You are on page 1of 6

PENGENALAN

Baumgartner, (2002) mentakrifkan kebolehpercayaan sebagai ketekalan skor ujian


dalam tempoh yang singkat. Kebolehpercayaan boleh dianggarkan oleh sama ada
pendekatan kebolehpercayaan kestabilan atau pendekatan kebolehpercayaan
ketekalan dalaman. Dengan kestabilan kebolehpercayaan, setiap orang diuji pada hari-
hari yang berlainan dengan menggunakan prosedur yang sama. Sesuatu ujian yang
dapat memberi keputusan yang konsistan setelah diuji berulang kali adalah mempunyai
kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data
yang stabil dan tepat. Contoh, jika sekumpulan pelajar mengambil ujian tekan tubi lutut
bengkok berdasarkan prosedur yang sama pada dua hari yang berbeza, maka skor
yang diperoleh sepatutnya sama. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur
ujian, teknik pengukuran dan suasana pengujian sepatutnya berada dalam keadaan
yang sama. Fikirkan apa yang akan berlaku kepada skor ujian bangkit tubi lutut
bengkok jika pertama kali ditadbirkan di atas tilam gimnastik dan di masa lain
ditadbirkan di atas gelanggang bersimen. Terdapat beberapa faktor yang mungkin
memberi kesan terhadap kebolehpercayaan ujian dan nilai skor yang diperoleh dalam
proses pengujian pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Di antaranya
ialah memberi arahan yang tidak tepat, prosedur pemberian skor ujian yang tidak
konsistan, perbezaan peralatan yang digunakan semasa pengujian dan
suasana persekitaran ujian yang berbeza. Bagi menentukan kebolehpercayaan ujian,
sekurang-kurangnya dua set data perlu diperoleh melalui skor ujian. Dengan
menggunakan kaedah korelasi, kedua-dua data tersebut dikorelasikan untuk
mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan. Bagi langkah seterusnya, data skor ujian
Bangkit Tubi Lutut Bengkok bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Machang Bubok
percubaan pertama dan kedua akan dimasukkan dalam data editor SPSS untuk
mendapatkan nilai korelasi.
Antara langkah mengira pekali korelasi Pearson menggunakan perisian SPSS adalah
seperti berikut :

 Buka program SPSS


 Lihat pada bahagian bawah dan klik Variable View.
 Lihat baris dan ruang pertama ‘name’ dan klik dua kali sehingga dapat menaip
nama pemboleh ubah pertama iaitu ‘cubaan1’ (maksimum 8 aksara) tanpa
menggunakan spacebar.
 Klik 2 kali pada ruang ‘label’ dan taipkan penerangan bagi ‘cubaan1’ sebagai
‘percubaan pertama ujian bangkit tubi lutut bengkok’
 Buat permulaan ini abaikan nombor yang wujud dalam ruang Type, Width,
Decimals, Values, Missing, Columns, Align dan Measure.
 Ulangi kesemua langkah di atas untuk memasukkan pemboleh ubah kedua.

RAJAH 1 : Paparan Pemboleh Ubah Percubaan Pertama dan Kedua


 Langkah seterusnya ialah memasukkan skor ujian ke dalam data editor SPSS.
 Klik ‘Data View’ yang terdapat di bahagian bawah kiri dan dapat dilihat paparan
kerangka asas pemboleh ubah ujian sepertimana dalam Rajah 2.
 Masukkan data kajian ke dalam data editor berpandukan borang skor ujian
bangkit tubi lutut bengkok pada ruang ‘cubaan1’ dan ‘cubaan2’ (Lihat Rajah 2)

RAJAH 2 : Data Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok

 Langkah seterusnya klik Analyze, klik Correlate, kemudian klik Bavariate


seperti di Rajah 3.
 Klik Cubaan1 dan Cubaan2 dan klik ► ke kotak variables serta pastikan
Pearson dipilih dalam kawasan Correlations Coefficients seperti di Rajah 4.
RAJAH 3 : Data Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok

RAJAH 4 : Kotak Dialog Korelasi


 Klik Option serta klik Mean dan Standards Deviations seperti di Rajah 5.
 Klik Continue dan klik OK.

RAJAH 5 : Kotak Pilihan Korelasi


** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

 Berdasarkan prosedur SPSS, output di atas menunjukkan nilai pekali korelasi di


antara skor ujian bangkit tubi lutut bengkok percubaan pertama dengan
percubaan kedua ialah .927 (r = .93, n = 10, p< 0.001)

You might also like