You are on page 1of 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA bens MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA KEMENTERIAN Bahagian Teknologi Pendidikan PENDIDIKAN Educational Technology Division MALAYSIA Persiaran Bukit Kiara 50604 KUALA LUMPUR Tol: 603-2081 7777 MALAYSIA Faks: 603-2081 7788 Laman Web: www.moe.gov.my/btp Ruj. Kami =: KPM.100-15/1/12 (7%) Tarikh : @ Mei 2019 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan, MAKLUMAN KEPERLUAN UNTUK PENGGUNA MEMBUAT SANDARAN (‘BACKUP’) DATA DAN BAHAN KANDUNGAN FROG DRIVE DAN GOOGLE DRIVE DI FROG VLE Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2 Berdasarkan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Versi 2.0 KPM yang berkuatkuasa 19 Mac 2012, maklumat dan perisian perlu disandarkan (‘backup’) secara berkala; serta media yang tidak diperlukan perlu dilupuskan secara selamat dan terjamin bagi mengekalkan integriti dan ketersediaan maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat (Perkara 10.5 dan 10.7.2) 3. Dasar tersebut adalah berkaitan dan boleh digunapakai dalam hal berhubung dengan data dan bahan kandungan dalam FROG VLE. Memandangkan terdapat bahan kandungan dan aset digital yang disimpan oleh pengguna FROG VLE dalam storan ‘cloud’ FROG Drive dan Google Drive yang hanya boleh diakses oleh pengguna melalui ID 1BestariNet masing-masing, pengguna FROG VLE perlu melaksanakan proses sandaran (‘backup’) ke media storan peribadi dengan sendiri 4. Sehubungan itu, pengguna-pengguna FROG VLE yang telah dibekalkan dengan ID 1BestariNet dikehendaki melaksanakan proses sandaran ke peranti storan masing-masing selewat- lewatnya 29 Jun 2019. Bersama-sama ini disertakan tatacara proses sandaran untuk panduan MAKLUMAN KEPERLUAN UNTUK PENGGUNA MEMBUAT SANDARAN (‘BACKUP’) DATA DAN BAHAN KANDUNGAN FROG DRIVE DAN GOOGLE DRIVE DI FROG VLE 5. Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak YBhg Dato’/ Datuk/ tuan/ puan dapat memanjangkan perkara ini kepada pihak/ agensi/ institusi/ sekolah di negeri YBhg Dato’/ Datuk/ tuan/ puan jua. 6. Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’ / Datuk/ tuan/ puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (MOHD HAT IN MOHD ADNAN) TimbalanPengarah b/p Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia s.k. 1) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri 2 oy |_KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ——_— eee PANDUAN TATACARA MUAT TURUN BAHAN DARI FROG DRIVE DAN GOOGLE DRIVE ——— ees 8 MEI 2019 HAK MILIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA _—

You might also like