You are on page 1of 21

Jahiliah 33

Ciri-ciri masyarakat jahiliah 34


Ciri-ciri sistem kabilah… 35
Biodata Nabi Muhammad SAW 36
Berlawanan dengan ajaran Islam 37
Masyarakat jahiliah 38
Kemunculan tamadun Islam 39

Perjanjian Aqabah dan Hudaibiyah 40


Hijrah 41-42
Piagam Madinah 43
Prinsip-prinsip peperangan Islam 44
Kota Makkah… 45
Tamadun awal 01-02
Tamadun awal dunia 03-04
Zigurat 05
Sumbangan tamadun 06 Khalifah 46
Tamadun Hwang Ho 07 Sumbangan khalifah 47-48
Kepentingan/kegunaan/fungsi 08 Kerajaan Bani Umaiyah… 49
Bandar terancang 09-10 Ciri-ciri peralihan zaman… 60
Kerajaan Turki Uthmaniyah… 50
Sistem Feudal dan Revolusi Pertanian … 61-62
Perkembangan dan pembentukan… 51-52
Faktor/sebab Renaissance 63
Pertembungan tamadun Islam… 53
Kesan Renaissance 64
Tamadun Yunani 11 Reformation 65-66
Demokrasi dan Republik 12 Penjelajahan 67-68
Sumbangan pemerintahan 13-14
Revolusi Pertanian 69
Teori kedatangan Islam… 54
Ciri-ciri demokrasi 15 Revolusi Perindustrian 70
Peranan pedagang sebarkan Islam 55
Sumbangan ekonomi 16
Peranan ulama sebarkan Islam 56 Revolusi Perindustrian 71
Sumbangan pendidikan 17-18
Ciri-ciri pendidikan formal 57 Penindasan majikan 72
Sumbangan seni bina 19-20
Ciri-ciri pendidikan tidak formal 58
Ciri-ciri sistem sosial 21
Kesan pengaruh Islam… 59
Agama utama dunia 22
Dwiekonomi 73
Getah dan bijih timah 74
Kemasukkan imigran ke Tanah Melayu 75
Agraria dan maritim 23-24
Imigran di Tanah Melayu 76
Agama Hindu & Buddha di Asia Tenggara 25
Kejayaan syarikat Eropah 77
Islam di Tanah Melayu & Asia Tenggara 26
Dasar British 78
Candi Angkor Wat 27
Undang-undang tanah British 79
Candi Borobudur 28
Pertanian tradisional 80
Fungsi candi 29
Perbandaran 81
Agama Hindu/Buddha dan Islam 30
Konsep masyarakat majmuk 82
Aspek kesenian dan kesusasteraan 31
Institusi kewangan 83
Tulisan dan bahasa 32
Perkembanga institusi bank 84
Info Sejarah

