You are on page 1of 8

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2013


SEJARAH TINGKATAN 5 – KERTAS 3 (OPEN BOOK TEST)

TUGASAN MASA : 3 JAM

TEMA UMUM (SEBULAN SEBELUM PEPERIKSAAN)

TEMA/TAJUK : BAB 3 – TINGKATAN 5


(Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa – Perkongsian
bijak antara kaum)

SOALAN :

Peranan pemimpin dan rakyat dalam merealisasikan pembinaan


negara dan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju bagi
menghadapi era globalisasi. Bincangkan.

(100 markah)

(Tugasan spesifik akan diberikan pada HARI PEPERIKSAAN)

Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

Jaswant Kaur
SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2013
SEJARAH TINGKATAN 5 – KERTAS 3 (OPEN BOOK TEST)
Masa : 3 jam
TEMA / TAJUK : Bab 3 Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa.
(Perkongsian bijak antara kaum-Ekonomi, Politik,
Sosial)

Soalan : Peranan pemimpin dan rakyat dalam merealisasikan


Pembinaan Negara dan bangsa Malaysia yang bersatu dan
maju bagi menghadapi era globalisasi.
Bincangkan.

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format Perincian Markah

Pengenalan 1. Pengenalan
Konsep Negara bagi masyarakat Melayu
tradisional berbeza daripada moden pada 5 markah
hari ini.
Jelaskan konsep Negara bagi masyarakat
Melayu tradisional.

2. Pemahaman
Bincangkan latar belakang pembinaan
Negara dan bangsa berikut:- 30 markah
(a) Itali
(b) Jerman
(c) Kerajaan Islam di Madinah
(d) Negara Malaysia

Isi dan
huraikan 3. Menganalisis
Terangkan perubahan konsep kerajaan 15 markah
dan negeri masyarakat Melayu tradisional
kesan daripada penjajahan Barat.

4. Mengaplikasi
Bagaimanakah anda dapat melaksanakan
tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat 15 markah
pembinaan Negara dan bangsa Malaysia
yang bersatu dan maju?
5. Menilai
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah 10 markah
negara dan bangsa Malaysia dipandang tinggi
oleh masyarakat antarabangsa?

6. Menjana Idea / Mencipta


Pembentukan Negara bangsa Itali dan
Jerman adalah berasaskan persamaan
Isi dan rumpun bangsa. Manakala, pembentukan
huraikan negara dan bangsa Malaysia bergantung 10 markah
kepada kesediaan berkongsi semua aspek
kehidupan secara bijak.
Pada pendapat anda, bagaimanakah sikap
kesediaan berkongsi tersebut dapat ditanam
dalam setiap warganegara Malaysia?

7. Penerapan nilai murni / iktibar /patriotism


Apakah nilai-nilai yang dapat diambil daripada
pembinaan Negara dan bangsa Malaysia 10 markah
bagi melahirkan warganegara yang
cemerlang?

8. Rumusan
Kesimpulan  Pengetahuan yang diperoleh.
 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara. 5 markah
 Harapan untuk masa depan Malaysia yang
lebih cemerlang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh:


Jaswant Kaur Low Bee Leng
Jawapan Kertas 3 2013

1. Konsep bagi masyarakat Melayu tradisional


F1 Negara adalah kerajaan.
F2 Disebabkan adanya raja.
F3 Kedudukan raja tinggi dan istimewa.
F4 Bertanggungjawab memberi perlindungan politik.
F5 Menjamin keselamatan rakyat.
F6 Rakyat yang mendiami wilayah raja akan mengakui kuasa raja.
F7 Kesiataan rakyat terhadap raja menentukan sempadan kerajaan.
F8 Kerajaan kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah.
F9 Kesultanan Melayu Melaka banyak negeri taklukan dan naungan.
F10 Bagi masyarakat Melayu tradisional, negeri bererti kawasan.
F11 Seperti negeri Larut, negeri Bernam, dan negeri Krian.

[Mak. 5 markah]

2. Pembinaan Negara dan bangsa Eropah


(a) Pembinaan Negara bangsa di Itali
 Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah.
 Di bahagian utaranya, beberapa wilayahnya.
 Seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.
 Orang Itali ingin menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah
Sebuah pemerintahan.
 Dengan menghalau keluar orang Austria dari bumi Itali.
 Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali sebagai
sebuah negara.
 Dengan menggunakan amalan realpolitik.
 Count Camilo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan
Itali berlandaskan pemerintahan monarki.
 Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon 111 (pemerintah Perancis)
bagi menentang Austria pada tahun 1860.
 Hasil bantuan tentera Napoleon 111, Itali Berjaya mengalahkan Austria.
 Melalui satu pungutan suara yang diadakan Count Camillo Benso di
Cavour memperoleh sokongan majority rakyat untuk menyatukan Itali.
 Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.
 Sebagai membalas jasa Itali dalam membantu Prussia menewaskan
Austria.
 Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.
 dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang tersebut untuk
menyatukan Rom dengan Itali.
 Penyatuan ini Berjaya membentuk sebuah Negara bangsa Itali.

[Mak. 15 markah]
(b) Pembinaan Negara bangsa di Jerman
 Di Jerman, Otto Edward von Bismarck turut mengamalkan realpolitik
 Dan politik darah dan besi untuk menyatukan Negara Jerman pada
tahun 1871.
 Bismarck menggunakan pelbagai teknik.
 Seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan
ugutan untuk mencetuskan peperangan.
 Matlamat Bismarck telah menyatukan Jerman.
 Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan
oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman.
 Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi
 dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
 Bismarck telah melancarkan tiga siri peperangan untuk menentang
musuhnya.
 iaitu Denmark (1864), Austria (1866) dan Perancis (1870).

