You are on page 1of 1

PERANAN GURU DALAM MEMUPUK INTEGRASI KAUM

Oleh: Loh Syen Jie

April 20, 2019

Integrasi merupakan salah satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang berpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam
satu unit politik. Integrasi adalah asas mengukuhkan bangsa Malaysia. Menurut Cik Loh
Syen Lei, integrasi kaum bermaksud negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
seperti negara kita, Malaysia hidup dalam keadaan yang aman, harmoni dan damai serta
bebas daripada peperangan dan perusuhan kaum. Beliau berpendapat bahawa integrasi
kaum ini penting diamalkan untuk mewujudkan kestabilan dari aspek politik, ekonomi dan
sosial serta mengelakkan semangat perkauman yang akan menggugat situasi keamanan
negara yang dikekalkan selama ini.

Menurut pandangannya, seseorang guru mestilah tidak bersikap berat sebelah


terhadap murid yang sama kaum dengannya dan mengabaikan murid yang terdiri
daripada kaum yang lain di dalam sesebuah kelas. Seseorang guru juga bolehlah
mengamalkan membahagikan murid yang terdiri daripada berbeza kaum di dalam
sesuatu kumpulan semasa sesuatu aktiviti kolaborasi dijalankan.

You might also like