You are on page 1of 5

SJKT LADANG SUNGAI BARU

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA PROGRAM 3K

(KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN) 2019

PENGERUSI : PN.RAJABNISHA BT. MOHD IBRAHIM

TIM.PENGERUSI : PN.KAVITA SRI A/P RAJANDRAN

NAIB PENGERUSI : PN.DHARMILAH A/P BASIKARAN

NAIB PENGERUSI 2 : EN.NAGULAN A/L SIVA KUMARAN

SETIAUSAHA : PN.DEEPALASHMI A/P SUBRAMIAM

AJK : PN.SUBASHENI A/P BALAKRISHNAN

Program 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana


persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. 3K merujuk kepada Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Secara
amnya jika ketiga-tiga elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah,
sudah pasti para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan
berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program 3K
SJKTLSB terdiri daripada unit-unit seperti yang berikut:
 Unit Keceriaan Kelas
 Unit Tandas Bermaklumat
 Unit Kawad Kecemasan
 Unit Landskap & Keindahan
 Unit Rawatan (Suntikan/Pergigian)

Persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat amat perlu bagi meningkatkan
keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani
,jasmani dan intelek.
MATLAMAT
 Membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui
pengukuhan Program 3K.

OBJEKTIF

SKOP KEBERSIHAN
Objektif:
1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan
ceria.
2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan.
3. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani kehidupan seharian.
4. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan
kebersihan sekolah.
5. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
dan keceriaan sekolah.

SKOP KESIHATAN
Objektif:
1. Melahirkan murid berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan
amalan yang berkekalan dalam
aspek kesihatan .
2.Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan
Sekolah.

SKOP KESELAMATAN
Objektif;
1. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan sikap
dan amalan yang berkekalan
dalam aspek keselamatan.
2.Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program
Keselamatan Sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

A. KESELAMATAN
1. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sekolah
2. Mewujudkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan komuniti setempat
3. Menyediakan laporan tentang pelaksanaan program sekolah Selamat
4. Bekerjasama dengan AJK Keceriaan dan AJK Program Bersepadu Sekolah Sihat.

B. KEBERSIHAN

1. Merancang satu pelan induk keceriaan sekolah. Projek-projek kecil akandiagih-


agihkan kepada unit beruniform dan persatuan untuk dijadikan aktiviti tahunan
serta kawasan angkat kebersihan dan kecerian mereka.

2. Mendapatkan kerjasama dari unit Fizikal Sekolah bagi mencapai matlamat


kebersihan dan keselesaan persekitaran sekolah.

3. Merancang dan melaksanakan projek gotong-royong secara berterusan melalui


penglibatan kakitangan bukan guru, kelab guru, PIBG dan masyarakat umum.

4. Menyampaikan pandangan-pandangan kepada Pengetua, Pekerja-pekerja Am


tindakan yang perlu diambil bagi mencapai tingkat kebersihan sekolah yang
tinggi.

C. KESIHATAN
1. Menetapkan dan mempamerkan polisi kesihatan sekolah.
2. Merancang program peningkatan kesihatan warga sekolah.
3. Mempamerkan maklumat kesihatan di kawasan-kawasan yang sesuai.
SJKT LADANG SUNGAI BARU.

CARTA GANTT PROGRAM 3K 2019

Bil Aktiviti J F M A M J J O S

1. Pemantauan & pertandingan         


kebersihan kelas

2. Aktiviti gotong –royong 

3. Pemantauan kebersihan         
tandas

4. Pemeriksaan kesihatan dan 


suntikan

5. Program Bebas Denggi         

6. Pemeriksaan gigi 

7. Sudut Kesihatan         

8. Ceramah/Taklimat kesihatan  

9. Latihan Kawad Kebakaran  

10. Latihan kebakaran API 

You might also like