You are on page 1of 2

Kesedaran tentang pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid

Malaysia telah lama disedari. Hal ini mendorong Kementerian Pendidikan melaksanakan
Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara
berperingkat bagi pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Bawah. Pada tahun 2003,
Perdana Menteri kita Tun Dr.Mahathir Mohamad telah memperkenalkan satu usaha baru
untuk menggiatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Negara kita
dengan pelaksanaan dasar PPSMI. Dasar PPSMI ini bertujuan bagi membanguankan serta
mempersiapkan sumber tenaga manusia bermula dari peringkat awal persekolahan. Ini
kerana, ia mampu bersaing dalam era globalisasi diikutinya boleh mencapai taraf Negara
maju. Penggunaan dwibahasa untuk menjawab soalan peperiksaan telah diperkenalkan,
manakala penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam peperiksaan Sains dan
Matematik bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan 2007 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tetapi,selepas enam tahun
pelaksanaan dasar ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah dimansuhkan sepenuhnya
pada tahun 2012 akibat mengalami kegagalan. Dasar PPSMI telah dibubarkan pada tahun
2012 dan diperkenalkan dasar baru iaitu MBMMBI “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
memperkukuhkan Bahasa Inggeris”. Sebelum ini, segala usaha bagi meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris hanya diadakan melalui pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas sahaja. Tidak ada sebarang aktiviti atau program yang khas diperkenalkan untuk
mencapai penguasaan bahasa Inggeris. Hanya pihak sekolah masing-masing
menitikberatkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti sampingan melalui panitia, yang boleh
membantu murid-murid bagi mencapai penguasaan bahasa Inggeris. Apabila hal ini dapat
dikesan, maka pihak KPM telah memperkenalkan HIP melalui dasar MBMMBI.
Di bawah dasar MBMMBI pelbagai jenis aktiviti di dalam serta di luar bilik darjah
dapat dirancang lalu dilaksanakan. Terutamanya,bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.
Highly Immersive Programme (HIP) merupakan satu satunya program yang melibatkan
semua pihak iaitu, murid-murid ,guru-guru,pentadbir sekolah, warga sekolah dan ibubapa.
Program ini merupakan program yang pertama diperkenalkan oleh kementerian bagi
meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid bukan sahaja di
sekolah rendah malah,di sekolah menengah. Ini kerana masalah penguasaaan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar di
institusi tinggi sangat lemah. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu mengambil tahu
kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak mereka. Program ini
juga menggalakan orang awam seperti pengawal keselamatan sekolah, pengusaha serta
pekerja kantin sekolah, tukang kebun sekolah, pekerja-pekerja am sekolah dan ibubapa
untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian mereka.
7Pendapat Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow (dalam Helen Bee, 2007) inidisokong oleh
B.F. Skinner (dalam Mok Soon Sang, 2009) di mana B.F. Skinner
berpendapat perkembangan bahasa adalah dipengaruhi oleh faktor alam
sekitar. Noam Chomsky (dalam Mok Soon Sang, 2009) mewakili perspektif nativismemenga
ndaikan kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk
menguasai pertuturan bahasa yang kompleks. Menurut (Patsy M. Lightbown,
2006) pula, kanak-kanakmula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan
menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang
dengan meluas apabila masuk kepada peringkat persekolahan yang sebenar. Selain itu,
(Helen Bee, 2007) pula mengatakan, kanak-kanak yang kurang didedahkan kepada bahasa
dalam peringkat awal umur mereka, padamasa akan datang mereka tidak dapat mengecam
banyak kosa kata. Jadi, pendedahan kepada bahasa adalah sangat penting kepada kanak-
kanak bagi membantu perkembangan bahasamereka.Mengikut Teori Pemprosesan Maklumat
pula, kemahiran penggunaan bahasa
dan penggunaannya adalah diperolehi melalui proses pembelajaran. Menurut seperti teori pe
mprosesan maklumat yang diperkenalkan oleh R.M.Gagne (dalam Mok Soon Sang,
2009),rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui
deria-deria manusia dan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor
ingatan jangka panjang,
dan akhirnya kepada penggerak tindak balasa melalui sistem saraf. Rajah 1di bawah
menggambarkan proses pembelajaran berdasarkan teori Gagne:Rajah 1: Teori proses
pembelajaran Gagne

1.Persoalan
Kajian yang
Umum

6. Penulisan 2. Pemilihan
Temuan / Ssubjek / Topik
Kesimpulan Berkaitan

5. Penentuan 3.Pengumpulan
Teori / Konsep Data Berkaitan

5a. Memperkemas
4. Interprestasi
Persoalan Kajijan Data

5b. Pengumpulan Data

Lanjutan

You might also like