You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT

PANITIA BAHASA MELAYU


SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN
77000 JASIN, MELAKA
BIL. 4 TAHUN 2016

Tarikh : 7 November 2016


Hari : Isnin
Masa : 1.30 petang
Tempat : Makmal Komputer

KEHADIRAN :
1. Pn Azizah Bt Hj. Said GPK 1
2. En Kashmir Bin Ibrahim GPK Kokurikulum
3. Pn Nor Fatimah bt Yusof Ketua Panitia Bahasa Melayu
4. En Mohd Aizat b Roseli
5. Pn Shakila Bt Mohamad
6. Pn Samiah Bt Hj. Sadin
7. Cik Zaleha Bt Hj Pet
8. Pn Wan Nurhidayah Bt Wan
9. Pn Norliza Bt Kasah
10. Pn Siti Nor Azreen Bt Othman

TIDAK HADIR
Tiada

Ucapan Pengerusi
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dalam mesyuarat
kali ini
2. Mengucapkan terima kasih kepada guru tahun 1 yang terlibat dengan Kursus
Semakan Kurikulum tahun 1 2017.
3. Mengingatkan guru yang terlibat untuk memberi taklimat tentang kursus yang
dihadiri kepada ahli panitia lain.
4. Berharap agar post mortem bagi PKSR 2 yang akan dibincangkan dapat
dibuat penambahbaikan bagi kecemerlangan murid Sk Chinchin.

2. Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu


1. Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

1
2. Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah memberi
kerjasama dalam melaksanakan program-program dan pertandingan-
pertandingan yang telah berlangsung sepanjang tahun ini.
3. Mengucapkan terima kasih juga kepada guru yang telah melatih dan
menghantar murid untuk pertandingan.

3. Post Mortem
-Rujuk Lampiran

4. LINUS
1. Terima kasih kepada guru yang telah melaksanakan Saringan Linus
mengikut tarikh yang ditetapkan.
2. Untuk Tahun 2 dan 3 semua murid telah melepasi ujian Linus
3. Terdapat 5 orang murid Linus K3-K12 bagi tahun 1.

5. Agihan mata pelajaran


1. Tahun 1 Arif - Pn Siti Nor Azreen Bt Othman
2. Tahun 2 Arif - Pn Siti Nor Azreen Bt Othman
3. Tahun 3 Arif – Pn Shakila Bt Mohamad
4. Tahun 4 Arif – Pn Azizah Bt Hj Said
5. Tahun 4 Bestari – En Kasmir
6. Tahun 5 Arif – Pn Norfatimah Bt Yusof
7. Tahun 5 Bestari – En Mohd Aizat B Roseli
8. Tahun 6 Arif – En Mohd Aizat B Roseli
9. Tahun 6 Bestari – Pn Norfatimah Bt Yusof

6. Pemilihan buku
1. Ahli mesyuarat telah memutuskan untuk memilih Buku Aktiviti Aktif dan Buku
Aktiviti Topikal Asas terbitan Pustaka Seri Cahaya sebagai buku kerja bagi
murid Tahap Dua.

7. Semakan semula DSKP


1. Pn Siti Nor Azreen telah menghadiri Kursus Semakan Bahasa Melayu 2016
di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

8. Laporan aktiviti sepanjang tahun


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
1. Mesyuarat Panitia sebanyak 4 kali

2
2. Pengagihan buku-buku rujukan.6
3. Mengemaskini sudut Panitia Bahasa Melayu di dalam kelas; mempamerkan
graf pencapaian Bahasa Melayu UPSR, hasil kerja murid dan maklumat
bahasa.
4. Program Nilam bersama Pusat Sumber Sekolah.
5. Memperbanyakkan buku-buku bacaan di perpustakaan.
6. “PROGRAM 5 MINIT” setiap pagi Khamis – guru bertugas mengikut jadual.
7. Kelas Tambahan bagi Tahun 6 pada Mac hingga September.
8. Melaksanakan PROTIM Membaca dan Menulis Bahasa Melayu bagi Tahun
4, 5, dan 6.
9. Taklimat Menjawab Kertas Soalan Bahasa Melayu bagi calon UPSR
10. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2 Peringkat Kawasan
Jasin di SK Nyalas.
11. Pertandingan Deklamasi Puisi di Sk Terentang.
12. Pertandingan Pidato Piala DiRaja di Sk Kg Bukit Senggeh.
13. Membantu mengemaskini papan kenyataan LINUS.
14. Mengemaskini dan memperlengkap fail Panitia Bahasa Melayu.
15. Pemilihan buku P&P bagi Tahun 1 dan Tahun 6 sesi 2017.

5. Hal-hal lain
Tiada
.
6. Penangguhan mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan ucapan terima
kasih daripada pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan
datang akan ditentukan kemudian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

---------------------------------------------
(Siti Nor Azreen Bt Othman)
SETIAUSAHA
JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU 2016
SK CHINCHIN
Bertarikh 8 November 2016

You might also like