You are on page 1of 4

Pengenalan dan konsep

Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnyamemperkembangkan potensi individu


sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. pendidikan inklusif
merupakan strategi jangka masa panjangyang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan
golongan bekeperluan khas di Negara kita.Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi aset
kepada setiap individu termasuklah golonganbekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak
boleh dijadikan alasan untuk keciciranmendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah
boleh dilaksanakan dalam menyediakanperkhidmatan kepada golongan bekeperluan
khas .

Secara rumusnya, PI adalah pendidikan yang melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan


khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan
bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan
sebaya mereka.

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar
untukberinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan
dengan kehidupan masa depan kelak.

Matlamat dan Objektif

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program


akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya
bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

Objektif- Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar, membina
keyakinan diri mereka, memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus
perdana dan meningkatkan kesedaran tentang penerimaan kepelbagaian keupayaan
MBK.

Sejarah

Gambaran PI di Malaysia

Murid yang mempunyaimasalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur,


kecacatan fizikal masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi
peluang untuk menerima pendidikan denganmenghadiri satu daripada tiga opsyen
persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; programintegrasi pendidikan khas atau
program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysiapada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu KementerianKesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KementerianPelajaran Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Dasar

Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuksemua kanak-
kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini.

Akta Pendidikan 1996 dan Akta Orang Kurang Upaya 2008: Akses kepada pendidikan
yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: komitmen KPM dalam


memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan 2013

Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai‘Disabled


Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi deklarasi antarabangsa iaitu
deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini
bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut
keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/
ketidakupayaan

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO
1994): mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang menyokong bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak mendapat pendidikan yang sama rata
dengan rakanrakan mereka dalam Pendidikan Inklusif.

Dakar World Education Forum (2000), Convention on the Rights of Persons with
Disabilities (UN, 2006): semua kanak-kanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau
tidak, sepatutnya belajar bersama di dalam kelas yang sama.

Pendekatan
Inklusif penuh- MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana.
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau
tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Inklusif Separa- MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran
akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut
keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan
sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti
koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.

Perlaksanaan dan Pemilihan

Kriteria murid : Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM.
Umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun
sahaja daripada umur murid di arus perdana.

Penempatan: Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI sebaik-baiknya mempunyai
bilangan murid kurang daripada 35 orang, MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada
lima orang di setiap kelas; MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka;
Kelas PPI sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan
kerusi roda; dan Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa
secara bertulis.

Guru - Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah diberi latihan dalam
mengendali MBK. Bagi sekolah tanpa PPKI, pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan latihan
daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
(3PK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian di
Kementerian. Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas memainkan peranan
yang penting dalam membantu guru aliran perdana menjayakan PPI.

PdP - MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum kebangsaan. Pengubahsuaian kaedah
pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK
menerima pembelajaran. Guru aliran perdana akan menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
seperti biasa dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK. Selain daripada itu,
penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi MBK yang mengikuti PPI boleh dibuat

Pentaksiran - MBK dalam inklusif penuh menjalani pentaksiran dan penilaian sama seperti murid
lain di arus perdana dalam aspek kurikulum dan kokurikulum.

Peraturan

Faktor Penentu Kejayaan PI

Strategi- Kemudahan untuk pelajar khas, pergurusan, kelas bimbingan dan aktiviti
tambahan (I2)

Isu dan cabaran PI (Halangan)

Peranan Pihak

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai


organisasi,persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO
(Non-Governmental Organisations).

Persatuan Kanak-kanak Spastik- (Spastic Children’s Assocation) yang


menyediakanintervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16
tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari-yang mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa -
yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta
kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antaraumur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down
Kiwanis- (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-
kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepadakanak-kanak di bawah 6 tahun.

Kesimpulan

Kaedah terbaik untuk menentang diskriminasi

You might also like