You are on page 1of 3

Forum 5

Berdasarkan satu isu pendidikan masa kini, huraikan isu tersebut dan bincangkan
bagaimanakah teknologi dapat membantu menyelesaikan isu ini?
Isu pendidikan sering menjadi ulasan pelbagai pihak. Pelbagai isu daripada pendidkan rendah
hingga ke pengajian tinggi, dasar pendidikan mahupun isu lapuk tak terselesai seperti prasarana
sekolah masih menjadi perbincangan dalam kalangan bijak pandai, pihak berkepentingan
mahupun di warung kampung. Ini menunjukkan betapa dekat dan pentingnya pendidikan bagi
seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai mana yang telah kita ketahui, teknologi dihasilkan untuk memudahkan manusia. Pada
era Revolusi Industri 4.0 ini perkembangan teknologi maklumat kelihatan tak terkejar. Pelbagai
inovasi dalam pelbagai bidang dicipta dan digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah
pendidikan.

Salah satu isu yang membelenggu pendidikan sejak sekian lama hingga kini ialah isu capaian
internet di sekolah-sekolah terutama di luar bandardan pedalaman. Kita semua sedia maklum
tentang keperluan internet dalam pendidikan masa kini. Pelbagai sistem dan pengisian maklumat
secara dalam talian selain keperluan dalam PdP memerlukan capaian internet yang baik.
Malangnya bagi kebanyakan sekolah di luar bandar, ia hanyalah umpama suatu mimpi yang
belum menjadi kenyataan.

Pelbagai usaha dengan kos yang tidak rendah telah dibelanjakan kerajaan seperti program
kerjasama dengan YTL yang diaudit pada 2014, penyedia rangkaian internet untuk menyediakan
capaian internet jalur lebar di 10, 000 buah sekolah termasuk di luar bandar, namun menurut
laporan Audit kira-kira 89 % sekolah yang diuji mencapai tahap kelajuan internet yang tidak
memuaskan.
(https://egov.nik.gov.pl/g/egov/MY/2014/BestariNnet/1BESTARINET%20FOR%20EUROSAI
%20CUBE.pdf)

Bagaimanapun menjelang 2018, penembusan dan capaian internet di seluruh negara dikatakan
telah bertambah baik walaupun belum sempurna.. Kajian dilakukan oleh Open Signal, sebuah
syarikat pakar mengenai rangkaian pemetaan tanpa wayar menyatakan walaupun taraf 4G
negara mencapai 74.88 peratus tetapi kelajuannya hanya 14.83 Mbps.
(http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-fokus-capaian-internet-di-seluruh-negara-
jailani-168893)

Melalui teknologi, kerajaan digesa meningkatkan capaian intenet kelajuan tinggi di luar bandar
ke tahap optimum. Pelan Fiber Internet Kebangsaan perlu dijalankan untuk menjadikan kabel
fiber seluruh negara yang mampu untuk meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara dapat
dilaksanakan. Teknologi terkini ini dikatakan sudah semakin berpatutan kosnya apatah lagi
mengambil kira tender kerajaan secara terbuka yang menjadi dasar kerajaan baharu hari ini.

Selain itu, akses 5G dan 4G bagi intenet tanpa wayar boleh ditingkatkan terutama bagi kawasan
kuar bandar. Kerajaan hendaklah bijak mendapatkan peluang dan kerjasama dengan para
penyedia perkhidmatan internet supaya situais menan-menang dapat dilaksankan, dengan
keutamaan utuk keperluan pengguna dan rakyat.

Sekian isu yang saya cuba utarakan. Terima kasih semua.

Komen 1
terlebih dahulu diucapkan tahniah atas perkongsian saudari ustazah Norhanizah berkaitan kelebihan kelas
streaming dan kelemahan kelas tidak streaming ini.

sedikit tambahan dari saya, seingat saya ketika saya di Tahap 1 (darjah 1-3) dahulu, belum ada kelas streaming
seperti yang diamalkan sehingga 2018 ini, dan kami bercampur pelbagai tahap dalam satu kelas. Kelas heterogenus
iaitu pelajar yang pelbagai tahap dikumpulkan dalam satu kumpulan kelas juga ada kebaikannya yang tersendiri.
Antaranya dapat memupuk budaya perkongsian, saling membantu antara pelajar dan membantu perkembangan
emosi pelajar yang lebih baik terutamanya pada peringkat awal pendidikan. Pelajar akan kurang rasa terbeban
dengan tekanan peperiksaan.

Selain itu, pada peringkat kanak-kanak, mereka juga lebih suka meniru perbuatan orang lain, dan tidak dinafikan
rakan sebaya yang lebih terkehadapan mampu mempengaruhi rakan yang tertinggal untuk bersama pada satu
tahap yang seiringan.

Dengan bantuan teknologi, kepelbagaian pelajar dapat diraikan seperti mempelbagaikan media dengan meraikan
kepelbagaian gaya pembelajaran seperti VAK dan kecerdasan pelbagai.
Walau bagaimanapun, perubahan memang sering dikaitkan dengan sedikit kesulitan pada peringkat awal, maka,
semoga Allah membantu mempermudahkan urusan para guru di seluruh negara.
Sekian, terima kasih. Wassalam.

You might also like