You are on page 1of 5

PROSEDUR UJIAN-t

Terdapat dua jenis ujian-t iaitu ujian –t sampel tidak bersandar dan ujian-t sampel
berpasangan yang terdapat dalam program SPSS for Windows:

 Ujian-t sampel tidak bersandar – digunakan apabila kita hendak


membandingkan skor min bagi dua kumpulan pelajar yang berbeza.
 Ujian-t sampel berpasangan – digunakan apabila kita hendak membandingkan
skor min bagi sekumpulan pelajar yang sama ke atas dua suasana yang berbeza

UJIAN-t SAMPEL TIDAK BERSANDAR

Contoh Hipotesis Nul : Tidak terdapat perbezaan skor min ujian lompat jauh berdiri
yang signifikan antara pelajar lelaki major dengan pelajar lelaki minor Pendidikan
Jasmani.

Apa yang diperlukan : Dua pemboleh ubah

 Satu berbentuk kategori, pemboleh ubah tidak bersandar iaitu pelajar lelaki major
dan minor Pendidikan Jasmani.
 Satu berbentuk sela atau nisbah, pemboleh ubah bersandar (skor ujian lompat
jauh berdiri)
PROSEDUR MENJALANKAN UJIAN-t SSAMPEL TIDAK BERSANDAR

LANGKAH 1

 Masukkan pemboleh ubah pelajar lelaki ( contoh, major dikodkan sebagai 1 dan
minor dikodkan sebagai 2 ) dalam lajur pertama sukan.
 Skor ujian lompat jauh berdiri dimasukkan dalam lajur kedua ( contoh, skor ujian
dikodkan sebagai uljb)
 Rajah 1, menunjukkan pemboleh ubah pelajar dan skor ujian

RAJAH 1
LANGKAH 2

 Klik Analyze, Klik Compare means, Klik Independent Samples T-Test. Anda
akan perolah Rajah 2

RAJAH 2
 Klik uljb, klik ► gerakkan ke kawasan Test Variable(s).
 Klik sukan ► gerakkan ke kawasan Grouping Variable.
 Klik Define Groups. Anda akan lihat Rajah 3.

RAJAH 3
 Dalam kotak Group 1, sila taip 1, ( perlu ingat bahawa angka 1 digunakan untuk
mengenal pasti pelajar lelaki major )
 Dalam kotak Group 2, sila taip 2, ( perlu ingat bahawa angka 1 digunakan untuk
mengenal pasti pelajar lelaki minor )
 Klik Continue
 Klik OK
 Lihat Jadual 1

JADUAL 1

LANGKAH 3

Berpandukan Jadual 1, nilai signifikan dalam analisis ujian t sampel tidak bersandar
dilihat berdasarkan butiran berikut :

 Nilai skor min dan sisihan piawai bagi ujian lompat jauh berdiri untuk setiap satu
kumpulan pelajar lelaki major dan minor Pendidikan Jasmnani dan bilangan
pelajar diberikan dalam kotak Group Statistics. Kita dikehendaki menyemak
sama ada jumlah bilangan pelajar (N) adalah benar atau terdapat missing data.
 Sebelum melihat nilai t dalam kotak Independent Samples Test, kita terlebih
dahulu perlu melihat keputusan Lavene’s test for equality of variance. Jika nilai
signifikan Lavene’s test lebih besar daripada .05 (contoh .07, .09, .12), kita
sepatutnya menggunakan baris pertama dalam Jadual 1 (Equal variance
assumed) untuk menentukan nilai t. Sebaliknya jika tahap signifikan Lavene’s
test ialah sama .05 atau kurang (contoh, .01, .02, .001), ini bermakna varian
untuk dua kumpulan (major dan minor) alah tidak sama. Kita sepatutnya merujuk
baris kedua dalam jadual 1 ujian t iaitu Equal Variances not assumed.
 Dalam jadual 1, tahap signifikan untuk Levene’s test ialah .393. Ini bermakna
tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian lompat jauh berdiri di
antara pelajar lelaki major dan minor Pendidikan Jasmani.
 Bagi menentukan sama ada skor min antara dua kumpulan tersebut berbeza
secara signifikan atau tidak, kita hendaklah merujuk kepada jalur yang dilabelkan
Sig. (2-tailed). Jika nilai sama atau kurang daripada .05 (contoh .01, .03, .001) ini
bermakna skor min antara dua kumpulan yang diuji adalah berbeza secara
signifikan. Sebaliknya jika nilai tersebut melebihi .05 (contoh, .06, .10, .30)
menunjukkan skor min antara dua kumpulan tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan.

You might also like