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Islam tersebar di Asia Tenggara. Antaranya ialah peranan
ulama iaitu mengislamkan raja-raja seperti Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani,
Raja Melaka diislamkan oleh Maulana Abu Bakar, Maulana Abdul Aziz dan Maulana Yusuf, Raja
Pasai diislamkan oleh Syeikh Ismail, Raja Pattani diislamkan oleh Syeikh Siad dan Raja Sulu
diislamkan oleh Syeikh Hassan Aulia. Ulama turut menterjemahkan kitab-kitab Arab kepada
bahasa Melayu seperti kitab al-Dur al-Manzum oleh Makhdun Patakan, menghasilkan karya puisi
Islam (Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk, Syair Perahu, Syair Dagang dan Syair Sidang
Fakir), kesusasteraan Islam (Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Tuhfat al-Nafis), memperkembangkan pemikiran Islam berkonsepkan jihad, berkahwin dengan
penduduk tempatan, kebijaksanaan berdakwah, menyampaikan pendidikan asas, menjadi penasihat
kepada Raja Acheh dan mengamalkan sikap mahmudah seperti tolong menolong, jujur dan lemah
lembut.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Terdapat lima tokoh sejarawan penting yang membincangkan teori kedatangan Islam ke Asia
Tenggara. Tokoh-tokoh tersebut ialah John Crawford dan Syed Muhammad Naquib al-Attas
menyokong teori Islam datangnya dari Arab, Snouck Hurgronje menyokong teori Islam dari
India dan Emanuel Gadinho Eredia bersama S.Q Fatimi menyokong teori kedatangan Islam dari
China. Kesemua tokoh-tokoh ini tidak menafikan faktor perdagangan merupakan sebab terpenting
membolehkan Islam tersebar di Asia Tenggara.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi merupakan dua orang tokoh sejarawan yang menyokong teori
Islam datangnya dari China. Antara alasan yang dikemukakan oleh mereka sebagai bukti Islam datang-
nya dari China ialah perdagangan yang berpusat di Canton telah dikunjungi oleh saudagar Arab dan
membolehkan saudagar China memeluk agama Islam. Saudagar China ini kemudiannya akan
datang berniaga dan menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bukti kedua ialah penemuan batu nesan
di kampung Permatang Pasir, Pekan Pahang yang mempunyai ciri-ciri dan bentuk pengaruh China.
Bukti ketiga ialah Batu Bersurat Terengganu yang di temui di Sungai Kersat, Kuala Berang Terengganu
dikaitkan dengan faktor geografi kerana lokasi penemuannya bertentangan dengan Laut China Selatan
dan negara China. Bukti yang keempat ialah seni bina masjid yang mempunyai bumbung berbentuk
pagoda yang ditemui di masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa dan penggunaan warna
merah dan kuning di tingkap masjid dan kayu kepala pintu.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Sebelum kedatangan Islam ke Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini menganuti agama Hindu dan
Buddha. Kebanyakan mereka menetap di bandar pelabuhan seperti Acheh, Pasai, Berlak, Melaka,
Brunei, Kerisik, Terngganu, Pattani dan Makasa. Bukti pengaruh agama Hindu dan Buddha dengan
adanya candi Angkor Wat, Borobudur, dan candi Lembah Bujang. Walau bagaimanapun kedatangan
Islam ke Asia Tenggara telah menggantikan pengaruh agama Hindu dan Buddha. Terdapat beberapa
teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pada umumnya sejarawan telah
mengemukakan tiga teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu dari Arab,
China dan India.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara, rantau ini telah menjadi kawasan perdagangan utama
para saudagar Melayu, Arab, China dan India. Rantau Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya
seperti produk pertanian, logam dan hasil hutan telah menjadi tarikan utama kedatangan para
pedagang luar. Apabila Islam berkembang di Makkah pada abad ke-7 Masihi, para pedagang Islam
yang keluar berlayar telah berdakwah ke seluruh rantau Asia Tenggara.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas memberikan istilah zaman baru kepada rantau Asia
Tenggara setelah rantau ini menerima Islam. Cara hidup, kepercayaan dan amalan masyarakat
Asia Tenggara berubah selepas Islam tersebar. Islam berjaya mempengaruhi aktiviti kehidupan
masyarakat Asia Tenggara yang merangkumi bidang politik (pemerintahan dan pentadbiran),
sosial (sistem pendidikan, kesenian bahasa dan kesusasteraan) dan ekonomi.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Pandangan John Crawford yang menyatakan teori Islam datangnya dari Semenanjung Tanah Arab
telah disokong intelektual tempatan iaitu Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut John
Crawford Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang berdasarkan bukti
catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan
dan petempatan di Canton dan Amoy sejak tahun 300 Masihi. Sejak awal lagi pedagang Arab
ini telah dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah, Mesir hinggalah ke China.
Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutamanya kemunculan Islam di
Makkah pada abad ke-7 Masihi.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Kedatangan Islam telah menggerakkan semangat jihad di kalangan rakyat tempatan untuk menentang
penjajah Barat. Di Acheh, sultan telah menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam
daripada serangan Portugis. Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prisip
Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda. Semangat jihad ini telah disebarkan melalui
penulisan ulama dalam kiab-kitab tertentu yang menegaskan kewajiban berjihad bagi setiap orang Islam
dan sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Antara ciri pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu ialah pendidikan yang disampaikan
oleh ibu bapa atau keluarga. Antara pendidikan yang ditekankan oleh ibu bapa ialah nilai-nilai
murni seperti sopan santun, menghormati orang tua dan tetamu, tolong menolong, memberi salam,
bergotong royong dan bersatu padu, mengamalkan adat resam, menjaga maruah diri dan keluarga,
berkelakuan terpuji, mengamalkan ajaran Islam dan kemahiran hidup seperti bercucuk tanam,
memasak, bertukang dan kraftangan. Beberapa cara dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik
anak-anak seperti melalui cerita lisan, cerita jenaka, cerita binatang, pantun, peribahasa dan teka
teki. Kesemua cara pendidikan tidak fomal ini memerlukan kemahiran mendengar, melihat dan
melakukan (latih).

