You are on page 1of 1

tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.

Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta
nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita membantah percakapan mereka
selagi mana suruhan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan
mendengar nasihat ibu bapa dengan penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua
daripada kita. Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah
dilaksanakan dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu sesuatu
permasalahan, mintalah nasihat dan dorongan daripada ibu bapa. Saidina Abu Bakar pernah berpesan
bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering meminta dan memberi nasihat. Uswahnya,
apabila melakukan kerja-kerja dirumah, mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa agar
pekerjaan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Janganlah melakukan sesuatu kerja itu bagai
melepaskan batuh di tangga. Tuntasnya, taatilah perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa kerana amalan
ini merupakan salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.

Selain itu, anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah dewasa dan
berjaya. Setelah berjaya, janganlah kita mudah lupa bahawa ibu bapalah cerucuk utama kejayaan kita.
Jika ibu bapa memerukan bantuan, bantilah mereka. Kita mestilah sentiasa mengingati bahawa segala
perbelanjaan kita dari sejak kita kecil

You might also like