You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/307174019

TEMA-TEMA KONFLIK DALAM PENSEJARAHAN TINJAUAN

Chapter · January 2016

CITATIONS READS

0 470

2 authors:

Al-Amril Othman Mohd Samsudin


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    22 PUBLICATIONS   12 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

History of Fraser Hill Station, Pahang View project

Perkembangan Politik Di Sarawak (1959-1971): Persaingan, Konflik dan Kesatuan View project

All content following this page was uploaded by Al-Amril Othman on 29 August 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


In-House Seminar: Revisiting Malaysian History
Vol. I, Issue I, 2016, ISBN 978-967-0829-37-1

TEMA-TEMA KONFLIK DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA: SATU


TINJAUAN
Al-Amril Othman & Mohd Samsudin
Universiti Kebangsaan Malaysia
amril@ukm.edu.my / alamril69@gmail.com & moss@ukm.edu.my

Abstrak
Konflik merupakan fenomena tingkah laku lazim yang boleh ditemui di mana-mana dan wujud dalam
setiap masyarakat. Hal ini kerana sifatnya berbentuk satu set peraturan yang ditetapkan bagi mengawa l
perkembangan sesebuah masyarakat, namun ia tidak menjamin penerimaan sepenuhnya anggota
masyarakat itu terhadap peraturan tersebut. Justeru, satu kesimpulan mudah boleh diambil dengan
meletakkan kepelbagaian unsur yang bertentangan dan dihimpunkan pula ke dalam satu kerangka
masyarakat yang lebih besar akan berpotensi mencetuskan konflik, baik sesama mahupun antara
kelompok yang terangkum di dalamnya. Malaysia sebagai salah s ebuah negara yang tergolong dalam
kategori ini telah mendapat perhatian daripada kalangan sarjana sains sos ial, khususnya ahli sains politik
dan sejarawan. Namun perbincangan mereka tertumpu kepada konflik politik semata -mata. Makalah ini
membincangkan akan latar sejarah, politik dan struktur sosial masyarakat Malaysia sehingga
membentuk historiografi yang memperlihatkan dominasi etnik dalam pensejarahan nya menerusi
perubahan dalam pendekatan oleh para sarjana ketika membincangkan konflik; di samping potensi
konflik-konflik ketamadunan dan sosial, juga tumpuan kepada kaum minoriti peribumi, khususnya
Sabah dan Sarawak sebagai sub-sub tema yang seharusnya diberi perhatian sejajar dengan
perkembangan akhir-akhir ini. Tanpa mengenepikan kajian sebelumnya, tema konflik boleh
diperluaskan perbincangannya meliputi aspek-aspek tersebut yang kelihatan lebih realistik dan terkin i
sifatnya kerana ia lebih hampir dengan realiti kehidupan harian masyarakat itu sendiri serta
kelangsungan sesebuah negara bangsa yang ingin dibangunkan. Sumbangan penting kajian awal sarjana
terdahulu yang bertemakan sosial dan ketamadunan, telah menyumbang pemahaman tingkah laku
konflik yang lebih menyeluruh, sekaligus dapat membantu ahli sain sos ial tanpa hanya bergantung
kepada teori dan spekulasi semata-mata.

Kata kunci: Tema, Konflik, Pensejarahan Malaysia.

PENGENALAN
Konflik merupakan fenomena tingkah laku lazim yang boleh ditemui di mana- mana
dan sentiasa wujud dalam sesebuah masyarakat. Hal ini demikian sifatnya kerana
meskipun telah ada satu set peraturan, baik dalam bentuk adat resam, nilai atau norma
mahupun penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal sesebuah masyarakat.
Namun konflik tidak semestinya dapat menjamin penerimaan sepenuhnya anggota
masyarakat berkenaan terhadap set peraturan tersebut. Ini kerana walaupun sesuatu
peraturan yang dibuat telah mengambil kira kesepakatan kolektif daripada anggot a
masyarakat berkenaan. Walau bagaimanapun, konflik tetap berhadapan dengan
masalah apabila sesuatu perkara baru timbul hasil daripada perkembangan semasa
yang pastinya menuntut satu pindaan tertentu dilakukan bagi menangani keadaan
tersebut.
Ahli-ahli sains sosial umumnya telah membincangkan faktor-faktor yang
mendasari berlakunya konflik dalam sesebuah masyarakat, baik dari sudut teori, kajian
kes mahupun disiplin ilmu. Salah satu pandangan yang agak diketahui umum telah
dikemukakan oleh Lewis Coser, 2001. Sebagai salah seorang sosiologis yang
berpegang kuat dengan aliran struktur fungsi, beliau telah mengandaikan bahawa
semakin rapat hubungan dalam seseuatu kelompok, maka kecenderungan untuk
Al-Amril Othman 2

berlakunya konflik adalah lebih tinggi (Coser, 2001: 67-71). Walaupun huraian
tersebut merujuk kepada pengalaman anggota kelompok yang berkongsi budaya yang
sama, namun pola kecenderungan untuk berkonflik pastinya akan lebih tinggi jika ia
melibatkan kelompok yang merangkumkan anggota yang berbeza budayanya. Dengan
kata lain, satu kesimpulan mudah boleh diambil bahawa kadar kecenderungan konflik
akan lebih jelas apabila ia melibatkan pertentangan budaya yang dirangkumkan ke
dalam satu struktur masyarakat yang besar.
Malaysia sebagai salah satu kajian kes telah memperlihatkan keunikannya
yang tersendiri sehingga ia turut mendapat tumpuan daripada kalangan sarjana sains
social, terutama ahli sains politik dan sejarawan. 1 Keghairahan mereka ini secara
disedari atau tidak, telah membawa impak sebaliknya apabila ia dirasakan telah
mengehadkan focus perbincangan konflik kepada aspek politik semata-mata. Hal ini
tidaklah begitu menghairankan kerana Malaysia seperti juga negara-negara lain di
peringkat penulisan awal sejarahnya telah memperlihatkan dominasi para penguasa
dalam menentukan pensejarahannya.2 Fenomena ini dapat dibuktikan secara lebih
jelas melalui penulisan karya-karya pensejarahan tradisional masyarakat Melayu yang
rata-rata menonjolkan sudut pandangan istana dalam setiap perbincangannya. 3
Kehadiran kuasa-kuasa Eropah kemudiannya juga turut tidak merubah status-quo yang
ada walaupun sudut pandangan mereka jelas berbeza daripada sudut pandangan
tempatan kerana corak penulisan mereka yang tetap menonjolkan kepentingan mereka
sebagai penguasa kolonial di kawasan ini.4 Pertentangan sudut pandangan colonial-
tempatan ini membawa kepada kemunculan nasionalisme sejarah sebagai reaksi
daripada ketidakseimbangan sudut pandangan penguasa kolonial terhadap tanah
jajahannya.5
Latar pensejarahan yang terfokus kepada aspek politik ini meskipun banyak
membincangkan aktiviti politik serta kesedaran awalnya dalam masyarakat, namun
perbincangannya hanya terbatas kepada kegiatan formal di peringkat organisasi dan
institusi sahaja. Akibatnya, perbincangan di peringkat lokal, khususnya di kawasan-
kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang bersesuaian ternyata masih
belum banyak dilakukan pada waktu itu. Meskipun kajian-kajian terkemudian cuba
menampung kekurangan ini, namun ia dirasakan masih belum mencukupi, lebih-leb ih
setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963. Tren ini seterusnya
mencetuskan tiga persoalan yang menjadi sasaran utama makalah ini. Pertama, apakah
faktor-faktor yang telah membataskan minat para sarjana terhadap tingkah laku
konflik, sedangkan ia jelas terpampang di hadapan mereka? Berasaskan kepada sinario
tersebut, sejauh manakah mereka mampu memahami konflik masyarakat Malaysia
menerusi kajian yang ada? Akhirnya, apakah pula bidang, skop dan persepsi baru yang
boleh diberikan perhatian bagi meluaskan cakupan pemahaman konflik dalam