[Mak. 5 markah]

(c) Pembentukan kerajaan Islam di Madinah


 Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh
penyatuan melalui prinsip Islam.
 Nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu menyusun Perlembagaan
Madinah sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
 Piagam Madinah Berjaya menyatukan penduruk Madinah yang
berbilang kaum.
 iaitu orang Yahudi, orang Kristian, dan orang Arab.
 Nabi Muhammad s.a.w. Berjaya membentuk kerajaan Islam di
Madinah.
 Melalui cara diplomasi, musyawarah, dan permuafakatan.
 Pembentukan kerajaan Islam Madinah membuktikan bahawa kejayaan
tersebut adalah hasil daripada amalan kerjasama dan permuafakatan
antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat.

[7 x 1m] [Maksimum: 5 markah]

(d) Pembentukan Negara dan bangsa Malaysia


 Pembentukan Negara Malaysia adalah berkat kebijaksanaan pemimpin
negara.
 Pandangan jauh pemimpin tidak menumpahkan darah.
 Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia adalah melalui rundingan.
 Pakatan murni.
 dan tolak ansur antara tiga kaum terbesar di Negara ini.

[Mak. 5 markah]
3. Perubahan konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu
tradisional kesan daripada penjajahan Barat.
F1 Konsep kerajaan dan negeri.
H1a Dalam perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing.
H1b Kerajaan disebutkan sebagai negeri dan jajahan takluknya.
H1c British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri.
H1d Konsep kerajaan beransur luput digantikan dengan konsep negeri.
H1e British menetapkan sempadam setiap kerajaan.
F2 Membina sebuah Negara dan bangsa moden.
H2a Gagasan Malayan Union.
H2b Ditentang oleh orang Melayu.
H2c Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948).
H2d Menggabungkan semua negeri dalam pentadbiran pusat.
H2e Tanah Melayu sebagai Negara baru yang merdeka (1957)
H2f Peggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu
membentuk Malaysia.
H3 Negara dan bangsa Malaysia.
H3a Konsep namgsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.
H3b Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
H3c Berlainan, bahasa, budaya, kepercayaan, pendapat terhadap keduniaan.
H3d Dibentuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
H3e Pengamalan kebudayaan kebangsaan.
H3f Rukun Negara.

[Mak. 15 markah]

4. Tanggungjawab merealisasikan hasrat pembinaan Negara dan


bangsa Malaysia yang bersatu dan maju.
F1 Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
F2 Berbangga sebagai warganegara Malaysia.
F3 Mewarisi budaya bangsa
F4 Berbangga dengan lambang-lambang Negara.
F5 Setia kepada pemimpin.
F6 Setia kepada Negara.
F7 Menyokong dasar pelajaran kebangsaan.
F8 Berpengetahuan tinggi.
F9 Menguasai pelbagai kemahiran
F10 Bersifat toleransi.
F11 Hormat menghormati.
F12 Menghayati Rukun Negara.
F13 Mencapai Wawasan 2020.
F14 Mengamalkan nilai-nilai murni.
F15 Kreatif dan inovatif.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mak. 15 markah]
5. Sebab Negara dan bangsa Malaysia dipandang tinggi oleh
masyarakat antarabangsa.
F1 Rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu.
F2 Negara yang aman.
F3 Pesat membangun.
F4 Kesopanan yang tinggi.
F5 Mengekalkan warisan ketimuran.
F6 Pegangan agama Islam yang sederhana.
F7 Keindahan flora dan fauna.
F8 Menghormati tetamu.
F9 Semangat kesukarelawan yang tinggi.
F10 Pemimpin yang berwibawa.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mak. 10 markah]

6. Cara sikap kesediaan berkongsi dapat ditanam dalam setiap


warganegara Malaysia.
F1 Melalui sistem pendidikan yang sama.
F2 Mengamalkan kebudayaan nasional.
F3 Menghayati Rukun Negara.
F4 Menjayakan konsep 1 Malaysia.
F5 Aktiviti sukarelawan.
F6 Aktiviti kokurikulum di sekolah.
F7 Sambutan kemerdekaan.
F8 Menyambut hari perayaan.
F9 Program PLKN.
F10 Aktiviti sukan.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mak. 10 markah]

7. Nilai-nilai murni yang dapat diambil daripada pembinaan Negara


dan bangsa Malaysia bagi melahirkan warganegara yang
cemerlang.
F1 Bijaksana.
F2 Cinta akan Negara.
F3 Kerjasama.
F4 Berwawasan.
F5 Mementingkan musyawarah.
F6 Kecekalan.
F7 Sikap tolak ansur.
F8 Sanggup berkorban.
F9 Ketabahan.
F10 Keadilan.
F11 Muafakat.
F12 Diplomasi.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mak. 10 markah]
8. Rumusan
F1 Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai kerajaan dan sistem
politik yang tersendiri sebelum kedatangan penjajah British.
F2 Asas dalam pembentukan bangsa Malaysia ialah penggunaan bahasa
kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan, dan pengamalan
Rukun Negara.
F3 Pembinaan bangsa Malaysia adalah hasil perjuangan kemerdekaan,
pengisian kemerdekaan, dan pengekalan kemerdekaan.
F4 Pembinaan bangsa Malaysia masih berterusan sehingga kini dan akan
berterusan kepada generasi yang akan dating.
F5 Konsep Negara dan bangsa Malaysia terus dipupuk untuk mewujudkan
sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang masju dan bersatu padu.

[Mak. 5 markah]

You might also like