You are on page 1of 4

[

SK SENTOSA

26500 MARAN PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/2019

Tarikh : 27 Disember 2018

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Sk Sentosa

Kehadiran : 1. En. Abdul Fatah Bin Othman (Wakil Pentadbir )

2. Pn. Nabila Rafeqa Binti Rasli (Ketua panitia )

3.Pn. Rahaya Bt. Ismail ( Ajk )

4.Pn.Wahidah Bt. Abdul Wahid (Guru Pemulihan)

5.Pn. Huda Kamilah Binti Ismail ( Guru Pra )

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi.


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru kerana
hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019.
1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
1.3 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Puan Wahidah binti Abdul Wahid mencadangkan minit mesyuarat yang lalu
disahkan. Disokong oleh Puan Rahaya binti Ismail.
3.0 Perkara Berbangkit

- Tiada

4.0 Bilangan Minggu Akademik

4.1 Minggu akademik bagi sesi persekolahan 2019 telah ditetapkan oleh pihak
sekolah selama 36 minggu.

Makluman Guru
5.0 Perancangan Rancangan Pengajaran Tahunan

5.1 Pengerusi mengingatkan bahawa penyediaan RPT haruslah berdasarkan DSKP


terkini.

5.2 Guru-guru diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut


bilangan minggu akademik yang ditetapkan iatu selama 36 minggu.

5.2 Guru-guru juga boleh menyediakan RPT dalam bentuk modular atau linear.

5.3 Rancangan Pengajaran Tahunan boleh ditulis dalam bentuk ‘point’ sahaja untuk
kemudahan guru.

Makluman dan Tindakan


6.0 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

6.1 Guru-guru diingatkan untuk menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan
di dalam rekod pengajaran harian.

6.2 Kriteria kejayaan juga haruslah ditulis dalam bentuk ukuran seperti contoh:

‘ Murid dapat menyatakan 3 daripada 5 bentuk 3 dimensi yang ada ‘.

6.3 Pengerusi turut menyatakan maklumat guru di dalam fail rekod pengajaran perlu
diisi dan guru perlu memastikan rancangan pengajaran dan refleksi lengkap dan
dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap hari Jumaat.
Makluman dan Tindakan
7.0 Rekod Pentaksiran Bilik Darjah

7.1 Setiap guru perlu memastikan PBD dijalankan 2 kali setahun iatu pada penggal 1
dan penggal 2.

7.2 Tahap penguasaan perlu diberi berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

7.3 Guru- guru perlu memastikan rekod PBD diletakkan di dalam fail rekod
pembelajaran masing-masing.

Makluman dan Tindakan


8.0 Pdpc PAK 21
8.1 Pelaksanaan Pdpc matematik haruslah menerapkan elemen PAK 21 yang telah
diwar-warkan.
8.2 Guru-guru boleh memilih mana-mana elemen PAK 21 yang bersesuaian dengan
objektif Pdpc yang akan dijalankan.
Makluman dan Tindakan
9.0 Penetepan Standard Piawaian Bilangan Latihan
9.1 Jumlah bilangan latihan ditetapkan mengikut keperluan dan tahap murid.
Makluman dan Tindakan

10.0 Aktiviti Panitia


10.1 Pengerusi memaklumkan cadangan program yang dirancang untuk tahun 2019
adalah seperti berikut:

 Program ‘GEMILANG BIJAK SIFIR’ pada setiap hari Khamis bermula jam
7.30 sehingga 7.50 pagi yang melibatkan murid tahun 1 hingga 5.
 Program ‘Ekspres Pagi’ pada setiap hari Selasa hingga Khamis bermula jam
7.30 sehingga 7.50 pagi.
 Kelas tambahan bagi murid tahun 6.
 Kuiz bulanan bagi tahun 1 hingga 6.
 Latihan berterusan dan ujian pengesanan pada setiap bulan bagi menguji
tahap penguasaan murid-murid.
Makluman dan Tindakan
11.0 Keperluan ABM
11.1 Guru-guru diminta menyenaraikan keperluan ABM yang dikehendaki jika ada.
11.2 Senarai keperluan boleh diberi kepada pengerusi untuk memudahkan
penyediaan nota minta.
Makluman dan Tindakan

12.0 Kewangan Panitia


12.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan bagi Panitia Matematik pada
tahun ini adalah sebanyak RM 369.00.
Makluman Guru
13.0 Hal-Hal Lain
13.1 Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding
bahu untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada
tahun ini.

Makluman Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh :

Ketua Panitia Matematik 2019

You might also like