1 Tumpuan awal sejarawan adalah kepada aspek politik tradisional Melayu berbanding dengan

ahli-ahli sains politik yang menumpukan perhatian mereka kepada aspek politik semasa waktu itu. Lihat
perbincangan selanjutnya dalam makalah ini.
2 Lihat perbincangan selanjutnya mengenai hubungan politik dan sejarah serta pengaruh politik

terhadap penyelidikan, pentafsiran dan penulisan sejarah menerusi Southgate, 2000, terutama bab 4,
hlm. 5985.
3 Perbincangan mengenai hubungan istana dengan pentafsiran pensejarahan Melayu telah

dibincangkan oleh ramai sarjana. Antaranya termasuklah Zainal Abidin Abdul Wahid, 2011 dan
Muhammad Yusoff Hashim, 1989.
4 Lihat perbincangan mengenai aspek ini dalam Hussain Othman, 2009, terutama pada bab 2,

hlm. 19-52.
5 Anehnya, reaksi tersebut dicetuskan oleh sarjana Barat sendiri menerusi penggunaan istilah

local centric dalam wacana mereka. Perbincangan tersebut boleh dirujuk menerusi tulisan Qasim
Ahmad, 2000: hlm. 23-40.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 3

masyarakat Malaysia, khususnya menerusi disiplin sejarah? Persoalan-persoalan ini


akan dikupas setelah makalah ini membincangkan latar sejarah, politik dan struktur
sosial masyarakat Malaysia sehingga membentuk historiografi yang memperliha tka n
dominasi etnik dalam pensejarahannya menerusi perubahan dalam pendekatan oleh
para sarjana ketika membincangkan konflik; di samping potensi konflik-konflik
ketamadunan dan social, juga tumpuan kepada Sabah dan Sarawak sebagai sub-sub
tema yang seharusnya diberikan perhatian sejajar dengan perkembangan akhir-akhir
ini.

LATAR RINGKAS SEJARAH, POLITIK DAN STRUKTUR SOSIAL


MASYARAKAT MALAYSIA

Secara umum, periodisasi perkembangan sejarah negara ini dapat dibahagikan kepada
tiga era penting meliputi era pra-kolonial, era kolonial dan era pasca kolonial (Zainal
Abidin Wahid et al. 1996); (Andaya & Andaya, 2001). Pembahagian perzamanan ini
secara langsung memperlihatkan wujudnya suatu pola dikotomi yang jelas antara nila i
dan masyarakat tradisi yang dilihat primitive dan kurang maju sifatnya dengan nila i
dan masyarakat yang dianggap moden, progresif, dinamik dan sentiasa menjadika n
perubahan sebagai landasan perkembangan serta kemajuannya. Berasaskan kepada
kerangka teori evolusi Darwin-Spencer ini, pendikotomian tersebut seterusnya telah
meletakkan era kolonial sebagai suatu era peralihan (transisional period) antara era-
era pra dan pasca kolonial. Kedudukan ini menjadikan era tersebut sebagai titik
penting pencetus sejarah negara ini dalam rangka perkembangannya yang
dimanifestasikan oleh pemodenan yang diperkenalkan oleh era itu bagi
mentamadunkan masyarakat rantau ini kerana dilihat tidak mempunyai satu sistem
pentadbiran yang cekap pada waktu itu (Swettenham, 1948).

Implikasi pendikotomian itu amat jelas dirasakan berdasarkan beberapa contoh


kajian yang disenaraikan seperti berikut:
1. Al-Atas, Syed Hussein, Modernization and social change. Angus & Robertson
PTY Ltd., London, 1972.
2. Gullick, J.M. Malay society in the late nineteenth century, Oxford Univers ity
Press, New York, 1987.
3. . Jawatankuasa Kolokium, Masyarakat Melayu abad ke-19, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1991.
4. . Khoo Kay Kim, Malay society: transformation and democratizatio n,
Pelanduk Publications (M Sdn. Bhd.), Petaling Jaya, 1991.
5. . Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu moden, Penerbit Univers iti
Malaya, Kuala Lumpur, 1985.
6. Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Johor (1800-1945): suatu analisis sosiologi
sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur, 2000.
7. . Zainal Kling (pnyt.), Masyarakat Melayu: antara tradisi dan perubahan,
Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1977.

Jika ditinjau secara teliti contoh-contoh kajian ini dan banyak lagi yang
seumpamanya , didapati bahawa penggunaan istilah-
modernization , tradition ,
westernization change merupakan istilah yang sejajar dengan

