You are on page 1of 4
Pa & z = a g 2 a Ft FS Fy 6 esalahan bahasa merujuk kepada Ke bahasa yang _binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku kerana kealpaan, ketidakfahaman, atau kejahilan pengguna terhadap peraturan dan tatabahasa yang ada Dalam pengajaran bahasa, analisis kesalahan bahasa merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid. Pendekatan ini dapat membantu murid untuk mengetahui bentuk bahasa yang salah dan mengetahui sebab kesalahannya, dan tahu pula cara untuk membetuikannya. Hal ini akan dapat membantu murid untuk menghasilkan bentuk bahasa yang betul binaannya dan menghindari kesalahan Di sekolah, kesalahan bahasa turut berlaku dalam kalangan murid Melayu yang merupakan penutur jati bahasa Melayu. Penutur jati pada dasarnya sudah pun menguasai bahasa Melayu sejak kecil. Namun begitu, mereka kerap melakukan kesalahan, baik semasa bertutur mahupun menulis disebabkan pengaruh bahasa Melayu lisan tidak formal yang digunakan dalem hubungan harian. Bahasa lisan tidak formal secara umumrya memang tidak begitu menekankan aspek tatabahasa Kesalahan bahasa dalam kalangan murid yang Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua pula lazimnya berlaku kerana mereka masih belum menguasai sistem bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Lazimnya juga, kesalahan itu berlaku disebabkan pengaruh bahasa ibunda mereka atau bahasa kedua yang lain yang dikuasai, misalnya bahasa Inggeris. Kesalahan bahasa yang dilakukan dalam kalangan pengguna bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek, iaitu aspek ejaan, tanda baca, sebutan dan intonasi, morfolog|, sintaksis, dan diksi atau pemilihan perkataan. Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh murid ialah kesalahan membina ayat. Yang berikut merupaken beberapa contoh kesalahan ayat dan pembetulannya. Kesalahan Ayat Gabungan * Tidak menggunakan kata sendi dalam frasa sendi nama yang kedua yang terdapat dalam predikat ayat majmuk gabungan Tanda* menunjukkan bahawa ayat itu salah dari segi tatabahasa. Contohnya: 1. (a)* Mereka akan melancong ke Indonesia atau Filipina? (b) Mereka akan melancong ke Indonesia atau ke Filipina? 2. (a)* Serangan dilakukan dari depan dan belakang pasukan kami. (0) Serangan dilakukan dari depan dan dari belakang pasukan kami. + Menggunakan pasangan yang salah bagi kata hubung berpasangan. Contohnya: 3. (a)* Baik abang baik kakak tidak dapat menjawab teka-teki itu. (0) Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab teka-teki itu, 4. (a)" Acara itu bukan sahaja untuk murid lelaki, tetapi murid perempuan juga. (b) Acara itu bukan sahaja untuk murid lelaki, tetapi juga murid perempuan. + Tiada pasangan bagi kata hubung berpasangan dalam ayat gabungan. Contohnya: 5. (a)* Dalam seminar itu mereka boleh menjemput ahli bahasa mahupun sasterawan. (b) Dalam seminar itu mereka bukan sahaja boleh menjemput ahli bahasa, tetapi juga sasterawan. 6. (a)* Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar berita tentang jenayah samseng di akhbar mahupun di televisyen. {b)Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar berita tentang jenayah samseng sama ada di akhbar mahupun di televisyen Kesalahan Ayat Relatif + Tidak menggunakan partikel -lah pada pre dikat dalam ayat relatif songsang. Contohnya: 7.ia)"Pengetua yang merasmikan majis itu (b) Pengetualah yang merasmikan majlis itu. 8.(a)"Tuhan yang menentukan nasib kita (b) Tuhanlah yang menentukan nasib kita + Tidak menggunakan kata hubung relatif bagi menerangkan kata atau frasanama. Contohnya: 9. (@)*Dua orang penjenayah dianggap sebagai yang berbahaya melarikan dir dari penjara, (b) Dua orang penjenayah yang dianggap sebagai yang berbahaya melarikan diri dari penjara. * Salah struktur atau salah susunan unsur penerang. Contohnya: 10.(a)*Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya (b) Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya 11.(a)*Bangunan itu yang tinggi menjangkau langit. (b) Bangunan yang tinggi itu menjangkau langit. + Menggunakan kata yang bukan kata hubung relatif sebagai kata hubung relatif. Contohnya: 12.{a)"Novel itu ialah karangan A. Samad Said yang mana dikarang ketika beliau di luar negara (b) Novel itu ialah karangan A.Samad Said yang dikarang ketika beliau di luar negara. 3.(a)"Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma {b) Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma Kesalahan Ayat Komplemen + Tidak menggunakan kata hubung komplemen Contohnya: 14. (a)" Semua orang tahu dia tidak bersalah (b)Semua orang tahu bahawa dia tidak bersalah. 15.(a)*Ali melakukannya sangat sukar. (b) Untuk Ali melakukannya sangat sukar. + Menggunakan kata hubung relatif dalam ayat komplemen. Contohnya 16.{a)"Pihak sekolah mendapati yang masalah murid tidak begitu serius. (b)Pihak sekolah mendapati bahawa masalah murid tidak begitu serius. 17. (a)* Banyak pihak mengatakan yang hukuman itu tidak adil (b) Banyak pihak mengatakan bahawa hukuman itu tidak adil Kesalahan Ayat Keterangan + Tidak menggunakan kata hubung keterangan dalam ayat keterangan. Coniohnya: 18.{a)"Para petani mengambil jalan mudah melupuskan jerami dan padi dengan membakarnya (b) Para petani mengambil jalan mudah untuk melupuskan jerami dan padi ‘ dengan membakarnya x + Menggunakan kata hubung keterangan yang salah, Contohnya 19.(a)*Sesetengah ibu bapa kurang pengetahuan agama, lantaran itu mereka tidak mampu_memberikan didikan agama (b)Sesetengah ibu bapa kurang pengetahuan agama, oleh itu mereka tidak mampu memberikan didikan agama 20.(a)" Oleh kerana masyarakat tidak prihatin tentang alam sekitar, pembakaran terbuka sering berlaku. (b) Oleh sebab masyarakat tidak prihatin tentang alam sekitar, pembakaran terbuka sering berlaku. Kesalahan Ayat Pasif + Kesalahan struktur ayat pasif ganti diri pertama dan diri kedua kerana menggunakan struktur ayat pasif ganti nama diri ketiga,Contohnya’ 21.(a)*Bola itu ditendang oleh saya. (b) Bola itu saya tendang. + Meletakkan kata bantu di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif sedangkan kata ganti nama itu harus diikuti terus oleh kata kerja pasif. Kata bantu seharusnya mendahului kata ganti nama diri pertama atau kedua, Contohnya’ 22.(a)"Usaha yang kita telah lakukan pasti berhasil (b) Usaha yang telah kita lakukan pasti berhasil 23.(a)"Kerja itu awak belum buat. (b) Kerja itu belum awak buat + Kesalahan struktur ayat pasif kata ganti_diri ketiga. Contohnya: 24.(a)* Pesawat yang mereka naiki terbang tinggi (b) Pesawat yang dinaiki oleh mereka terbang tinggi 5.(a)" Isu yang pihak pembangkang

You might also like