You are on page 1of 2

Rujukan kami : JPS(W)SMKR(KK)/153/05/06 (24)

Tarikh : 23 April 2019

Batalion Kedua Puluh


Rejimen Askar Melayu DiRaja
Kem Sri Miri
Sarawak
( Untuk Perhatian : Pegawai Memerintah )

Tuan

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN/AKSESORI KAWAD KAKI BAGI PASUKAN KADET


BERSATU MALAYSIA - (PKBM) DARAT SMK RIAM,MIRI.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa SMK Riam, akan mengadakan hari
sukan sekolah pada 30 April 2019 (Selasa) Bertempat Di SMK Riam,Miri .

2 Untuk makluman pihak tuan, PKBM Darat telah dipilih oleh pihak sekolah bagi terlibat dalam
perbarisan kawad kaki dan ketua perbarisan lintas hormat pada hari tersebut. Pihak kami amat berbesar
hati sekiranya pihak tuan dapat meminjamkan peralatan/ aksesori lengkap pakaian kawad kaki
PKBM-Darat SMK Riam bagi majlis tersebut.

3 Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminjam peralatan / aksesori seperti berikut :

Tali pinggang bell (hijau) - 5 unit


Berry hijau - 10 unit pelbagai saiz
Mafla - 30 unit
Lain-lain peralatan / aksesori yang diperlukan.

4 Diharap permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak tuan. Semoga PKBM SMK
Riam kembali aktif dan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

“Yang menjalankan amanah”

(MAISARAH GOH YIN FONG)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK Riam, Miri
Lampiran

Tarikh dan hari latihan kawad kaki.

Tarikh Perkara
9,10,11 April 2019 Selasa,Rabu,Khamis Jam 1430h hingga 1630h
16,17,18 April 2019 Selasa,Rabu,Khamis Jam 1430h hingga 1630h
24,25,26 April 2019 Rabu,Khamis,Jumaat Jam 1430h hingga 1630h

You might also like