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Al-Amril Othman 4

pola pendikotomian tradisi-moden itu. Khoo Kay Kim 1991 dalam bukunya telah
menambahkan pula istilah- transformation democratization
menguatkan lagi hujjahnya tentang kedinamikan masyarakat Melayu khususnya dalam
menerima perubahan ketika itu. 6 Lebih-lebih lagi, wujud penekanan daripada kalangan
sarjana yang cenderung menekankan abad ke-19 atau lebih tepatnya tahun 1800
dijadikan rujukan khusus bagi menandakan titik peralihan tersebut (Jawatankuasa
Kolokium, 1991); (Rahimah Abdul Aziz, 2000. Justeru, tidaklah menghairankan kita
jika ada sejarawan yang cenderung menjadikan pertentangan nilai tradisi-moden ini
sebagai faktor penting yang mendasari konflik di kawasan kajian kes mereka (Jang
Aisjah Mutalib, 1972); (Kessler, 1978). Pertentangan nilai ini pula telah mewujudka n
titik pemisah yang jelas antara sejarawan yang mengkaji elemen perkembangan dan
pemodenan di satu pihak dengan sejarawan yang cenderung mengekalkan keunikan
nilai tradisi sesebuah masyarakat di satu pihak lainnya. Natijahnya, penekanan kepada
ruang waktu lebih diberikan tumpuan utama berbanding perbincangan tematik
walaupun ianya lebih menjamin kefahaman yang lebih menyeluruh melangkaui ruang
waktu yang ditetapkan.
Keadaan tersebut dirumitkan lagi oleh sistem pendidikan pasca kolonial yang
nampaknya tidak Berjaya merubah status-quo walaupun ianya merupakan prasyarat
kritikal bagi mewujudkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan seluruh warga
Malaysia seperti yang diharapkan. Beberapa sarjana turut menekankan factor
pendidikan, khususnya Bahasa pengantar bagi kaum-kaum yang ada di negara ini
sebagai penyumbang konflik seperti dipaparkan menerusi kajian mereka (Haris Md.
Jadi, 1990); (Ibrahim Saad, 1982). Penekanan mereka jelas memperlihatkan wujudnya
perbezaan pemikiran hasil daripada perbezaan sistem dan orientasi pendidikan
berasaskan perkauman yang diwariskan penjajah ke dalam struktur masyarakat negara
ini.
Oleh kerana sistem politik negara ini diasaskan kepada orientasi perkauman,
maka isu pendidikan juga turut terseret ke dalam kancah pergelutan ahli-ahli politik
tanpa menampakkan sebarang penyelesaian yang konkrit dan memuaskan. Lebih
buruk lagi apabila wujud perubahan dasar secara mendadak sebagai tindakbalas
terhadap sesuatu elemen luaran tanpa mempertimbangkan impak perubahan tersebut
pada masa akan datang seperti diperlihatkan menerusi dasar-dasar PPSMI, MBMMBI
dan DLP kini.7 Ketidaktentuan dasar ini tidak hanya memberi impak kepada system
pendidikan secara keseluruhannya, lebih-lebih lagi di peringkat pengajian tinggi yang
nampaknya kini lebih menumpukan kepada penyelidikan komersial berbanding
penyelidikan fundamental yang mengutamakan kelestarian masyarakat. Kalangan
pentadbiran universiti pula diorientasikan kepada aspirasi KPI yang menitikbera tka n
penarafan (ranking) semata-mata tanpa memperhitungkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran ke arah pemikiran kritis dan lebih terbuka dalam kalangan pelajar.
Natijah daripada kecelaruan dasar kerajaan ini, para mahasiswa telah diliha t
gagal dalam mengadaptasikan diri mereka apabila tamat pengajian seperti
diperlihatkan oleh lambakan mereka dalam pasaran pekerjaan. Pada masa yang sama,
masalah social pula kian meningkat seperti diperliha tkan menerusi peningkatan kes
jenayah, penyalahgunaan dadah, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di samping

6 Malah lebih ekstrim lagik Senu Abdul Rahman et al. 2005 telah menggunakan istilah

Melayu walaupun istilah tersebut merujuk kepada konotasi komunis sosialis ketika itu.
7 Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri (PPSMI),

Dual Language
Program

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 5

kesenjangan taraf sosioekonomi kaya-miskin yang semakin melebar kesemuanya itu


merupakan satu set bom jangka yang bakal mencetuskan konflik pada bila-bila masa
sahaja tanpa sebarang amaran jika tidak ditangani sepenuhnya. Kalangan ahli politik
pula secara sedar atau tidak, telah meruncingkan lagi keadaan itu dengan
memanipulasikan aspirasi perkauman dan agama demi kepentingan jangka pendek
mereka di peti undi.
Sebagai langkah responsive kepada sinario tersebut, ahli-ahli politik, terutama
dalam kalangan pemerintah yang cuba mengekalkan status-quonya, telah cenderung
menggunakan pendekatan institusional, baik menerusi langkah perundangan mahupun
pentadbiran dalam setiap tindakan dan programnya. Langkah-lanngkah perundanga n
lazimnya digubal sebagai mekanisme pencegahan terhadap parti-parti yang menjadi
saingannya atau mana-mana orang dan kelompok yang dilihat cuba melakukan
penentangan terhadap kerajaan.8 Manakala langkah pentadbiran pula dirumus
menerusi beberapa dasar ataupun penubuhan organisasi atau agensi bagi
memantapkan dasar yang telah direncanakan.9 Meskipun telah ada pertubuhan NGO
yang ditubuhkan bagi memantau langkah-langkah tersebut.10 Namun keberkesanan
pemantauan mereka masih menimbulkan tanda tanya kerana tidak banyak perubahan
significant yang boleh diharapkan berdasarkan kepada latar sejarah dan struktur
sosiopolitik yang ada.
Kesemua hal tersebut telah membentuk semacam satu batasan yang
menghambat minat para sarjana, khususnya sarjana tempatan dalam meneroka dan
seterusnya memahami tingkah laku konflik dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kesan trauma selepas berlakunya Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 masih terasa
bahangnya hingga diingati dalam memori sebahagian besar rakyat negara ini kerana
dianggap sebagai satu sejarah hitam yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka.
Namun, ia tidak menghalang segelintir daripada anggota masyarakat negara ini,
khususnya kalangan bukan Melayu untuk mengetahui peristiwa itu sehingga
menimbulkan keresahan kaum sejak beberapa tahun yang lalu.11 Kebebasan maklumat
hasil daripada berlakunya ledakan globalisasi telah mempercepatkan lagi fenomena
tersebut. Ia menuntut sikap para sarjana yang lebih preamtif dan proaktif dalam
menanggapi dan menangani cabaran ini. Bagaimanapun, sebelum melangkah lebih

