You are on page 1of 5

Yang Berusaha En Mohd Arbie Bin Saee, Guru Besar Sk Sg

Sengian,
Yang Dihormati En Alexander Ak Michael, Penolong Kanan
Ko Kurikulum Sk Sg Sengian,
Yang Dihormati , En Mujahid Dasuki Bin Chee, Kem
Komandan,
Yang Dihormati Cik Siti Hajar Ashna Binti Samat Haron,
Penolong Kem Komandan,
Guru – Guru Seterusnya Para Peserta Sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih Berasal dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia,

Selamat dating ke Majlis Perasmian penutupan perkhemahan


perdana 2018.

Terlebih dahulu , marilah kita mengucapkan syukur


kerana dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
bagi majlis penutupan rasmi perkhemahan perdana
pada kali ini.

Bagi memulakan majlis, mari sama2 kita berdiri dengan


penuh bersemangat bagi menyanyikan lagu negaraku dan
lagu pengakap.
Hadirin diminta berdiri.

Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini, majlis menjemput


adik Nurrakhir Renis untuk membacakan doa.
Terima kasih kepada adik Nurrakhir Renis atas bacaan itu
tadi.
Seterusnya, marilah kita sama2 saksikan tayangan
multimedia aktiviti2 yang telah berlangsung sepanjang
perkhemahan perdana pada kali ini.

Kini, majlis mempersilakan pula En. Mohamad Arbie


bin Sa’ee, Guru Besar SK Sungai Sengian untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
penutupan perkhemahan perdana 2018 . Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan GB)***************
Terima kasih kepada En. Mohamad Arbie bin Sa’ee
atas ucapan tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada
kumpulan sekawan.
Untuk itu majlis menjemput en mohd arbiee bin saee
diiringi oleh en alexander ak Michael untuk
menyampaikan hamper. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Bagi anugerah kumpulan paling berdisiplin, dijemput


kepada sekawan Harimau.
Seterusnya anugerah kumpulan sekawan paling comel
digondol oleh sekawan Penguin.
Bagi anugerah kumpulan sekawan paling bersih,
dijemput sekawan singa menerima hadiah.
Seterusnya bagi anugerah kumpulan sekawan paling
rajin disandang sekawan zirafah.
Bagi anugerah kumpulan sekawan paling pantas,
dijmeput sekawan kucing.
Dan terakhir anugerah kumpulan sekawan paling
lembab, sekawan panda.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar atas


penyampaian hamper kepada setiap kumpulan.
Seterusnya, adalah penyampaian anugerah khas
kepada peserta lelaki dan perempuan terbaik
perkhemahan perdana 2018.
Untuk itu, sekali lagi dijemput en mohd arbiee bin
saee diiringi en mujahid dasuki bin chee bagi
menyampaikan anugerah khas.

Bagi peserta lelaki terbaik, disandang oleh adik


frankie untang ak usin.

Bagi peserta perempuan terbaik pula, disandang


oleh adik nur izati nazierah binti Abdullah.

Terima kasih diucapkan kepada guru besar atas


penyampaian anugerah peserta lelaki dan
perempuan terbaik itu tadi.

Dengan penyampaian anugerah itu, maka tamatlah


sudah perkhemahan perdana 2018.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak


terhingga kepada pihak yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung pada
perkhemahan kali ini.
Jumpa lagi pada perkhemahan perdana yang akan
datang.

Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, hadirin


dijemput berdiri bagi menyanyikan lagu Ibu
pertiwiku.

You might also like