You are on page 1of 4

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.

T kerana telah
melimpahkan rahmat Nya kepada kita untuk berkumpul
pada majlis petang ini.

Majlis Sanjungan Budi Kasih Mewangi pada petang ini


untuk meraikan 2 orang daripada warga Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu yang
dihormati Puan Shakirah binti Saad yang bersara pada 4
Januari 2019 yang lalu dan Yang Berbahagia Puan Hajah
Noriah binti Hamzah yang akan bersara daripada
perkhidmatan mulai 2 Februari 2019 ini.

Akar keladi melilit kasih,


Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi jambangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

2. Masa berlalu begitu pantas, sedar atau tidak, Puan Hajah


Noriah telah menyemai baktinya selama 13 tahun di
JPWPP.

Perjalanan karier beliau di JPWPP wajar dijadikan contoh


terutamanya kepada warga kerja baharu JPWPP.

1|Page
3. Hjh Noriah anak kelahiran Terengganu menyertai JPWPP
atau pada masa itu dikenali sebagai PPD Putrajaya pada
14 Januari 2006.

Saya percaya bahawa warga JPWPP akan berasa


kehilangan seorang ketua yang berdedikasi dan prihatin,
lebih-lebih lagi pegawai yang pernah menerima bimbingan
beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang tidak
mengenali Hajah Noriah, beliau mungkin kelihatan serius,
tetapi sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi
kepakaran dan pengalaman.

4. Begitu juga dengan Puan Shakirah Saad. Anak kelahiran


Alor setar ini merupakan seorang pegawai yang begitu
merendah diri walaupun mempunyai ilmu dan pengalaman
yang banyak di pelbagai kementerian dan jabatan.
Walaupun beliau hanya sekejap cuma bersama – sama
kami tetapi kehadiran beliau banyak memberikan impak
yang positif kepada JPWPP. Beliau menyertai JPWPP pada
Januari 2018 dan sebelum itu berkhidmat di Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani dan Kementerian Pendidikan
serta beberapa kementerian lain.
Berkhidmat seawal 1 Januari 1984 dan telah bersara pada
4 Januari lalu, Puan Shakirah menggalas tanggungjawab
2|Page
menguruskan bahagian perkhidmatan di JPWPP. Beliau
juga turut melaksanakan tugas lain yang diamanahkan
dengan jayanya.

Para tetamu sekalian,

5. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.


Sudah tentu YB berdua ini meninggalkan kenangan indah
yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.

Kepada Hjh Noriah dan Puan Shakirah, saya mewakili


JPWPP serta seluruh warga pendidik Putrajaya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang
dicurahkan selama ini.

Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya di dalam


apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

6. Raut wajah damai dan tenang


Tiada terkalam kasih dijunjung
Jasa baktimu tetap dikenang
Baik budimu tetap disanjung.

3|Page
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu.

7. Akhir kata saya mendoakan agar Puan Hjh Noriah dan


Puan Shakirah serta seisi keluarga sentiasa dipelihara dan
diberkati oleh Allah S.W.T serta mendapat kesejahteraan
di dunia dan akhirat.

Salam kemaafan kami hulurkan


Semoga kemesraan terus berpanjangan.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamu


alaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Terima kasih.

4|Page

You might also like