8 Salah satu langkah penting yang diperkenalkan kerajaan untuk mencapai tujuan ini adalah

memperkenalkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1971 bagi melarang perdebatan secara
terbuka perkara-perkara 75, 152, 153 dan 181 dengan meletakkan peruntukan -peruntukan tersebut di
bawah Akta Hasutan 1948. Pindaan ini diperkenalkan sebagai reaksi kerajaan selepas be rlakunya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Selain itu, akta-akta lain yang diperkenalkan termasuklah ISA 1960,
Akta Pertubuhan 1966, Akta Polis 1967, AUKU 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1972, OSA
1972 dan lain-lain akta yang seumpamanya.
9 Sejak merdeka, kebanyakan institusi atau agensi ditubuhkan oleh pihak kerajaan bagi

membantu orang Melayu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Kecenderungan ini lebih giat lagi
apabila DEB diperkenalkan pada tahun 1970. Antara institusi atau agensi tersebut termasuklah MARA,
UDA, Bank Bumiputera, Bank Pertanian, LPN, FELDA, FELCRA, RISDA, dan lain -lain agensi yang
seumpamanya
10 Kebanyakan gerakan civil yang ditubuhkan lazimnya dianggap pemerintah sebagai cuba

melawan arus atau paradigm perkauman yang pastinya bercangg ah dengan status -quo mereka. Justeru,
kecuali FOMCA yang tidak memperlihatkan aspirasi politik di dalamnya, tidak ada satu badan civil
sekalipun yang dapat mengikut-sertakan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum secara berkesan.
ABIM ditubuhkan dan suaranya begitu nyaring bergema seiring dengan gerakan penghayatan semula
Islam pada dekad-dekad 70-an dan 80an. ALIRAN pula lebih sederhana sifatnya berbanding ABIM
kerana aktivitinya yang terfokus kepada wacana akademik. Manakala SUARAM pula memperlihat ka n
kelantangannya seiring dengan perjuangannya menuntut hak asasi manusia sejak 1990-an hingga kini.
11 Kecenderungan meluahkan pendapat ini telah diutarakan oleh Kua Kia Soong 2011, terutama

pada bahagian penganalannya hlm. 1-10.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Al-Amril Othman 6

jauh, adalah wajar untuk kita memahami latar perubahan yang wujud dalam
pendekatan kajian yang ada, khususnya yang menyentuh tema konflik dalam
pensejarahan Malaysia.

TEMA KONFLIK DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA

Oleh kerana tingkah laku konflik merupakan fenomena umum yang senantiasa wujud
dalam setiap masyarakat, maka sudah pastilah ia mendapat tumpuan daripada kalangan
sarjana, khususnya ahli-ahli sains sosial yang menjadikan masyarakat dan segala yang
berkaitan dengannya sebagai tumpuan kajian mereka. Di Malaysia, selain ahli- ahli
antropologi-sosiologi sebagai pelopor awalnya, ahli-ahli sains politik dan sejarawan
turut menyumbangkan penyelidikan mereka terhadap tema konflik ini. Latar
pembentukan struktur sosial masyarakatnya yang pelbagai serta perkembangannya
telah mendorong minat mereka untuk menelusuri peristiwa yang menjadi titik konflik,
bentuk dan proses perkembangannya serta mekanisme yang diambil bagi menangani
konflik tersebut.
Kajian-kajian awal tentang konflik ini, khususnya dalam masyarakat Melayu
telah dimulakan oleh ahli-ahli antropologi pada dekad-dekad 50-an dan 60-an.
Kemerdekaan yang baru dikecapi Malaya waktu itu turut merangsang minat mereka
untuk menelusuri secara lebih mendalam tentang pembentukan dan perkembangan
komuniti yang pelbagai ini dengan tumpuan khusus kepada system politik
tradisionalnya (dalam konteks masyarakat Melayu) serta keupayaannya menyesua ika n
diri dengan perubahan yang berlaku. Gullick 1958 dan Geertz 1963 merupakan antara
pengkaji-pengkaji awal yang memberi tumpuan kepada aspek ini. Berdasarkan
pendekatan struktur-fungsi, Gullick umpamanya merumuskan bahawa konflik yang
berlaku di negeri-negeri Melayu berpunca daripada ketidakupayaan system politik
tradisionalnya menyerap landaan perubahan yang begitu pesat ke kawasan ini
(Gullick, 1958, 1987, 1992).
Pandangan tersebut diperkukuhkan pula oleh data-data awal yang diperolehi
kalangan sejarawan yang kelihatan begitu ghairah mengemukakan sudut pandangan
tempatan (Malaysian-centric) dalam kerangka pentafsiran dan penulisan mereka.
Khoo Kay Kim misalnya secara jelas memaparkan pergolakan dalaman akibat perang
saudara dan perebutan takhta berpunca daripada kelemahan pemerintah negeri-negeri
berkenaan mengawal kepesatan pertumbuhan penduduk dan ekonomi akibat imigras i
buruh Cina ke kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan sehingga membuka
jalan kepada campur tangan British di negeri-negeri tersebut (Khoo Kay Kim, 1972).
Pandangan yang hamper serupa juga turut dikemukakan Abdullah Zakaria Ghazali
yang melihat wujudnya persaingan antara dua keluarga yang berkepentingan di Johor
apabila British secara sengaja memihak kepada Maharaja Abu Bakar dalam rangka
tuntutannya ke atas Muar-Kesang yang sebelum ini telah diserahkan kepada Keluarga
Sultan Hussein kerana mempertimbangkan kebolehannya mentadbir daerah itu
berbanding baginda (Abdullah Zakaria Ghazali 1997).
Penulis yang sama juga turut mengemukakan reaksi agresif pemerintah dan
masyarakat Melayu dalam menghadapi penguasaan British di samping beberapa
penulis lain yang cuba menonjolkan pertentangan nilai serta faktor dalam mencetuska n
konflik (Abdullah Zakaria Ghazali, 2005(; (Timah Hamzah, 1981); (Jang Aisjah

sendiri yang dikemukakan oleh penulis-penulis berkenaan dalam kajian mereka telah

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 7

mencetuskan suatu kontroversi yang begitu hangat untuk diperdebatkan12 kerana


konotasinya yang agak negatif dan nampaknya dilihat bertentangan dengan sudut
pandangan tempatan yang dikemukakan mereka disebabkan batasan sumber yang
dihadapi sehingga memaksa kebergantungan sepenuhnya kepada sumber-sumb er
British dalam sebahagian besar daripada kerangka penulisan mereka. 13
Penggunaan istilah ini kemudiannya diulangi lagi menerusi penulisan Mohd.
Reduan Haji Asli, 2008 yang memperlihatkan pendiriannya terhadap PKM dan PKKU
yang masing- masingnya beroperasi di semenanjung Malaysia serta Sarawak. 14
revolution n bagi
menjelaskan fenomena yang sama (Clutterbuck, 1973). Kelonggaran yang wujud
dalam konteks pemakaian istilah- istilah itu secara jelas memperlihatkan reaksi
langsung para pengkaji ketika berhadapan dengan sumber-sumber yang ada dalam
mempengaruhi pendiriannya. Dalam hal ini, British sebagai pihak berkuasa colonia l
waktu itu nampaknya telah begitu Berjaya dalam rangka propagandanya sehingga
ianya turut memberi kesan yang agak mendalam jika dilihat daripada konteks
penghasilan kajian-kajian tersebut.
Dalam menanggapi keadaan itu, para sarjana, khususnya sarjana tempatan
seboleh mungkin cuba mengemukakan pandangan alternatif bagi mematahkan sudut
pandangan British yang agak establish itu. Pendekatan pertama dipelopori sejarawan
yang cenderung mengemukakan sudut pandangan tempatan dalam kerangka
pentafsiran dan penulisan mereka. Pendekatan nasionalistik ini tidak hanya melibatka n
kajian-kajian tentang system dan struktur politik tradisional sahaja, malahan ia turut
merangkumi perkembangan politik pasca perang. Beberapa episod penting telah
diketengahkan sebagai titik konflik, sama ada antara kaum ataupun dengan
pentadbiran British. Empat peristiwa penting telah mendapat tumpuan khusus yang
meliputi implikasi pendudukan Jepun ke atas hubungan kaum di Tanah Melayu (Cheah
Boon Kheng, 2003), reaksi orang Melayu terhadap Gagasan MU15 serta implik as i
darurat (1948-60) (Ho Hui Ling, 2004) di samping pilihan raya umum sepanjang usia
negara ini.16
Pendekatan kedua pula dipelopori oleh kalangan ahli sains politik dan sosiologi
yang cenderung mengemukakan pendekatan marxis dalam rangka penghasilan kajian
mereka dan ia sejajar pula dengan suasana Perang Dingin ketika itu. Meskipun dua
model telah dicadangkan--demokrasi permuafakatan17 dan model politik kawalan, 18