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara, orang awam tidak berpeluang mendapatkan pendidikan
kerana pendidikan terbatas kepada golongan bangsawan sahaja. Walau bagaimanapun kedatangan
Islam yang menekankan kepentingan ilmu dan mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu
membolehkan orang awam memperolehi pendidikan. Sehubungan itu wujudlah institusi pendidikan
formal di Asia Tenggara seperti di istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Pondok merupakan pusat pengajian Islam formal. Di Pattani dan Tanah Melayu pusat pendidikan
ini dinamakan pondok, di Acheh dinamakan dayah dan di Jawa dinamakan pesantren. Antara
pondok yang terdapat di Tanah Melayu ialah Pondok Pulau Condong dan Pondok Kutan di
Kelantan, Pondok Pulau Manis di Terengganu, Pondok Titi Gajah dan Pondok Langgar di Kedah;
di Pattani Pondok Babayeh; dan di Perlak Dayah Bukit Ce Breek.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Kedatangan Islam tidak mengetepikan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
Contohnya Sejarah Melayu ada menyatakan peranan istana sebagai pusat pengajian agama Islam dan
Sultan Mansur Shah telah berguru dengan Maulana Abu Bakar. Manakala Sultan Mahmud Shah
dan Raja Ahmad telah berguru dengan Maulana Sadar Jahan. Keadaan yang sama juga berlaku di
Johor apabila istana Johor menjadi pusat pengajian di bawah pemerintahan Sultan Alaudin Riayat
Shah.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Perkembangan pesat dalam pendidikan Islam di Melaka sangat dipengaruhi oleh kewujudan ramai
ulama dan pendakwah asing yang menetap di Melaka. Ulama-ulama dari Bengali, Arab, Parsi dan
Gujerat telah datang ke Melaka kerana kerajaan ini menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan.
Buktinya kitab al-Dur al-Manzum iaitu sebuah kitab tasauf karangan Maulana Abu Bakar telah
diarak hingga ke balairung istana Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Kedatangan Islam telah membuka lembaran baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bercorak formal
tidak lagi terhad kepada golongan atasan tetapi telah terbuka kepada semua golongan rakyat. Pendidikan
formal ini menekankan keagamaan yang dilaksanakan di beberapa tempat seperti di istana, masjid,
rumah, surau, madrasah dan pondok. Pendidikan di rumah memberikan penekanan kepada pengajaran
al-Quran dan dilakukan di rumah guru al-Quran atau tok guru dan kebanyakannya terdiri daripada
kanak-kanak yang berumur 7 hingga 15 tahun. Pendidikan ini menjadi asas kepada pendidikan selanjut-
nya bagi kanak-kanak tersebut.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu Melaka dari aspek gaya
hidup. Perubahan prinsip kepercayaan atau akidah membawa kepada syariah dan akhlak. Contohnya
gaya hidup golongan pemerintah dalam perlantikan dan pertabalan raja sebelum kedatangan Islam
terdapat amalan pembacaan ciri, iaitu kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit. Walau bagai-
manapun kedatangan Islam telah mengubah amalan ini kepada lafaz ikrar oleh sultan dan pembesar
menggunakan kitab al-Quran. Selain itu kemangkatan sultan membolehkan pengganti raja dilantik
sebelum istiadat pemakaman. Hal ini ditiru daripada peraturan yang dimulakan oleh para khalifah
pada Zaman Bani Umaiyah.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Penerapan nilai-nilai murni berlaku dalam pendidikan tidak formal melalui cerita lisan seperti
jenaka Pak Pandir dan Si Luncai, cerita binatang antara Anjing dengan Bayang-bayang dan
Sang Kancil, pantun, peribahasa dan teka-teki.

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali
Info Sejarah

Secara umumnya terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu iaitu pendidikan formal
dan tidak formal. Antara ciri pendidikan formal ialah memberi tumpuan kepada aspek keagamaan seperti
pembelajaran al-Quran dan hadis, fikah, tafsir, usuluddin dan tasauf. Terdapat beberapa institusi
pendidikan formal seperti istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Kaedah pembelajaran memberi
tumpuan kepada aspek mendengar, membaca, menulis dan menghafal yang menggunakan bahasa Melayu
dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Bagi pendidikan di madrasah terdapat tiga tahap iaitu
tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Setiap kelas akan diawasi oleh guru besar atau mudir
dan diselia oleh lembaga atau jawatankuasa madrasah. Sementara itu pendidikan formal di Acheh terbahagi
kepada tahap rendah (rangkang), tahap menengah (meunasah) dan tahap tinggi atau universiti (Jamiah Bait
al-Rahman).

Inti Sari Sejarah


Tingkatan 4 Kembali

You might also like