Abad
Ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian, serta mempunyai identiti nasional yang
diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Jadikanlah alam persekolahan
sebagai wadah untuk melengkapkan diri bagi berdepan dengan sebarang arus perubahan
pada abad baharu ini.

Justeru,misi kudsi untuk menjadikan “Johor Showcase” dalam Pembelajaran Abad Ke-21
berjaya direalisasikan andainya semua warga pendidik di negeri Johor komited dalam
melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah masing-masing. Marilah kita bersama-
sama berganding bahu dalam usaha “Memacu Transformasi Pendidikan : Membina Modal
Insan Bertaraf Dunia”melalui “Kerja Berkualiti Ibadah Dihayati”.

Sekian, terima kasih.

HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF


PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULAI

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekolah adalah institusi pendidikan yang berperanan melahirkan generasi pelajar yang
berilmu, berwawasan, dan berdaya saing. Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan wajar
mencerminkan budaya sekolah cemerlang sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat berilmu dan
berpendidikan, tetapi merangkumi keseluruhan diri setiap individu Kementerian berhasrat
untuk melahirkan para pendidik yang komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam
menjalankan tugas, selain bersedia untuk menjalankan perubahan. Sejajar dengan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan bidang
pendidikan demi memastikan hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua
bidang tercapai.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal dasar,
mengadakan program , dan mengambil pendekatan yang wajar bagi memastikan sistem
pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa. Perubahan yang dilaksanakan pastinya
akan membawa semangat baru bagi mengukuh lagi hubungan masayarakat Malaysia yang
berbilang bangsa serta kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Semua pihak bertanggungkawab melahirkan generasi berilmu yang mempunyai akhlak mulia
dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Hal
ini demikian, pengetua, guru-guru, dan tokoh-tokoh pendidikan perlu memainkan peranan
yang sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita
inginkan menjadi kenyataan.

Segala kejayaan bermula dari sekolah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadikan
sekolah kita yang terbaik dalam semua aspek.Usaha bersepadu amat penting bagi
memastikan sekolah kita bukan sahaja muncul antara sekolah cemerlang yang terbaik di
negara ini, malah mampu bersaing dengan sekolah-sekolah terbaik di dunia ini.

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada sidang redaksi majalah SINAR TENGGARA 2017 atas
usaha dan inisiatif yang jitu dalam penerbitan majalah ini. Semoga usaha ini dapat
manfaatnya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

(EN ISHAK BIN MAHBOB)


PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KULAI

You might also like