12 Isu ini timbul hasil daripada kebijaksanaan British yang memahami kesetiaan orang Melayu
kepada baginda Sultan sehingga membolehkan penentangan terhadap mereka dipesongkan kepada
penderhakaan kepada Sultan. Lihat Nik Anwar Nik Mahmud, 2005 untuk keterangan lanjut.
13 Hal ini diakui sendiri oleh Jang Aisjah Mutalib 1972: 18 yang gagal menemui catatan

peribadi Maharaja Perba Jelai yang dikatakan beribu-ribu helai itu. Persoalan yang timbul adalah
bagaimanakah Linehan dapat memperolehi 14 helai daripada catatan itu, sedangkan yang lainnya
mungkin berada di dalam simpanannya yang tidak sempat untuk diteliti. Adakah ini bererti bahawa
British telah menyimpan dokumen-dokumen tersebut?
14 Meskipun tulisan beliau secara terperinci menjelaskan modus operndi PKM di negara ini,

namun tanggapan tersebut pastinya tidak akan terlepas daripada kapasitinya sebagai seorang pegawai
polis ketika itu.
15 Banyak kajian ditumpukan bagi menjelaskan episod ini. Antaranya adalah Nordin Sopee,

2004 dan Stockwell, 1979 sebagai contoh.


16 Lihat Shamsul, 1986: 9 nota 2 telah menyenaraikan rujukan yang agak banyak mengenai

pilihan raya umum sejak tahun-tahun 1955-82.


17 Model ini juga merujuk kepada demokrasi permuafakatan yang dikemukakan oleh Lijphart,

1977. Von Vorys 1976 pula telah mengunakan model ini dalam konteks Malaysia.
18 Model ini pula berupa dominasi paksaan kelompok dominan terhadap kelompok lainnya

dalam struktur politik. Dalam konteks Malaysia, Crouch 1996 dan In-Won Hwang 2004 cuba
menerapkan model ini ke dalam kajian mereka.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Al-Amril Othman 8

namun kedua model itu ternyata tidak begitu mengambil kira akan percanggahan kelas
yang telah wujud, khususnya pada dekad-dekad 60-an-90-an. Pertentangan kelas ini
tidak hanya diperlihatkan menerusi kajian-kajian yang memberi tumpuan khusus
kepada parti-parti politik sahaja,19 bahkan pola kecenderungan ini juga turut merebak
hingga ke peringkat bawahan menerusi penghasilan kajian-kajian kes di kawasan
tertentu.20
Selanjutnya, ahli-ahli sosiologi telah melangkah lebih jauh apabila mereka
cuba menonjolkan peranan agama dalam konflik di Malaysia sebagai reaksi daripada
suasana penghayatan semula Islam pada waktu itu.21 Secara kebetulan, apabila
Peristiwa Memali meletus, pihak kerajaan telah mengambil peluang tersebut untuk
memperkukuhkan dakwaan berkenaan. Pandangan tersebut bagaimanapun hanyala h
satu kesimpulan yang agak simplistik kerana Islam bukanlah suatu elemen reaksioner
yang begitu mudah dimanipulasikan pada waktu-waktu dan keadaan-keadaan tertentu
seperti yang diandaikan para pengkaji berkenaan. Ia juga merupakan pandangan yang
nampaknya teracu ke dalam konteks kerangka pemodenan Barat yang melihat Islam
bercanggah dengan pemodenan itu sendiri memandangkan kepada sifat agama itu
sering dimanipulasikan orang Melayu sebagai suatu mekanisme pelarian (escapism)
daripada kemiskinan mereka setelah mereka gagal menyesuaikan diri dengan Dasar
Ekonomi Baru yang diperkenalkan kerajaan pada waktu itu.
Sejajar dengan gejala tersebut, terdapat juga sebahagian kecil kajian yang cuba
menjurus kepada sikap panas baran orang Melayu atau lebih ekstrim dikenali sebagai
amuk. Kajian yang sememangnya telah dimulakan sejak era kolonial itu bertujuan
mengenalpasti apakah faktor yang mendasari tindakan ini dalam kalangan orang
Melayu.22 Akan tetapi, kajian-kajian tersebut turut menimbulkan persoalan apabila
-
bound syndrome). Apakah kaitan tersebut semata-mata dibuat hasil daripada

apakah pula istilah yang sesuai bagi insiden yang melibatkan pembunuhan guru dan
pelajar di Amerika Syarikat baru-baru ini? Walaupun tiada jawapan yang tuntas
kepada soalan-soalan tersebut, namun ianya harus diberikan perhatian bagi
mengelakkan sebarang salahfaham yang bakal mencetuskan konflik di masa-masa
yang akan datang.
Kesemua kajian-kajian tersebut umumnya telah memperlihatkan faktor-faktor
yang membawa kepada tercetusnya konflik serta implikasinya terhadap masyarakat
Malaysia secara keseluruhannya. Memang tidak dinafikan bahawa penghasilan kajian-
kajian tersebut bersifat reaksioner kepada situasi keadaan dan waktu tertentu. Ini
kerana di dalam sesebuah masyarakat yang dinamik dan cepat berubah, ahli-ahli sains
social sebagai pemerhati seboleh mungkin cuba menilai fenomena tersebut
berdasarkan disiplin ilmu yang diperolehinya. Sejarawan pula sebagai perakam dan
penjejak masa lalu seboleh mungkin cuba menggalurkan sisa-sisa masa lalu dengan
mentafsirkannya berdasarkan konteks masa penghasilan sumber sehingga akhirnya
membentuk suatu kronologi rantaian peristiwa yang dapat mencetuskan sesuatu episod

19 Dalam menjelaskan konflik dalaman parti-parti politik Melayu, UMNO nampaknya lebih
cenderung memperlihatkan pertentangan kelas yang ketara berbanding PAS yang lebih memperlihat kan
konflik dalamannya berasaskan perbezaan pemikiran akibat daripada system pendidikan yang diterima
pemimpin dan anggotanya. Bandingkan Crouch, 1980 dengan Farish Nur, 2004.
20 Lihat umpamanya Shamsul 1986 dan Scott 1985.
21 Lihat perbincangan mengenainya menerusi tulisan -tulisan Nagata 1984 dan Chandra

Muzaffar 1987.
22 Bagi merujuk perbincangan berkenaan, sila lihat tulisan-tulisan Spores 1988 dan Winzeler

1990.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 9

penting yang menjadi tumpuan mereka. Bahagian terakhir makalah ini akan
mengemukakan bidang, tumpuan dan perspektif yang mungkin berpotensi untuk dikaji
oleh para sarjana sebagai reaksi kepada beberapa perkembangan mutakhir dalam
rangka memahami konflik di negara ini seterusnya.

Penerokaan Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia

Disebabkan sifat konflik itu sendiri memperlihatkan kedinamikannya dan ianya turut
berkembang juga dalam sesebuah masyarakat yang dinamik pula, maka pastilah
penerokaan lebih lanjut diperlukan bagi menilai sebarang situasi yang berpotensi
mencetuskan konflik berdasarkan perkembangan mutakhir. Kajian-kajian tersebut
pula seharusnya dapat memberikan manfaat menerusi kesannya secara jangka panjang,
jangka sederhana dan jangka pendek kepada masyarakat Malaysia seluruhnya
khususnya dan dunia umumnya.
Dari sudut jangka panjangnya, kalangan sejarawan, terutama sejarawan
ketamadunan seharusnya bersikap lebih terbuka dengan menjadikan konflik sebagai
suatu tingkah laku umum yang sentiasa boleh berlaku di mana-mana sahaja (Horowitz,
1985). Ini bererti bahawa sesuatu kajian yang hendak dilakukan mesti melangka ui
sesebuah negara, budaya atau disiplin ilmu sekalipun. Walaupun mungkin wujud
perbezaan faktor yang mendasari berlakunya konflik antara satu kawasan dengan
kawasan lainnya, namun pada umumnya, manusia dan masyarakat itu sudah pasti tidak
menginginkan konflik terjadi sehingga ia merencatkan perhubungan di antara mereka.
Dalam hal ini, sejarah bagi konteks Malaysia haruslah diberi nafas, semangat serta roh
baru dengan membuka ruang bidang kajiannya yang tidak semestinya terkongkong
dalam konteks kenegaraan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, sejarah tidak harus
dilihat dari sudut kerangka kronologi waktu sahaja, malahan ia juga harus dilihat dari
sudut kerangka ruang yang berlainan juga. Jelasnya, tingkah laku konflik merupakan
salah satu tema universal yang boleh dikaji berdasarkan saranan ini.
Semakin menonjolnya elemen-elemen rentas negara (trans-states elemens)
yang dilihat kian mencabar dan melemahkan peranan negara dalam sistem politik dan
ekonomi antarabangsa. Selain penyeludupan barangan, sama ada yang halal atau
haram di sisi undang-undang dan pembersihan wang haram yang merupakan elemen
tradisional yang telah sekian lama beroperasi dalam kerangka ekonomi antarabangsa,
elemen-elemen bukan tradisional seperti keganasan dan jenayah rentas sempadan,
fenomena globalisasi yang membawa kepada kepesatan perkembangan ICT dan
kewujudan pakatan ekonomi antara negara, rusuhan menentang kerajaan piliha n
rakyat di mana-mana serta krisis pelarian akibat peperangan, penindasan ataupun
kepentingan ekonomi kesemuanya itu merupakan elemen yang secara langsung atau
tidak telah melemahkan peranan negara dari sudut jangka panjangnya. Walaupun
Abdul Rahman Embong 2006 berjaya memaparkan peningkatan bilangan penyertaan
negara menganggotai PBB, namun peningkatan bilangan tersebut ternyata tidak
membawa sebarang erti yang significant seperti diperlihatkan oleh keadaan yang
berlaku di Timur Leste dan Sudan Selatan.
Oleh kerana kebanyakan negara yang muncul pada kurun ke-20 merupakan
akibat daripada kerangka politik yang diletakkan kolonial, maka sudah pastilah proses
pembentukan negara bangsa yang sedang berjalan di negara-negara berkenaan akan
tergugat akibat daripada perkembangan luar jangka yang berlaku di sekitarnya.
Malaysia yang memperlihatkan kepelbagaiannya ternyata kini sedang bergelut dengan
keadaan ini. Meskipun ianya dikatakan mencapai tingkat kestabilan politik yang amat
membanggakan, namun kerapuhan sistem sosialnya akibat permainan kalangan ahli
politiknya begitu membimbangkan. Jika sekiranya negara-negara China dan India

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Al-Amril Othman 10

bersaing sehingga ke tahap peperangan yang cuba meraih sokongan komuniti negara -
negara itu yang berada di negara ini bagi meluaskan pengaruh mereka, apakah orang
Melayu akan cenderung menyekutukan diri mereka dengan Indonesia yang turut
berhadapan dengan masalahnya sendiri? Jika demikian, apakah kerangka penyekutua n
itu berasaskan kepada keserumpunan rantau Melayu Nusantara ataupun persaudaraan
Islam, sedangkan tidak semua peribumi Indonesia menganutnya? Kalangan sarjana,
sama ada pengkaji ketamadunan, hubungan antarabangsa dan sejarawan harus
mempertimbangkan keadaan ini bagi menangani potensi konflik yang bakal meletus
jika tidak ditangani sepenuhnya.
Peta politik dunia yang begitu dinamik dan pantas pula berubah adalah suatu
cabaran luar jangka yang tiada siapa pun yang mampu mengelakkannya. Kedudukan
strategik Malaysia khususnya dan Asia Tenggara umumnya telah mendedahkan
kawasan ini kepada kerangka percaturan politik, diplomasi dan pengaruh kuasa-kuasa
besar. Selain Amerika Syarikat yang telah sekian lama bertapak di kawasan ini,
peluasan pengaruh China seperti diperlihatkan menerusi aktivitinya di Laut China
Selatan itu telah membuka ruang kepada potensi konflik ketenteraan antara negara itu
dengan Amerika Syarikat di rantau ini. Buat masa ini, ASEAN sebagai sebuah pakatan
kerjasama serantau masih lagi tidak Berjaya menangani isu tersebut secara konkrit dan
memuaskan. Hal ini harus difahami dalam konteks sejarah pembentukan negara -
negara tersebut yang kebanyakannya adalah warisan colonial di samping tidak
wujudnya keseragaman dalam kepentingan bersama yang dapat menyatukan negara -
negara berkenaan ke dalam satu kerangka keserantauan yang benar-benar utuh.
Menerusi kajian-kajian jangka sederhana, para sarjana hubungan antarabangsa
khususnya boleh memainkan peranan dengan menyumbangkan buah fikiran mereka
bagi menangani masalah ini. Pandangan mereka haruslah dapat meyakinkan kuasa-
kuasa asing, baik China mahupun Amerika Syarikat agar tidak melakukan sebarang
provokasi yang boleh menimbulkan konflik yang akhirnya merugikan semua pihak.
Mereka sewajarnya harus berundur dari kawasan ini untuk membolehkan pihak
berkuasa kawasan ini menguruskannya. Jika mereka tidak yakin dengan keupayaan
kerajaan rantau ini dalam menguruskan laluan perdagangan disebabkan wujudnya
masalah pelanunan, pencolekan, jenayah, penyeludupan dan keganasan rentas
sempadan yang akan mengganggu kapal-kapal mereka, kerjasama dalam bentuk
latihan tentera dan bantuan peralatan senjata wajar diberikan kedua-dua pihak.
Salah satu usaha yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi menangani isu ini
adalah dengan mengemukakan kerangka diplomatic berasaskan Islam sebagai satu
bidang baru kajian yang wajar untuk diterokai. Penggemblengan kesarjanaan daripada
bidang-bidang pengajian antarabangsa dan pengajian Islam harus dilakukan secara
bersungguh-sungguh bagi mempastikan bidang kajian ini bermanfaat untuk
kesejahteraan negara-negara berkenaan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang
agak terkehadapan dalam aspek sosioekonominya di rantau ini wajar mengamb il
peluang untuk berbuat demikian. Islam sebagai agama universal seharusnya
ditampilkan dengan seadanya kerana keadilan Islam tidak mengenal musuh atau
kawan. Prinsip inilah yang harus dipegang oleh negara ini ketika berurusan dengan
kuasa-kuasa besar dan jiran-jiran sekitarnya. Namun begitu, ia banyak bergantung
kepada sejauhmana ia dapat mempromosikan kesejagatan Islam ke dalam system
kenegaraannya yang berbilang kaum itu sebelum ia dapat dicontohi oleh negara -
negara lain, khususnya yang bukan Islam ketika mengadakan hubungan diplomatic
dengan mereka.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 11

Penerokaan kajian-kajian bersifat makro, baik secara jangka panjang maupun


sederhana tidak akan lengkap tanpa sokongan data-data empirical di lapangan yang
dilakukan oleh sarjana-sarjana sains sosial menerusi kajian-kajian kes mereka. Kajian-
kajian penyelesaian janngka pendek ini bukan sahaja menyediakan data yang spesifik
untuk rujukan pengkaji lainnya, malahan pengalaman di lapangan juga turut dapat
dikongsikan menerusi pertemuan yang diadakan. Kalangan sejarawan juga dapat
menjadikan data-data tersebut sebagai sumber rujukan mereka dalam rangka
perbandingan dengan data-data lainnya yang diperolehi di kawasan lain bagi
membentuk jalur peristiwa berasaskan tema yang dikehendaki mereka. Ia juga turut
membuka ruang yang luas kepada para sejarawan, khususnya sejarawan social untuk
memanfaatkan data-data tersebut bagi memperluaskan kerangka kefahaman sejarah
yang tidak hanya terbatas kepada aspek politik semata-mata. Dalam hal ini, selain kes-
kes bunuh dan jenayah yang memperlihatkan konflik dan keganasan kepada
pelakunya, tumpuan juga harus diberikan kepada kajian-kajian tentang kelompok
minoriti peribumi, terutama kajian kes di Sabah dan Sarawak. Kajian-kajian kes di
negeri-negeri itu sewajarnya diberikan perhatian, terutama oleh kalangan sarjana dari
Semenanjung sendiri bagi memahami tingkah laku konflik mereka yang mungk in
berbeza daripada kawasan-kawasan lainnya. Kefahaman seperti inilah yang
seharusnya dipupuk dalam kalangan sarjana kita bagi mempastikan kelangsunga n
negara bangsa Malaysia yang dapat bertahan untuk masa-masa akan datang.

KESIMPULAN

Konflik merupakan tingkah laku dinamik yang sentiasa berkembang dalam setiap
masyarakat yang dinamik juga perkembangannya. Kedinamikannya itulah yang
menjadi focus tumpuan para sarjana untuk mengkajinya. Bagi kalangan sejarawan,
konflik dilihat merupakan suatu episod atau peristiwa penentu kepada perkembangan
sesebuah masyarakat berdasarkan sebab yang seterusnya pula akan menghasilka n
akibat yang significant dan bererti dalam masyarakat itu. Perspektif ini menjadika n
ilmu sejarah dan sejarawan berkeupayaan merujuk data-data daripada penyelid ika n
sains social, sekaligus merupakan refleksi reality pengalaman hidup masyarakat (Carr,
1988). Walaupun konflik merupakan perbuatan atau tingkah laku yang dipilih
seseorang individu atau kelompok untuk melakukannya, namun dari sudut fitrahnya,
ianya bukanlah menjadi pilihan utama jika sekiranya sesuatu tindakan yang diambil
itu harus mengorbankan nyawa dan memusnahkan hartabenda. Pastinya ada suatu
rangsangan atau gesaan motivasi yang menjana emosi dan minda yang cukup tinggi
sehingga mendorong mereka berbuat demikian.
Malaysia yang memperlihatkan kepelbagaian dalam rangka struktur
erhatian ramai
sarjana, baik tempatan mahupun asing untuk mengkajinya. Kedudukannya yang
strategik itu telah membolehkan wujudnya interaksi dan pertemuan antara sekurang-
kurangnya empat tamadun besar dunia Islam, Barat, China dan India. Meskipun
pertembungan ini tidak semestinya mencerminkan pertembungan sebenar kerana
masing-masing tamadun mengalami proses penyisihannya, namun ia juga berpotensi
mencetuskan bibit-bibit konflik jika ianya tidak ditangani dengan sewajarnya. Dalam
hal ini, sejarawan, khususnya sejarawan-sejarawan ketamadunan dan sosial
seharusnya merujuk kepada data-data sains sosial yang ada bagi mengembangka n
ruang pentafsiran mereka dan tidak hanya terbatas kepada aspek politik sahaja.
Penerokaan bidang-bidang baru yang dicadangkan diharap dapat menyumbang kepada
matlamat tersebut. Ia turut memberi ruang kepada ahli-ahli sains social untuk tidak
hanya membuat spekulasi berdasarkan teori semata-mata. Dengan kata lain, kesaling-

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


Al-Amril Othman 12

hubungan antara sejarawan dan ahli sains social merupakan kunci utama kepada
penyelidikan yang lebih mantap dan menyeluruh. Kerjasama ini juga penting,
khususnya dalam menyelesaikan isu konflik yang sentiasa menghantui Malaysia dan
warganya untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali (1997) Istana dan politik Johor (1835-1885), Yayasan Penataraan Ilmu, Kuala
Lumpur.
Abdullah Zakaria Ghazali (2005) Kebangkitan Tok Janggut dalam konteks gerakan anti-British di
Malaysia. Dlm. Nik Anuar Nik Mahmud (pnyt.). Tok Janggut: pejuang atau penderhaka? Hazco Print,
T.t.
Abdul Rahman Embong (2006) Negara bangsa: proses dan perbahasan, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Al-Atas, Syed Hussein (1972) Modernization and Social Change, Angus & Robertson, London.
Andaya, B.W. & Andaya L.Y (2001) A History of Malaysia, 2nd Ed. Palgrave, Basingstoke.
Carr, E.H. Apakah Sejarah? Trj., Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Chandra Muzaffar (1987) Islamic Resurgence in Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling
Jaya.
Cheah Boon Kheng (2003) Red Star Over Malaya, Singapore University Press, Singapore.
Clutterbuck, R. (1973) Riot and Revolution in Singapore and Malaya (1945-1963), Fabour & Fabour,
London.
Coser, L.A. (2001) The Functions of Social Conflict, Routledge & Kegan Paul, London.
Crouch, H. (1996) Government and Society in Malaysia, Allen & Unwin, Australia.
Crouch, H. (1980) UMNO in crisis (1975-1977), Dlm. Crouch H, Lee Kam Hing & Michael Ong
(pnyt.), Malaysian Politics and The 1978 Election, Oxford University Press , Kuala Lumpur.
Farish A. Nur. (2004) Islam Embedded: The Historical Development of Pan Malaysian Islamic Party
(PAS), 1951-2004, MSRI, Kuala Lumpur.
Geertz, C. (1963) Old Societies and New States: A Quest for Modernity in Asia and Africa, The Free
Press Glenco.
Gullick, J.M. (1958) Indegeneous Political System of Western Malaya, The Athlone Press, London.
Gullick, J.M. (1987) Malay Society in The Late Nineteenth Century, Oxford University Press, New
York.
Gullick, J.M. (1992) Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford
University Press Singapore.
Haris Md. Jadi. (1990) Etnik, politik dan pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementeria n
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Ho Hui Ling (2004) Implikasi Darurat (1948-1960): Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Horowitz, D. (1985) Ethnic group in Conflict, Berkeley: California University Press.
Hussain Othman (2009) Malay Historical Thought, Penerbit UTHM Batu Pahat.
Ibrahim Saad (1982) Pendidikan dan Politik di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
In-Won Hwang (2004) Personelizedpolitics, ISEAS, Singapore.
Jang Aisjah Mutalib (1972) Pemberontakan Pahang (1891-1895), Pustaka Aman Press, Kota Baru.
Jawatankuasa Kolokium (1991) Masyarakat Melayu abad ke-19, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Kessler, C.S. (1978) Islam and Politics in A Malay States: Kelantan (1838-1969), Cornal University
Press. Ithaca.
Kim, Khoo Kay (1991) Malay Society: Transformation and Democratization. Pelanduk Publication
Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Kim, Khoo Kay (1985) Sejarah Masyarakat Melayu M oden. Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Kim, Khoo Kay (1972) The Western Malay States (1850-1873): The Effect of Commercia l
Development on Malay Politics, Oxford University Press, Kuala Lumpur & Singapore.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.


View publication stats

Tema-Tema Konflik Dalam Pensejarahan Malaysia: Satu Tinjauan 13

Siong, (Kua Kia 2011) May 13: Declassified Documents on the Malaysia Riots of 1969, SUARAM
Kuala Lumpur.
Lijphart, A. (1977) Democracy in Plural Societies: a Comparative Exploration, Harper & Row, New
Heaven.
Mohd. Reduan Haji Asli (2008) Pemberontakan bersenjata komunis di Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Muhammad Yusoff Hashim (1989) Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Nagata, J. (1984) The Reflowering of Malaysian Islam, University of British Columbia Press,
Vancouver.
Nik Anuar Nik Mahmud (2005) Tok Janggut: pejuang atau Penderhaka?, Hazco Print, T.t.
Nordin Sopee (2004) From Malayan Union to Singapore Separation, Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Qasim Ahmad (2000) Kontroversi Pendekatan Europe-centric-Malaysia-centric: Suatu tinjauan semula,
Dlm. Mahani Musa & Tan Liok Ee (pnyt.), Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia: Esei-Es ei
Sumbangsih Kepada Dr. Cheah Boon Kheng, hlm. 23-40, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Pulau Pinang.
Rahimah Abdul Aziz (2000) Pembaratan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Scott, J.C. (1985) Weapon of the Weak, Yale University Press, New Heaven.
Senu Abdul Rahman et al. (2005) Revolusi Mental. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
Shamsul A.B. (1986) From British to Bumiputera Rule: Local Politics and Rural Development, ISEA S,
Singapore.
Southgate, B. (2000) Why Bother with History?, Pearson Education Ltd, United Kingdom.
Spores, J.C. (1988) Running Amok: An Historical Enquiry, Centre for International Studies Ohio
University, Ohio.
Stockwell, A.J. (1979) British Policy and Malay Politics During the Malayan Union Experime n t ,
MBRAS, No. 8.
Swettenham, F.A. (1948) British Malaya, G. Allen and Unwin, London.
Timah Hamzah (1981) Pemberontakan Tani 1928 di Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Von Vorys, K. (1976) Democracy Without Consensus: A Political Stability and Communalism in
Malaysia, Oxford University Press , Singapore.
Winzeler, R. (1990) Amok: A Historical, Psychological and Cultural Perspectives, Dlm., Wazir Jahan
Karim (pnyt.), Emotions of Culture: A Malay Perspectives, hlm. 92-122, Oxford University Press ,
Singapore.
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996) Malaysia: W arisan dan Perkembangan, Penerbit Fajar Bakt i
Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Zainal Abidin Abdul Wahid (2011) Sejarah Malaysia: Penulisan dan Pentafsiran, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zainal Kling. (pnyt.) (1977) Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan, Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpu

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History 1(1),2016.

You might also like